Assalamualaikum
Hello gadis-gadis
comel yang suka berkawan. Yang lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding
dengan sepisis sendiri dan lebih suka kawan dengan laki orang berbanding dengan
orang bujang. Heh.
Ya. Ini persoalan
yang selalu timbul. Ikhlas ke tak dia kawan dengan aku? kalau dia ikhlas kenapa
dia buat aku macam tu?
Macam biasa
kalau orang tanya macam mana nak tahu orang tu ikhlas ke tak kawan dengan kita,
cara dia senang je, korang uji dia melalui kaedah mintak tolong. Tu perkara
biasa yang selalu orang buat. Tapi persoalannya, kalau kawan korang mintak
tolong adakah patut korang tolong walaupun korang sendiri pun tak mampu nak
tolong?
Kalau korang
rasa korang tak mampu nak tolong, rasa macam over dan keterlaluan lebih baik
korang cakap elok-elok yang korang memang tak mampu nak tolong. Itu lebih baik
daripada korang terus tolong dan akhirnya memakan diri sendiri.
Jangan tolong
sebab korang nak sedapkan hati orang lain. Sebab bila dah jadi macam tu
otomatik akan wujud perasaan tak ikhlas.
Kalau orang tu
tak nak kawan sebab korang tak dapat tolong, dorang tu sebenarnya tak ikhlas
nak kawan dengan korang. Tu tandanya dia nak kawan dengan korang dengan
bersebab je.
Macam tu jugak
bila korang berkawan dengan harapan kot-kot suatu hari nanti orang tu dapat
tolong korang, maknanya korang dengan dorang dua-dua sama, kawan tak ikhlas. Buang
masa aku bagi tips kalau dua-dua 2x5.
p/s: agih-agih kongkang
No comments :
Post a Comment