Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 25, 2014

bagaimana mendapatkan baby yang sihat dan kita hajati


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang akan jadi ibu pada masa depan. Dan encik-encik hemsem yang bakal jadi bapa yang gagah berani sekalian. Hari ni aku nak bagi petua. Eh bukan petua tapi panduan bagaimana mendapatkan baby yang sihat dan kita hajati. Wah. Kemain kan aku ni. Padahal baby pun belum ada. Hukhuk. Tapi tak apa. Aku nak share jugak.

Bakal ibu kena jaga perasaan sendiri. Jangan terlalu bimbang. Jangan terlalu terkejut. Jangan terlalu gembira sangat. Sebab takut nanti keguguran. Untuk korang yang baru start pragnant jangan makan makanan berbisa macam ikan semilang, ikan pari, nanas dan tapai. Makan kena jaga tau. Jangan bedal je lepas tu cakap baby dalam perut yang mintak. Haih. Suami kena hormat perasaan isteri. Sebab perempuan pragnant ni dorang perlukan banyak perhatian. Perhatian dari suami yang boleh buat hati isteri gembira. Bila isteri seronok dan gembira otomatik baby yang dikandung tu akan membesar dengan sihat.


Untuk bulan pertama sampai ke3 pragnant jangan lakukan persetubuhan terlalu kerap. Dan kalau boleh hentikan buat sementara waktu. Bakal ibu comel jugak boleh makan telur ayam kampung sebijik sehari untuk tambah kesihatan ibu dan baby. Korang jugak kalau boleh perlu ambik udara segar yang bersih setiap pagi sebab benda ni akan menyuburkan baby yang korang kandung dan ibu jugak akan sihat.

Korang kena kontrol emosi korang. Kalau boleh jangan terkejut bila tengok benda-benda pelik dan ganjil sebab perasaan ganjil boleh menyebabkan baby korang terkena kenan. Huhu. Korang jugak kena tidur dengan cukup setiap hari. Nanti bila dah nak sampai bulan melahirkan, korang banyakkan berdiri untuk mudahkan korang bersalin. Kalau berjalan kat tempat lapang selama setengah jam jugak boleh bantu korang untuk mudah bersalin nanti.



Untuk suami, korang kena selalu bagi semangat dan rangsangan kat wife korang tau sebab benda macam tu akan buat hati isteri korang jadi tenang dan happy. Kegembiraan boleh mempengaruhi baby dalam perut korang yang comel tu.

Dan korang jugak kena minum air masak yang cukup. 6 hingga 7 gelas sehari. Nak bagi badan korang rasa segar. Dan jangan lupa makan buah-buahan segar jugak tau. Sangat baik untuk baby and korang jugak.

Okei. Itu je tipsnya. Aku dapat dari mamber aku seorang bidan muda.
Kredit untuk Nur Qamar. Korang boleh tengok facebook dia untuk keterangan lanjut.

Aku nak berangan jap. 




drama yang macam drama part 3


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang suka tengok drama dan yang suka berangan bila tengok movie. Tengok movie yang bertemakan ala-ala romatik boleh menyebabkan hati gadis-gadis berbunga lalu tersenyum dengan tersipu-sipu. Ah. Syoknya kalau dapat jadi heroin tu. Dah la comel. Baik. Ayu. Jelita. Menawan. Jadi rebutan. Beberbudi pekerti menjunjung undang-undang dan perlembagaan. Heh. Tetibe.

Drama yang macam drama.

Sejak dua menjak ketiga menjak menghampiri empat menjak ini, aku rajin jugak tengok cerita Melayu. Ye lah. Aku pakai channel kerajaan. Ada RTM dengan TV3 je. Tu pun aku rasa dah hebat sangat dah. Kerajaan dah bagi subsidi tengok rancangan free jadi aku perlu bersyukur. Tapi korang tak tahu, aku tengok tv bukan sebarang tengok. Aku tengok sambil buat analisis data terperinci dengan maklumat lengkap dan jitu. Orang selalu cakap, selain dari tidur aku ni asyik tengok tv je. Tapi orang tak tahu aku tengok sambil scan data tahu. Lepas tu aku perlu tidur untuk memproses data-data yang ada. Korang ingat senang ke. Tapi aku tak cerita kat orang. Aku pendam je sebab aku tak nak riak. Huhuhuhu.


