Assalamualaikum
Sejak aku
terkeluar daripada perut mama aku, memang aku dah set siap-siap dah yang aku
sangat benci dengan sukan. Semua jenis sukan aku benci. Nak nak pulak sukan
lari-lari ni. Paling benci sukan bila aku bersekolah satu sekolah dengan adik
aku. Bertambah benci sukan bila aku kena berlumba dan berlari bersaksikan adik
aku. Lepas tu adik aku tanya, “kak, tadi ko kejar apa kak?”. Cis!
Semakin benci
bila ada acara lompat tinggi. Ya. Awal-awal lagi palang tu dah sama paras
dengan dahi aku. Apa kejadah pulak aku nak lari dan melompat tinggi-tinggi
dengan harapan aku boleh lepas palang tak berguina tu. Tak. Tak. Tiap-tiap
tahun aku sangat benci dengan aktiviti ini dan tiap-tiap tahun aku akan buat
strategi yang sama. Lari laju-laju, sampai kat palang aku tolak dengan tangan.
Hahaha. Sorry cikgu. Aku tak akan lompat. Never.
Aku jugak benci
bila aku terpaksa ambik acara lompat jauh. Dengan harapan kot setiap ahli sukan
boleh sumbangkan mata. Harapan tinggal harapan. Lari bagai nak rak. Bila lompat
alahai sekangkang kera. Korang boleh bayangkan macam mana kera tu mengangkang
macam tu jugak la besarnya wilayah jajahan yang aku mampu takluk untuk acara
lompat jauh. Benci sungguh aku rasa.
Aku tak suka sukan.
Jujur. Aku benci.
No comments :
Post a Comment