Assalamualaikum
Hai skandal-skandal
sekalian. Macam mana korang? Selamat ke rahsia korang untuk hari ni?
“saya nak kawen
dengan skandal saya. Saya dah ada isteri. Isteri saya baik dan tak pernah buat
salah dengan saya. tapi saya nak jugak kawen dengan skandal saya merangkap
officemate saya ni. hari-hari saya jumpa dia. Saya takut saya buat maksiat
dengan skandal saya jadi saya rasa baik saya kawen je dengan dia. skandal saya
ni dah la muda, comel pulak tu. ok tak idea saya nak kawen dengan dia? ok la tu
kan. ehehe”
Hah. Tu la
lelaki. Asal ada peluang je nak kawen lagi. Even wife sendiri dah macam
pari-pari tapi tak sedar-sedar diri lagi jugak. Agaknya nak kena lempang banyak
banyak kali baru sedar kot.
Kawen adalah
jalan terakhir untuk elak maksiat. Banyak lagi benda yang korang boleh buat
untuk elak maksiat. Maksiat ni bermula daripada nafsu. Kalau korang tak dapat control
nafsu, korang kawen juta-juta kali pun korang tetap akan buat maksiat jugak.
Tak sedar dan
lupa diri jugak salah satu sebab orang buat maksiat. Tak sedar diri yang diri
sendiri dah beristerikan sibidadari. Tak sedar diri yang diri tu hamba Tuhan
tapi nak jugak jadi hamba setan. Tu sebabnya boleh jadi maksiat.
Letakkan diri
korang kat tempat isteri korang. Apa perasaan korang?
Tak rasa apa-apa
sebab yang penting korang dapat kawen dengan skandal korang?
Ok. Fine.
Sila pergi meninggal
sekarang.
No comments :
Post a Comment