Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 14, 2014

kerana perempuan itu unik : selalu eksiden pelik-pelik


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hai pari-pari comel yang suka memandu. Bawak kereta laju-laju dengan gaya bagaikan sedang berlumba. Sangat tidak manis kamu tahu. Lagipun bawak laju-laju sangat rugi sebab korang tak dapat nak tengok jodoh korang. Mana tahu kot jodoh korang ada kat jalan raya tu kan? Huhu.

Okei readers. Ada oang cakap orang perempuan ni cuai kalau memandu. Bila memandu ja cuai. Lepas tu kalau ada eksiden pelik-pelik ja mesti dari jauh orang dah boleh agak dah, tu mesti perempuan yang drive.

Orang lelaki boleh memandu dengan lebih cekap, laju, pantas lagi tuntas berbanding dengan perempuan. Sebab time drive tu dorang menggunakan ruang analitikal yang terdapat dalam otak. Ruang itulah yang membolehkan dorang mengagak objek kat depan dari jauh. Dorang boleh agak kelajuan dan arah objek tu. Tu sebab orang lelaki kalau nampak perempuan comel, cun, ayu, jelita rupawan, menawan kat tepi jalan sempat lagi dorang nak toleh. Sempat lagi bagi komen perempuan tu lawa tak lawa. Dan sempat lagi kenyit mata laju-laju sambil buat gaya macho, hemsem, gagah lagi perkasa.


Orang perempuan pulak lain. Dorang kalau drive, drive je memanjang. Kiri kanan depan belakang tak berapa nak peduli sangat. Dan otak dorang tak boleh nak analisis objek yang ada kat depan.

Disebabkan macam tulah kalau korang perasan orang perempuan yang jadi penumpang, bila lelaki drive jantung dorang berdegup laju selari dengan kelajuan kereta yang dipandu. Lepas tu mulut dorang otomatik akan terkeluar ayat-ayat macam “depan tu ada lori”... “elok-elok sikit bawak tu jangan laju”... “Eh. Eh.”...

Perempuan ni unik. Sekurang-kurangnya bila dorang rasa cemas tu maknanya dia tak mahu korang eksiden. Dia tak mahu korang terbabas. Jatuh longkang macam dorang. Huahua. Biarlah rekod dan reputasi tu kami yang pegang. Sebab perempuan itu unik sebenarnya.

Tapi walauapapun berhati-hati dijalan raya. Ingatlah orang yang disayang-sayang. Dirindu-rindu. Dikenang-kenang.




2 comments :

  1. Slalu gak tserempak ngan kereta tanpa pemandu yg dipandu dgn begitu slow dilorong kanan yg mbuatkn aku tpaksa mlanggar undang2 mmotong ikut lorong kiri.
    Kereta tanpa pemandu ni kkdg lampu brek dia bkelip kelip laju tanpa sbab mngalahkn lampu signal.
    Dah lali dah.




    (klu dri blakang nmpak mcm xde pemandu, ktinggian seat kereta yg xsesuai dgn pemandu)

    ReplyDelete