Drama zaman sekarang ni sebenarnya banyak yang macam ala-ala bawang putih bawang merah. Bagaikan cinderalla kena sepak terajang lalu jumpa dengan orang kaya hemsem kacak bergaya gagah perkasa bagaikan pahlawan yang jadi rebutan anak-anak gadis desa. Watak perempuan yang jadi heroin selalu kena aniaya. Kena aniaya dengan famili, atau mungkin dengan boss merangkap hero, atau mungkin dengan sedara mara mahupun rakan taulan.

Lepas kena aniaya bawak diri pergi ke kota. Dan dan pulak jumpa dengan orang kaya. Orang kaya tu hero. Hero yang sombong, bongkak, riak, takbur, bubur semua adalah. Lepas tu heroin kena aniaya lagi. Kena buli.


Orang kaya tu pulak ada girlfriend. Jahat. Seksi. Ala-ala model. Hati busuk. Kaki busuk. Bila hero suka kat perempuan teraniaya famili pulak dah ada calon. Tak pun kalau stail kena kawen paksa atau kawen jenis sorok asal usul dan identiti. Bila kawen tengok-tengok eh anak orang kaya rupanya. Buat-buat la adegan romatik dan hidup pun happy sampai meninggal.

Lepas tu kalau watak jahat mesti kena ada adegan rogol. Kalau tak rogol hampir-hampir rogol. Paling koman niat nak rogol. Lepas tu bab mengumpat. Watak mengumpat ni biasanya didominasi oleh makcik-makcik kampung. Dan port nak mengumpat adalah dalam kedai runcit. Tepi kedai runcit atau on the way nak ke kedai runcit. Pendek kata kedai runcit adalah backdrop paling penting kalau nak mengumpat. Buat muka keji sikit. Lepas tu pandang macam tak puas hati dan sessi mengumpat pun bermula.

Haih.

Okeilah. Nak tengok panaskan enjin jap. Hari ni nak balik kampung. 




Thursday, July 24, 2014

saya ada twitter. tu pun nak cerita. huhu.


Assalamualaikum

Selamat petang. Aku baru lepas buat siri jelajah kawasan. Pergi kutip kuih untuk hari raya. Aku bukan tak mahu buat kuih raya. Tapi sebagai warga Malaysia yang prihatin, aku sebenarnya berniat nak membantu negara mempertingkatkan ekonomi makcik-makcik khasnya dan ekonomi negara amnya. Kalau ekonomi tak berkembang nanti kita jugak yang susah. Bak kata pujangga dari pemimpin negara tersohor seantero malaya malahan seluruh dunia, jangan tanya apa negara bagi pada kita, tapi tanya apa yang kita dah bagi pada negara. Jadi berpegang kepada konsep itulah aku tak buat kuih raya. Aku korbankan perasaan keperempuanan yang membara dalam jiwa yang sangat sinonim dengan masak-masak kuih. Aku ketepikan perasaan itu. Demi pembiakan ekonomi agar lebih kukuh, padu dan jitu. Huhu.


Okei. Aku nak bagi tahu aku ada buat twitter. Itu je pun sebenarnya. Haha. Aku tahu korang bukan hadap pun dengan blog aku ni, apatah lagi nak hadap dengan twitter aku. Macam mana korang tengok blog aku ni tak ada follower macam tu jugaklah twitter aku. Huuuu.

Okeilah. Aku nak kena kutip semut duk hurung kuih pulak dah. Hoih. Tentu sedap lagi enak barangkali.

