Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 6, 2012

kerana cinta itu ibarat menunggu bas



Assalamualaikum

Hai girls yang sedang memburu mangsa dan hello boys yang bakal menjadi mangsa. Wawah. Tajuk entri aku sangat menjiwang ya. Cinta cinta gitu. Ah. Peduli apa aku. Ini blog aku yang punya. Bak kata cik hamis jalika. Inibelogsaya.

Kenapa ibarat menunggu bas? Kenapa bukan teksi? Kenapa bukan keretapi? Suka hati aku la. Kan aku dah bagitahu sebelum ni. Ini blog aku. *haha*

Dulu-dulu kalau aku naik bus, nak nak pulak bila kena tunggu kat tepi jalan, pondok bus pun tak dak boleh buat jadi tekanan jiwa ni. Bila nampak dari jauh kelibat bas datang, dengan segera aku akan cepat-cepat nak jadi orang paling terkedapan dalam barisan menunggu. Walaupun sebenarnya tak dak rupa barisan dah pun.

Lari punya lari tengok-tengok bas dah penuh. Kecewa dah tentu.

Lepas tu tunggu lagi. Tunggu punya tunggu nampak je kelibat bus, aku ligan cepat-cepat. Dengan harapan bus tak penuh dan aku boleh naik dengan cepat. Ya. Bus memang tak penuh. Tapi bus tu pergi ke destinasi lain. Wuwuwu.

Kecewa buat kali kedua.

Kali ni tunggu punya tunggu lagi dan lagi. Nak dapat bus bukan senang. Kena pilih waktu yang sesuai. Waktu yang bukan jadi pilihan ramai. Baru akan ada bus yang kosong dan aku boleh naik dengan hati yang tenang dan damai.

 

Macam tu jugak dengan cinta, bila korang rasa itu adalah masa yang sesuai, tengok-tengok hatinya sudah dimiliki. Kecewa. Lepas tu korang tunggu lagi. Dan nampak macam cinta itu akan datang kembali. Tapi sebenarnya tak datang pun, hanya menyapa dan berlalu pergi. Kecewa dan kecewa lagi. Dan akhirnya korang tunggu buat kesekian kalinya. Tunggu dengan sabar dan masa yang sesuai. Dan akhirnya cinta itu datang dan membawa korang pergi bahagia bersamanya.


Oleh itu kepada pemandu bas, sila pandu dengan berhati-hati. Jangan bawak laju sangat. Ingat. Anda bakal membawa penumpang yang hatinya sedang memburu cinta. *Haha*

Best tak perumpamaan aku buat.
Best kan?
Hakhakhak.




2 comments :