Assalamualaikum
Hai gadis-gadis
comel yang suka berjalan-jalan sambil cuci mata. Dan holla kepada encik-encik
hemsem yang suka meronda sambil cari jodoh. Setakat ni korang dah berjalan
sampai takat mana dah? Mesti sampai oversea kan? Naik kapal terbang. Jenjalan kat
Korea. Paling koman pun mesti korang dah sampai kat Bandung, Indonesia tu kan? Kan?
Tak pun kat Danok, Thailand. Betul tak? Aku ni warga marhaen. Jadi aktiviti
jalan pun ala-ala marhaen la jugakkan.
Hari ni kita
cakap utagha tak apa kot na. Sekali sekala. Huhu.
Kalau tengok kat
blog orang lain sakan depa duk cuti merata kona. Ada yang pi ke Korea. Ada yang
pi India merata cerok rantau lah depa pi. Berbeza dengan aku, bukan takat Korea
apatah lagi China, aku yang duk ada dalam Malaysia ni pun tak lepaih ke mana
lagi ha.
Hari tu pi rumah
mentua kat Kedah, alang-alang lajak terus ke Aloq Staq. Time tu kami pi dah
petang dah. Singgah merata tempat and tankap sekepin dua gambaq. Buat kenangan
la katakan. Tapi disebabakan dah petang kami duk luaq ja la. Lalu pun tepi-tepi
sipi-sipi bangunan ja.
No comments :
Post a Comment