Tata.




Thursday, July 17, 2014

motivasi nak jadi cantik


Assalamualaikum

Selamat petang yang tak best. Tak best sebab rasa tak syok. Tak syok sebab rasa tak best. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang comel macam Miranda Kerr. Yang tak comel jangan rasa susah hati. Jangan rasa kecik hati. Apatah lagi jangan rasa nak bunuh diri. Itu tidak baik untuk masa depan kamu. Sebab bila bunuh diri bukan saja korang tak sempat nak grooming diri jadi comel malah berbakul-bakul kata hinaan, cacian dan makian yang korang dapat even time tu korang dah meninggal. Dah la huduh bunuh diri pulak tu.

Sebenarnya yang tak comel tu bukan bermaksud korang tak comel. Korang sebenarnya berkemungkinan masuk dalam kategori cantik, jelita, ayu, sedap mata memandang dan mungkin jugak masuk dalam kategori miss universe punya level kecantikannya. Cuma korang je tak perasan dan tak tahu nak masuk dalam kategori mana. Hah. Banyak kan kategori ada. Kalau korang rasa nak masuk dalam group ayu maka dipersilakanlah masuk dalam group tu. Tapi ingat. Bila rasa diri tu ayu buatlah perangai yang ayu. Kalau tak reti pelan-pelan kayuh membentuk keyuan dalam diri. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama ayu itu akan terbit. Korang pegang kata-kata pujangga aku tu. Pegang ketat-ketat.


Korang kena yakin dengan diri sebenarnya. Dan jadi diri sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Kalau kita nak hadap dan hadam tahap pemikiran manusia yang malas nak berkembang dengan baik memang payah. Atau jalan penyelesaiannya anggap sahaja sel-sel otak mereka langsung gagal untuk berhubung.

Semua orang cantik. Yang buat korang jadi tak cantik sebab korang tak mahu jaga diri jadi cantik. Salahkan makanan. Salahkan keturunan. Lepas tu perangai pulak tak selari dengan perintah Tuhan. 

Okei. Sampai situ je sessi motivasi dari aku.



Wednesday, July 16, 2014

pertandingan rekaan fesyen hadiah bernilai RM2juta untuk dimenangi : tarikh tutup : 24 julai 2014


Assalamualaikum

Selamat petang yang damai. Damai kerana berjaya mengecas energy yang hilang hampir setengah hari. Hai cik adik manis yang gemar bergaya bagaikan puteti raja turun dari kayangan tujuh petala langit bumi. Yang sukakan fesyen. Yang berangan nak jadi macam Tom Abang Sufi. Dan holla kepada hemsem-hemsem, gagah lagi tegap sekalian. Yang berminat nak jadi macam Hatta Dolmat. Kalau tak jadi macam Hatta Dolmat jadi macam Datuk Bernad Chandran pun okei jugak. Bukan takat hemsem, bermotor karrisma bahkan sangat kreatif dalam menghasil design baju yang sangat mustahil orang marhaen macam aku miliki. Huhu.

Untuk korang yang berminat nak jadi pereka fesyen, korang boleh capai impian korang dengan memasuki pertandingan Fashion Pitch 2 anjuran mycreative.com.my. hadiah bukan calang-calang tahu. RM2juta hadiah untuk korang menangi. Berupa modal untuk korang bukak bisnes sendiri. RM2juta weh. Wah. Wah.


