Assalamualaikum
Uhuii. besar gila aku bubuh tulisan kat atas tu kan. Cikgu lukisan aku cakap kalau sesuatu objek yang kita buat tu besar daripada objek biasa-biasa yang ada tu maknanya terdapat unsur-unsur penegasan dalam hasil tersebut. Penegasan sebagai tumpuan mata kita bila tengok objek kat lukisan tu. Okei ini bukan tentang subjek lukisan tau, ini subjek tentang perempuan. Ya, perempuan, wanita dan para gadis diluar sana.
Korang mesti dah memang terbiasa sangat dengar tentang perumpamaan yang mengatakan orang lelaki yang berjaya ni biasanya terdapat perempuan kat belakang dia. Gaya bahasa aku dah macam pakcik google translate dah. Haha. I mean pada kebiasaannya girls akan menjadi factor pendorong kepada kejayaan seorang lelaki. Especially dorang punya wife. Ada ke perempuan skandal yang jadi sumber inspirasi kepada kejayaan seseorang lelaki tu? perempuan simpanan? Ah. Aku tak suka kalau ada benda macam tu.
Cuba korang tengok lelaki-lelaki terhebat dorang punya pendorong siapa? Kalau bukan wife, mesti mak dia, kalau bukan mak dia mesti girlfriend dia. Walaupun dorang punya idola lelaki yang sama sepisis dengan dorang tapi orang yang jadi pendorong, orang yang jadi tukang support, orang yang sentiasa ada dengan dia bila dia susah senang biasanya mesti perempuan.
Kalau ada lelaki yang pendorongnya adalah lelaki jugak mesti akan nampak weird kan? Kan? Kalau girls support girls tu nampak normal. Tapi kalau boys yang support boys nampak macam... haha. Adakah, owh!
Tapi kan bila lelaki dah berjaya ramai girls rasa takut sebab dorang risau kot-kot dorang akan ditinggalkan oleh lelaki yang pernah hidup susah-senang dengan dorang dulu. Memang tak nafi perempuan pun ada jugak tinggal lelaki bila dah dapat apa yang dorang nak, tapi pada pendapat aku la, lelaki lebih terserlah sifat lupa diri dia berbanding dengan perempuan.
Meh sini aku nak bagi contoh, cuba korang tengok mawi dulu. Korang kenal mawi. Tipu ah korang tak kenal. Makcik-makcik pun kenal dengan dia okei. Ramai orang suka dengan dia sebab muka dia nampak innocent je. Lepas tu bila dia clash dengan tunang dia, semua orang otomatik benci kat dia. And then sejak hari tu benda tu jadi fobia buat para-para gadis kat luar sana. Dorang takut kalau-kalau fenomena mawi lupa diri jadi badi kat dorang pulak. Kalau korang tak percaya korang tanya la kat mana-mana girl yang ada. Mesti punya dorang setuju dengan aku.
Okei, dalam banyak-banyak ayat la kan, aku belum pernah jumpa lagi ayat yang bagitahu kejayaan seorang perempuan tu adalah hasil daripada dorongan lelaki. Ada ke? Atau aku tak habis baca? Huhu. Ah. Tu bukan persoalan yang aku nak kupas. Aku nak bercerita tentang kejayaan yang most of girls dapat without support dari lelaki. maksudnya dorang boleh hidup berdikari atas kaki sendiri untuk berjaya dan lebih berjaya daripada lelaki yang pernah dia ada.
Kenapa tak ada orang cipta pepatah tentang perempuan yang success sama macam pepatah untuk lelaki. Adakah sebab zaman pepatah tu dicipta lelaki lebih dominan kejayaannya berbanding dengan perempuan? Atau adakah waktu tu girls tak digalakkan untuk menjadi orang yang berjaya dan hanya layak duduk jadi sebagai supporter saja? Atau adakah benda ini berlaku akibat daripada perbezaan status gender? Atau? Atau?...
can anyone tell me?
No comments :
Post a Comment