Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 28, 2012

seksi itu perlu



Assalamualaikum

Selamat malam wahai gadis-gadis semasa. Gadis-gadis comel yang suka pakai serkop kepala ala-ala yuna. Pusing-pusing balut kepala macam hana taji ayam ma. Yang suka pakai sarung kepala stail luar biasa. Nampak kool kan? Kool ke? Eheh.

Walaupun korang belit-belit sampai menampakkan kepala korang tu macam ular sawa yang baru lepas membaham mangsanya, selagi tak langgar batas agama it’s ok. Tak dak hal punya. Tak perlu untuk nampak seseksi Rozita Che Wan. Hanya perlu untuk jadi lebih sopan dan lebih sweet. Maka korang akan ada potensi untuk jadi rebutan bakal ibu-ibu mertua. 


Girls kena ingat. Korang tak perlu untuk jadi makhluk Tuhan paling seksi dengan harapan kot-kot akan ada lelaki buaya yang akan datang lalu mengorat umpan kat depan mata. Sebab orang lelaki yang ikut nafsu je yang suka benda-benda macam tu.

Marilah kita jaga adab kita sebagai perempuan melayu terakhir. Tak perlu jadi seksi dengan harapan kot boleh mengorat Datuk. Paling koman pun anak Datuk. Eh. Tak. Tak. Kalau tak dapat anak, cucu Datuk pun tak pa. Asalkan kaya. Heh. 

Jadi tak boleh ke nak seksi meksi?
Seksi tu perlu. Tapi depan suami udah la.
Tak payah nak lebih-lebih sampai depan orang lain pun nak tunjuk seksi jugak.
Lempang jugak kang. 





Wednesday, June 27, 2012

macam mana nak kenal jenis orang melalui lukisan


Assalamualaikum

Selamat tenghari. Hai gadis-gadis comel yang selalu keliru dengan kawan sendiri. Dah la keliru, tak faham pulak dengan karenah dorang. Ok. Nak faham karenah orang bukan senang. Nak nak pulak kalau dorang tu jenis yang cepat pulak berubah mood.

Hari ni aku nak bagi tips macam mana nak kenal perangai orang dengan cara yang cepat tanpa korang perlu ambik masa bertahun lamanya. Cara dia senang je, ambik sekeping kertas. Lipat kertas tu kepada 4 bahagian. Lepas tu korang suruh dia lukis satu objek kat mana-mana bahagian yang dia suka dan selesa. Lukis orang lidi pun tak apa. No hal punya. Ok. Settle.


Orang yang suka melukis bermula dari bahagian orang lidi warna hijau tu adalah orang yang jenis tradisional. Oldskool punya orang. Haha. Susah nak terima perubahan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Serabut tau.

Orang yang melukis bahagian orang lidi warna merah pulak jenis orang yang bersifat terbuka. Senang terima perubahan.

Kalau korang lukis kat bahagian orang lidi yang warna biru pulak, itu jenis orang yang setia. Orang setia ni dia jenis setia sungguh kot. Dia akan cuba pertahankan orang-orang dia, apatah lagi kekasih. Eheh. Ada kena mengena ke.

Orang yang lukis kat bahagian warna ungu tu orang yang jenis otak gila-gila. Sangat jarang orang lukis kat bahagian ni. Dorang kalau bagi idea memang superb. Lain daripada yang lain. Selalu pikir tak macam orang biasa pikir.

Tapi kalau yang jenis lukis kat tengah tu [orang lidi warna oreng] dorang jenis fokus. Fokus benda apa aku pun tak tahu. Huehue.

Hasil ujian, aku ni seorang yang setia. Aku tak nafi dan aku akui. Muahehe.

Korang tak percaya dengan lukisan ni?
Tak percaya sudah.







Tuesday, June 26, 2012

angan-angan orang perempuan


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang selalu berangan nak jadi isteri. Berangan nak jadi ibu. Dan hello kepada lelaki-lelaki yang selalu gadis-gadis anggap sebagai penyelamat yang datang dari masa depan. Anggapan yang akhirnya banyak yang tersalah anggap. Haih.

Berangan memang best. Dan jadi sangat best bila angan-angan tu jadi kenyataan. Tapi paling tak best bila apa yang diangankan tu kita tak dapat. Paling sangat tak best pulak bila dah nak dapat je apa yang diangankan tapi tak tercapai pulak. Bak kata orang tua-tua tak dak rezeki nak buat macam mana. Lauk dalam perut pun boleh terkeluar balik. Ini kan pulak benda lain. Ye tak? 


Angan-angan orang perempuan. Bila tiba masanya, akan sampai ke suatu tahap yang dorang akan berangan untuk jadi seorang ibu comel yang mithali lagi solehah. Wah. Sangat sweet bukan? Bila jadi ibu dah tentulah status dorang tu status isteri kan? Wah. Wah. Sweet ganda dua kan? Kan?

Dan macam biasa dorang akan berharap dan mengharap akan ada lelaki yang boleh jadi penyelamat dorang. Penyelamat yang datang dari masa depan yang mampu menyelamatkan masa depan dorang. Tapi mampukah gadis-gadis ini dapat penyelamat yang mampu menyelamat? Dan mampukah lelaki-lelaki yang dianggap sebagai penyelamat ini menjadi penyelamat?