Untuk maklumat lanjut bolehlah ke laman web yang tertera ini. www.mycreative.com.my. Selamat berjaya mereka baju unik lagi kreatif. Harapnya tahap kekreatifan korang mengdesign baju tu tak macam enot and didie alias selalu pakai. Huduh untuk tatapan umum. Tapi tak tahu pulak kalau itu yang dinamakan fesyen atau adakah aku sendiri yang buta fesyen. Huhu.




pertandingan menulis manuskrip novel, cerpen dan puisi 2014 : tarikh tutup 5 ogos 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Baru bangun tidor ni sebenarnya. Nampak boss lalu cepat-cepat buat muka segar bagaikan fresh and white. Dengan harapan agar boss tak perasan bahawa sesungguhnya diri ini telah melakukan hibernasi super hebat sebentar tadi. Teknik berjaya nampaknya. Fuhh. Selamat. Hai gadis-gadis comel yang suka bermadah, bergurindam, berangan. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang sealiran seperti gadis-gadis comel itu jugak. Zaman aku sekolah dulu aku kena baca cerpen, novel dan puisi. Pernah baca cerita bertajuk Kelapa Nan Sebatang, tapi haram nak faham. Huhu.

Okei. Untuk korang yang sangat berminat dan ada bakat terpendam untuk tulis novel, cerpen mahupun puisi yang super awesome, korang boleh join pertandingan menulis manuskrip. Hadiah agak lumayan. RM12,500 dan manuskrip korang akan diterbitkan sekiranya korang menang. Kalau tak menang jangan bimbang, korang boleh terbitkan sendiri dalam blog. Sekurang-kurangnya korang boleh buktikan kat orang yang korang pernah join pertandingan yang bukan super calang-calang itu kan. Huhu.


Untuk korang yang berminat bolehlah asah bakat yang ada. Tapi kadar pemikiran korang perlu ditahap pada kelajuan yang tinggi ya. Sebab tarikh tutup pun dah dekat iaitu 5 ogos 2014. By the way, kalau korang rasa masa nak submit sangat singkat, korang boleh join pertandingan penulisan novel, cerpen dan puisi anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Tarikh tutup 31 januari 2015.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat pada sasarannya mohon untuk ke laman web mycreative.com.my ini ya.




Monday, July 14, 2014

bagaimana untuk menghormati pendapat orang lain


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hai gadis-gadis comel yang bermulut becok macam murai. Bercakap tak tentu hala. Lepas tu bila orang lain nak bercakap dipangkah bulat-bulat. Petak-petak. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang pendiam sekalian. Orang nak mengurat pun takut. Huhu.

Pendapat. Idea.

Zaman sekarang ni ramai sungguh pejuang. Pejuang yang bukan memikul senapang. Tapi berjuang guna papan kekunci. Atau dalam bahasa internationalnya key board worrior. Duduk depan komputer dengan penuh emosi lalu taip apa yang terbuku dalam hati. Maki hamun. Menghina dengan membuta tuli. Membuat kesimpulan tanpa usul periksa. Tanpa tahu hujung pangkal cerita. Apa yang penting nak jadi pahlawan. Lagak bagaikan ala-ala the last worrior. Dialah pejuang yang benar lagi hakiki. Nak nak pulak kalau dapat sokongan atau like ribu-ribu dari umat manusia aliran pemikiran yang sama. Iaitu berani disebalik screen komputer semata. Mereka anggap itu adalah tembok kalis peluru untuk mengelakkan berlakunya serangan hendap barangkali. Haih.


Bagi pendapat. Luahkan idea.

Manusia kena faham fitrah kejadian manusia. Masing-masing ada akal. Yang mampu bagi pendapat berbeza. Pendapat yang tak sama. Pendapat yang langsung tak serupa. Tapi kalau tak suka tak semestinya kita perlu membangkang dengan cara menghina. Dengan cara kekerasan hingga menampakkan keaiban sesama kita.

Cikgu cakap, kalau nak lontarkan idea yang tak sama dengan orang lain, jangan cantas cepat-cepat. Jangan pintas dengan cara yang boleh menimbulakn kehinaan pada dirinya. Gunakan kata mula, pada pendapat saya dan teruskan dengan hujah-hujah bernas tanpa menyakitkan hati manusia lain.

