Assalamualaikum
Selamat petang. Hai
cik adik manis yang comel bagaikan sang pari-pari yang sedang mengibas-ngibaskan
sayap magiknya. Yang sedang termenung jauh. Memikirkan kenapalah Neelofa yang
dipilih sebagai bakal permaisuri kelantan dan bukan diri korang sendiri. Apa
kurangnya korang? Adakah kerana korang tak secerdik Neelofa yang gigih dapat SPM
10A? Apakah korang tidak secantik Neelofa yang ada tahi lalat di pipi itu? Atau
adakah korang tak cukup glamer sepertinya dan hanya berstatus warga marhaen
yang hanya layak untuk berangan agar disunting oleh anak raja sepertimana yang
ada dalam novel mahupun drama? Kalau tak dapat anak raja dapat anak orang kaya
pun jadilah.
Tapi kenapa
Neelofa? Kenapa? Dan bukan korang??
Why? Why?
Jap. Meh sini
aku nak pinjam dahi tu. Aku nak tepuk-tepuk sikit. Nak bagi korang sedar bahawa
sesungguhnya manusia tak pernah rasa puas dengan apa yang ada disekelilingnya
dan manusia tak pernah puas dengan apa yang orang lain ada.
Benda paling
mudah macam ni lah aku bagi satu contoh. Korang tengok cuaca petang ni terik
sangat. Lepas tu aku bet korang mesti merungut alahai kenapalah panas sangat
ni. Tak syoklah kalau panas-panas sangat. Tapi bila cuaca mendung-mendung sikit
pun merungut jugak. Ala cuaca macam ni lah yang buat jadi malas nak buat kerja
ni. Rasa macam nak tidur je. Mesti korang pernah terfikir macam tu kan? Kan?
Lepas tu tengok
orang lain dapat kawen dengan lelaki kaya tapi tak hemsem mesti dalam hati
terdetik, ala tu kawen sebab harta la tu. Muka dah la tak hemsem, macam mana la
boleh dapat perempuan comel. Tak pun tengok orang lain pakai kereta menjalar
bergerak laju mencecah kelajuan bagaikan halilintar and then mesti akan cakap
itu buat business jual dadah la tu. Atau pun skim cepat kaya MLM melayu lanyak
melayu.
Kalau macam tu
fikiran manusia sampai meninggal kita tak akan puas dengan apa yang kita ada. Okei. Kita berbalik kepada persoalan rezeki manusia. Rezeki itu adalah datang dari Tuhan. Tak terjangka. Tapi manusia tak pernah nak tengok dengan mata hati dengan apa yang telah Allah beri. Sungguh ni aku bagitahu. Cuba korang pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Tak ada apa yang korang dah dapat sehingga saat sekarang yang mampu untuk korang pertikaikan nikmatnya. Kan?
Jadi bersyukurlah kalau andai kata Neelofa tu yang bakal jadi permaisuri. Mana tahu kot dia boleh jadi Sultanah contoh yang bukan saja comel bijak macam sang kancil malah berjiwa rakyat. Untung tu. Sedap sikit mata rakyat marhaen nak memandang.
Huhu.
Jadi bersyukurlah kalau andai kata Neelofa tu yang bakal jadi permaisuri. Mana tahu kot dia boleh jadi Sultanah contoh yang bukan saja comel bijak macam sang kancil malah berjiwa rakyat. Untung tu. Sedap sikit mata rakyat marhaen nak memandang.
Huhu.
hee..
ReplyDeleteYour husband like neelofa so much right?? hihi..
ReplyDelete