Assalamualaikum
Hai girls and boys sekalian. Are you hungry? Kalau lapar pergi la makan. Nampak prihatin kan aku ni.
Ok. Lately aku dapat rasakan yang aku jarang dah nak buat entri untuk blog ni. Bukan apa, aku banyak sangat kerja yang nak kena buat. Kerja yang nak kena buat pun tak terbuat apatah lagi kerja yang tak sepatutnya buat pun aku nak buat. Haha. Gila kerja kan aku ni. Aku suka buat kerja supaya aku nampak busy. Ya. Nampak busy padahal aku tak busy pun. Kuikui.
Busy ni tak semestinya busy dengan kerja. Maksudnya kat sini buat benda lain pun kira busy jugak. contohnya busybody. Haha. Busy jugak tu kan. Aku tahu bukan aku sorang je makhluk kat dunia ni yang suka buat-buat busy, korang pun mesti tak terkecuali jugak kan. Oyeay, oleh itu aku nak bagi sikit cara kat korang yang hobinya buat-buat busy untuk mempraktikkan beberapa teknik bagi menampakkan yang korang memang sepisis manusia yang memang busy walaupun hakikatnya korang tak busy mana pun.
Bagi menampakkan diri korang tu adalah seorang makhluk yang super busy korang bolehlah sentiasa sediakan kertas dan pen disisi korang. Dan bila orang lalu je dekat korang maka dengan itu buat-buatlah yang kononnya korang tengah berpikir walhal korang tak pikir apa pun. Bila korang berpikir orang akan nampak korang macam banyak kerja nak kena buat.
Lepas tu korang buat-buat pen korang tu terjatuh. Waktu tu mesti korang akan nampak macam serius banyak kerja. Maklumlah buat kerja sampai terjatuh pen yang ada.
Katakanlah waktu tu korang tak ada pen dan kertas, korang gunakanlah teknologi yang ada. Korang kan ada handphone. Jadi korang buat-buatlah busy taip message. Kononnya ada orang bagi message padahal korang bagi kat diri korang sendiri. [Aku pernah buat macam ni. Bila ingat balik macam bodo je. Huhu.] tak pun korang berlakon buat-buat la konon ada orang telepon korang. Tapi kalau korang tak reti berlakon tak payah buat. Kang orang cakap korang tu gila ok.
Kalau la korang waktu tu tengah mengadap computer pulak, especially kat opis kan, korang boleh lah bukak apa-apa dokumen yang ada. Dalam 3,4 dokumen yang seolah-olah menampakkan yang korang tu tengah buat kerja. Bila ada orang datang dekat korang, korang buat-buat la macam korang tengah buat kerja tu.
Buat-buat busy ni ada kebaikkannya jugak. kalau korang malas nak layan orang la misalannya kan, korang boleh praktikkan tips-tips yang aku bagi tu. Bukan apa, aku tahu kadang-kadang korang mesti rasa malas nak layan orang yang selalu kacau korang. I mean orang yang suka bercerita sampai syok sendiri sampai korang jadi bosan nak melayan apa yang dia cakap. Kang kalau korang cakap korang bosan terasa hati pulak kan. At least bila korang menampakkan diri korang busy maka dengan otomatiknya dorang akan tahu yang korang tak mahu diganggu melainkan kalau orang tu memang tak reti nak paham-paham dengan apa yang korang nak sampaikan.
Tu la dia beberapa tips yang tak berapa nak guna daripada aku. aku buat-buat busy bila aku rasa perlu. Perlu untuk selamatkan diri terutamanya daripada orang yang bertindak seolah-olah dorang tu mamarazzi paparazzi. eceh macam artis pulak. Because for me people always say things without thinking. Pretend to be too busy is the best way to answer their questions.
Oh! Apakah yang aku cuba sampaikan ini.
No comments :
Post a Comment