Nampak macam skema. Tapi kita kena ingat dengan hanya sepotong kata-kata ia boleh menghiris jiwa manusia sampai bila-bila. Secara nipis-nipis. Secara dalam-dalam. Berbekas dan bersisa sampai habis nyawa.




teringin sangat


Assalamualaikum

Jap. Nak telan air liur jap.
Eh. Bukan sebab pengotor tau. Tapi aku sangat teringin nak makan.
Makan nasik. Kari ikan yang mama masak. Telur dadar. Gaul-gaul bagi sebati lepas tu makan. Nyum.
Kari ikan tu tak nak yang fresh. Nak yang dah perangat paling koman sehari semalam punya kari.


Teringin sangat. Perasaan ini Tuhan je yang tahu. 
Huhuhu.




cara nak jawab soalan kalau orang tanya bila nak kawen


Assalamualaikum

Selamat petang. Aku tunggu masa je nak lompat beralih kerusi. Dari kerusi opis ke kerusi kereta. Lepas tu nak singgah kedai pi beli baju selai dua kat abah sat. Dapat bonus katakan. Hoyeah. Alhamdulillah. Shopping untuk abah sikit. Untuk diri sendiri tak apa. Kita hold on dulu. Tunggu bakal anak dari masa depan belikan. Haha. Berangan sangat mardiana ni.

Bila balik kampung, kumpul ramai-ramai maka akan ada mulut puaka cuba tanya soalan super keji. Bila nak kawen? Oh man. Kawen adalah perkara yang sangat suci tapi soalan yang ditanya nampak keji sebab tak menjaga tatatertib hal ehwal perasaan manusia sejagat.


Kamu bila nak kawen?
InsyaAllah.. tunggu je senapang kat dahi. Ada la tu 

Jawab dengan tenang sambil melemparkan senyum senget.

Kuasa Allah buat apalah nak pertikai. Parah sungguhlah hai manusia la ni. Depa pikir kawen ni macam main pondok-pondok ka? Haih.




Friday, July 11, 2014

terima kasih nuffnang dan Kastam Malaysia


Assalamualaikum

Selamat pagi yang aman damai sentosa bahagia lagi sejahtera. Hai gadis-gadis comel yang sedang bernafas. Kalau tak bernafas macam mana korang boleh baca blog ni ye dak. Hihu. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian yang suka bernafas dalam lumpur. Eh. Tak. Bukan dalam lumpur. Tapi bernafas guna rokok. Kiranya ibarat rokok tu penyambung oksigen tercemar untuk korang la.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan Kastam Malaysia sebab sudi bagi duit. Tapi korang jangan salah sangka terhadap kredibiliti aku sebagai perempuan yang baik budi pekerti dan menjunjung titah sultan dan kerajaan mahupun taat setia kepada perlembagaan persekutuan ini. Duit yang aku dapat itu bukan duit rasuah. Apatah lagi duit suapan. Tapi ini duit untuk iklan juga mari.


Kastam dengan giatnya telah melancarkan Ops Outlet Membenteras Penyeludupan Rokok. Merokok membahayakan kesihatan tau. Orang yang merokok ni pentingkan diri. Kalau nak meninggal pergi la meninggal sorang-sorang. Ni dah la merokok lepas tu hembus-hembus pulak kat tempat awam. Hembus kat tempat yang ada baby-baby comel, cute lagi gebu. Hembus kat tempat yang ada ibu-ibu mengandung. Hembus sana. Hembus sini. Apa korang ingat hemsem sangat ke kalau merokok tu? Tak hemsem langsung kamu tahu. Menyusahkan orang je. Kang kena penyakit kita pulak yang kena bawak pergi hospital. Lepas tu nak kena jaga makan minum pakai berak kencing. Hoih. Cuba la fikir sikit. Kesian kat orang yang kena jaga tu nanti. Kena hadap dan hadam penyakit bawaan rokok korang tu.


