Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 16, 2011

bestnya budak sekolah zaman sekarang


Assalamualaikum

Hai clever girls and smart boys sekalian.


Memandangkan sekarang ni budak-budak pakat busy duduk exam aku ucapkan selamat memerahkan otak korang la ya. Tak kira la exam apa pun especially untuk budak yang nak ambil spm dan stpm tak lama lagi ni.

Budak sekolah zaman sekarang ni bertuah. Korang kecik-kecik lagi dah dapat laptop free. Dengan harapan korang boleh buat kerja sekolah korang dengan lebih baik dan belajar dengan lebih up to date walaupun hakikatnya banyak daripada korang lebih suka bukak fb, main game daripada belajar.

Lepas tu korang jugak sangat bertuah sebab korang ada handphone. Handphone stok hebat belaka. Kena ada handphone and tak boleh tak ada handphone dengan harapan kot-kot kalau  ada orang yang teringin sangat nak kidnap korang waktu korang on the way pergi or balik ke sekolah, korang boleh la bagitahu kat mak ayah suruh selamatkan korang cepat-cepat. Nak nak pulak korang tu student yang cun, hot and kaya raya.

Korang terlebih bertuah sebab korang dapat duit poket. Ya dengan harapan duit tu boleh dibuat belanja kot korang nak beli beg ke, buku, pencil, pen, pemadam, pembaris, pemadam, liquick dan boleh dibuat untuk beli topup. Tapi aku bet mesti ramai yang guna duit tu untuk berfoya-foya nak nak pulak sekarang ni nak cuti sekolah dah.

Budak sekolah sekarang dah tak macam zaman aku dulu. Korang best la cikgu kena tatang korang macam tatang minyak yang penuh seperiuk. Tak boleh ditegur tak boleh dipukul. Kena belai sampai lemak jadi tepu dan tebal.

Korang punya life dijaga betul-betul dari A sampai Z hatta kalau badan korang membesar gemok macam tempayan pun sekolah juga yang perlu bertanggungjawab. Best betul korang ye..


Tapi walaupun zaman aku kurang berbanding dengan korang tapi kitorang tetap tak kurang beradab dengan cikgu.


No comments :

Post a Comment