Kita nantikan misi menyelamat itu.
Saksikan episod seterusnya dalam drama kehidupan anda sendiri. 
Dibintangi oleh diri anda, arahan anda dan heronya anda sendri pilih.
 

A wife lives alone; a child grows up without a father
Kalau boleh tak mahu jadi macam ni.




Thursday, June 21, 2012

cinta dalam hati


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang cinta seorang diri. 


Baru sekali menebas lalang
Kaki luka tertikam duri
Baru sekali tuan dipandang
Cinta sudah melekat di hati
 
 
 
 

Tuesday, June 19, 2012

tips: macam mana nak buat kerja amal jadi lebih menarik



Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang berhati mulia lagi dermawan dan bersifat sukarelawan dan hello kepada teruna-teruna yang nampak sangat gagah bila ringan tulang dan rajin tolong orang. Pasti akan ada bakal ibu-ibu mertua yang syok nak jadikan korang sebagai calon menantu pilihan. Wah. Wah. Wah.

Aku nak bagi tips macam mana nak jadikan aktiviti murni korang tu sebagai sesuatu yang menarik tertarik vavavom tanpa memerlukan publisiti.

Letak buku terpakai korang kat tempat yang mudah orang lain baca
Aku suka pergi kedai makan dekat rumah aku. Sebab kat kedai tu ada banyak buku. Macam-macam buku ada. Sambil tunggu makanan siap aku boleh baca buku. Kalau makanan lambat siap pun tak apa sebab buku-buku kat situ semua best. Kiranya boleh jadi terapi untuk hilangkan marah aku sebab lapar.  Ada kena mengena tak dengan tips aku? Tak? Ok. Fine.

Bagi hadiah/barang pada orang memerlukan secara rahsia
Tak kira la siapa orang tu. Ni asyik bagi kat girlfriend je apa kata bagi kat orang lain yang lebih memerlukan. Hadiah tak semestinya yang gempak-gempak. Hadiah kecik-kecik pun tak apa. Mesti dorang akan terharu punya. Kalau kat tempat korang ada cleaner ke makcik-makcik tukang sapu, cuba korang buat macam tu. Kalau tak bercucuran air mata dorang paling koman mesti dia akan senyum je sepanjang masa. Tapi tak payah bagi kat boss, sebab boss dah kaya. Hak hak.

Bayar tol untuk orang belakang
Ada ke orang pernah buat macam ni? Sepanjang hidup aku tak pernah merasa lagi kot. Kalau ada mesti sampai ke subuh aku tak boleh tidur sebab aku akan ingat “wah. Putera berhati mulia mana pulak yang bayar tol untuk aku? rasa macam cerita Cinderella pulak.” Heh. Ala takat tol dua tiga ringgit tu apa salahnya korang sedekah kat orang belakang je kan. Sambil drive boleh buat sedekah. Tapi sebelum tu tengok jugak kereta belakang tu jenis apa. Agak-agak kaya tak payah la. Haha.

Bayar makanan untuk orang secara senyap-senyap
Syok ooo kalau tengah sedap-sedap makan lepas tu ada pulak ada orang tolong bayarkan. Rasa macam.. eemm.. malu pun ada. Nak nak pulak kalau kita tak tahu siapa la tukang yang membayar tu. Nak senang korang pergi kat kedai makan 1malaysia. Kat situ komfirm korang boleh bayar murah untuk orang lain. Eheh.

Bagi kad ucapan secara rahsia
Walaupun benda tu hanya kad ucapan tapi efeek dia boleh sampai mencecah ke emosi tau. Kad ucapan ni boleh dibubuh ayat motivasi ke, ucapan selamat ke, apa-apa je ayat yang boleh menyenangkan hati sipembaca.


Itu la serba sedikit tips yang aku bagi walaupun aku sendiri tak pernah buat lagi. Mari la kita buat sama-sama ya. Hihi. 




Saturday, June 16, 2012

kempen: jom melawat perak: muzium matang


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang suka berjalan makan angin. Makan angin ada pulak orang nak mengorat. Lalu terasa malu. Eheh. 

Hari ni ada segmen Jom Melawat Perak. Moh le Yob Yong oiii.

Meh aku bawak korang ke Muzium Matang, Taiping. Masuk free. Disebabkan feel pelancong berlebih-lebih 2jam lebih sakan aku ronda sampai pakguard tu tanya, "korang ni bila nak balik hah? Muzium nak tutup dah ni". Huhu.















Kat sebelah muzium ni ada rumah kapten speedy. Agak besar ala-ala banglo lama. Tapi aku tak dapat masuk sebab time tu berkunci. Kat depan muzium ni pulak ada sebatang pokok bachang besar gila. Pokok tu dah tumbang la pulak. Tempat hukuman gantung dijatuhkan. Seram sekejap. 

Dah melawat muzium jemput makan mee udang ye. Dekat area muzium ni je.


Jom melawat aku sekali. Huehue.