Apa yang pasti perokok ni buat pi la nak cakap apa pun. Korang bubuh la gambar scary apa bagai kat kotak rokok tu. Tak akan bagi efek. Okei tak nak bebel panjang lebar padat padu dan jitu. Cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Huhu.

Tata dengan emosi. 





Thursday, July 10, 2014

terima kasih nuffnang dan DOVE Hair Fall Rescue


Assalamualaikum

Selamat petang yang sejuknya suam-suam kuku. Nak kata panas tak berapa nak panas. Nak kata sejuk memang tak sejuk pun. Hai gadis-gadis comel yang berambut lurus macam pembaris. Yang berambut kerinting macam maggie. Dan yang berambut ikal mayang ala-ala princess gitu. Rambut itu mahkota wanita. Oleh itu janganlah hendaknya korang buat tayangan unggul pulak. Berdosa tahu. Aku tahu rambut korang cantik, berkilat, bersinar dan begemerlapan. Tunjuk dan kibas-kibas kat suami sudah memadai. Pahala dapat. Hubungan bertambah erat. Cewah. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang suka jaga penampilan. Yang suka pebetul rambut. Agar seiring dengan peredaran zaman.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan Dove Hair Fall Rescue sebab sudi bagi duit. Masalah rambut ni ada macam-macam punca. Sebab pemakanan. Sebab keturunan. Sebab persekitaran. Sebab cuaca. Sebab kehidupan. Sebab tekanan. Dan sebab fikir yang bukan-bukan. Huhu. orang yang berfikir negatif akan jadi stress. Bila stress rambut akan gugur sebab terkejut. Eh. Suka hati aku je buat teori.


Okei gadis-gadis comel dan abang-abang tegap sekalian. Untuk mengatasi masalah rambut DOVE ada perkenalkan produk dia. So korang bolehlah try. Cepat tau. Jangan dah tak ada rambut baru korang nak guna. Time tu korang nak syampoo apa kalau rambut dah tak ada. Haih. Semoga rerambut kroang kembali sihat dan bersinar okei.

Tata. Muah. Muah.  




Allah. Selamatkan Palestine.


Assalamualaikum

Selamat tenghari yang dah nak masuk ke pukul 1petang. Lepas tu lagi 3jam setengah adalah masa yang sangat sesuai bagi aku untuk melompat terus dari kerusi opis lalu berjalan laju-laju sambil pebetul tudung untuk kembali pulang dan menunaikan tanggungjawab sebagai surirumah teres. Wuhu. Padat dan jitu jugak jadual harian aku. Hai gadis-gadis comel yang comel. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian yang dahlah hemsem, kacak bergaya tegap gagah perkasa pulak tu.



Bila aku tengok gambar kat atas, tak dapat aku gambarkan apa perasaan dorang masa tu. Perasaan ibu yang cuba melindungi anak-anak. Perasaan anak-anak bila berdepan dengan manusia kejam keji bersifat lahanat itu. Allah. Nak nangis rasa. Mohon untuk kita semua berdoa untuk kesejahteraan saudara seagama kita di Palestine. Bumi Gaza telah dibedil oleh mahkluk yang dibenci sepanjang zaman iaitu Israel laknatullah. Perangai lahanat mereka semakin menjadi-jadi. Allah. Tuhan je tahu perasaan ini. Sobs. Sobs.


Aku ingat lagi masa tu aku tengok dalam berita sekumpulan  askar Israel menembak sepasang suami isteri dihadapan anak-anak ketika mereka berada ditepi pantai. Anak-anak tu kecik lagi. Meraung menangis bila lihat ayah dan ibu mati serta merta akibat daripada tembakan padu tepat dimuka. Dan pada masa yang sama selepas tembak, askar-askar tu datang ke arah kids yang dalam ketakutan dan memeluk dan pujuk anak-anak yang tak berdosa itu. Kegilaan apa yang sedang mereka tunjukkan? Menembak mati ibu bapa dan kemudian memujuk supaya anak-anak itu agar rasa berlapang dada? 


