Assalamualaikum
Hujung tahun banyak rezeki. Cuti sekolah lagi banyak rezeki. Rezeki orang yang ada kala kita sendiri tak sedar kita pun tumpang rasa sekaki. Sebenarnya bukan tak sedar. Sedar. Tapi bila dah terbiasa makan dengan rezeki yang orang jemput, benda tu dah jadi macam perkara biasa pulak. Orang jemput kita datang makan. Orang ajak kita datang makan. Dah tak rasa apa. Dalam tak sedar tumpang tu la jugak kadang-kadang kita tak sengaja buat mereka terasa hati.
Kepada bakal jemputan yang akan tumpang makan rezeki orang yang menjemput sila-silalah beringat dan berat-beratkanlah mulut tu supaya dosa-dosa yang bakal diperoleh tak seberat perut anda diisi makanan nanti.
Selamat memperoleh rezeki melangkah ke alam baru.
rezeki mkn nasi kenduri rupenya..alhamdulillah~
ReplyDeleterezeki orang. huhu
ReplyDelete