Palestine terpaksa berjuang sendiri-sendiri. Tanpa bantuan tapi tetap tak akan mengalah. Nak harap bantuan dari pihak lain haram tak ada. PBB dan OIC? Sampai mati pun dorang akan berdiam diri. Semoga Allah bagi balasan yang setimpal dengan perbuatan kejam mereka. 

Allah. Nangis.




terima kasih Nuffnang dan IKEA June Sale


Assalamualaikum

Selamat petang yang badanku berbau ikan, daging dan sayur-sayuran. Inilah akibatnya bila pergi pasar pakai baju opis. Bila masuk opis bau pasar menyusuk hidung dan kalbu. Nampak macam suri rumah teres sangat aku ni. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang sedang bersedia untuk memperhabihkan duit demi merayakan hari sesuci lebaran yang bakal muncul tak lama lagi. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian yang sedang buat kira-kira nak bayar duit zakat tak lama lagi. Semoga dimurahkan rezeki korang hendaknya.



Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan IKEA JUNE SALE sebab sudi bagi duit. Dah lama terperuk dah CPUV IKEA ni tapi baru sekarang aku ada mood nak update. Bukan tak ada masa tapi busy. Eh.



IKEA ada buat sle sempena bulan June ini. Memang bagus startegi yang IKEA buat. Nak nak pulak bila raya akan muncul tak lama lagi so ini adalah masa yang sangat sesuai untuk shopping dengan penuh berhemah, murah namun tetap berkualiti. Tapi kalau menurut perkiraan sale bulan june ni dah habih dah. Huahua. Tapi tak ada anda jangan bimbang sale tetap IKEA ada buat. So korang kena rerajinkan diri pergi lawat website dorang ya.



Dan sempena bulan puasa ni, bagi korang yang nak rasa keenakan makanan dari IKEA, dorang ada buat buffet. Untuk dewasa and untuk kanak-kanak comel, cute dan gebu. Bagi korang yang kaki makan, kuat makan ia sangat berbaloi-baloi. Oleh itu jom makan sambil membeli belah sayang-sayang sekalian.




Friday, July 4, 2014

makan dalam


Assalamualaikum

Makan dalam.
Makan dalam-dalam.
Sampai pedih dan harap faham.
Harap-haraplah hakikatnya tak mengharap.


Ayat makan dalam. Tapi sebenarnya ramai yang tak faham. Ambil yang atas-atas, ambil bawah-bawah. Isi tengah-tengah dibiarkan. Diabaikan.




Wednesday, July 2, 2014

berdoa di bulan ramadhan. part 4


Assalamualaikum

Selamat petang yang ribut melanda secara tiba-tiba. Duduk kat tempat tinggi ni kadang-kadang boleh menyebabkan timbulnya ancaman gayat tak ingat-ingat. Selain daripada ancaman bunyi-bunyian pelik tatkala ribut kuat melanda lalu menghasilkan irama dah rupe orang bersiul mendayu-dayu gitu. Huhu. Bertabahlah wahai hati.

Salam ramadhan.



Hujan agak lebat sekarang ni. Jadi aku ambik kesempatan ini untuk berdoa kuat-kuat dengan penuh pengharapan. Semua orang tahu bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dari Tuhan. Sambil duduk-duduk termenung tu kita boleh berdoa kepada Allah supaya apa yang kita nak dimakbulkan olehNya. InsyAllah.

Marilah berdoa. Aku berdoa semoga aku dapat bertemu dengan pewaris kecomelan pada masa depan. Dengan bapak dia aku dah temu dah. Dalam bulan ramadhan juga. Dah bersuami ni ayat dalam blog tak boleh nak lepas laku sangat. Kesopanan dan kesusilaan, keluhuran dan perlembagaan sebagai perempuan melayu terakhir haruslah dipelihara.

Alhamdulillah.

Hikhik. Tutup muka dengan tapak tangan jap.