Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 8, 2011

kenapa orang yang jaga kaunter selalu buat muka bengis?


Assalamualaikum

hello dan selamat tengah malam kepada para-para dan pari-pari comel sekalian. hari ni hari jumaat. jadi semua orang tak ada kerja lain duk bercakap pasal budget 2012. orang duk bincang pasal budget aku pulak nak cerita pasal tabiat orang-orang yang bertugas kat kaunter. tak kira la kaunter apa pun. asal nama kaunter udah.

ok ladies and gentlemen. aku mengalami kekonfiusan yang amat tinggi tatkala aku kena berurusan dengan hal-hal yang berkaitan dengan kaunter. konfius sebab kenapa la kebanyakan kaunter yang aku pergi kan, muka-muka orang yang handle kaunter tu serius tak mesra alam langsung. kenapa ya? susah sangat ke nak senyum kat customer. kalau tak buat muncung panjang sedepa tak sah.

lepas tu kadang-kadang kita cakap baik-baik boleh pulak dorang jawab macam nak tak nak je. aku tak suruh pun korang jawab siap dengan presentation. tak payah. semua tu tak perlu ya. just jawab dengan sopan. antara benda yang paling aku tak suka bila aku cakap baik-baik lepas tu orang tu cakap tak baik-baik dengan aku. rasa macam... huh!


aku tak tahu kenapa dorang perlu buat muka bengis lagi menggerunkan. adakah motif dorang untuk menakutkan customer kot-kot ada di antara customer tu berniat nak merompak dorang? adakah dorang tengah amalkan konsep tak kenal maka tak cinta? atau adakah meraka tengah mempraktikkan pepatah don't judge the book by it's cover? oh! pehlish la.

kalau korang tak kuasa nak layan public yang macam-macam ragam tu, kami ni lagi la tak kuasa nak layan muka-muka yang langsung tak mesra alam tu.

mungkin ada di antara dorang stress dengan kerja tapi please la kerja dengan profesional. aku rasa orang-orang macam ni kena paksa pergi kursus macam mana nak handle emosi bila berdepan dengan public. jangan disebabkan orang-orang macam ni kang habis semua staff dicop sebagai muka mintak penampar. tak pasal-pasal jatuh imej tu. kalau benda tu terjadi bukankah ia sesuatu yang memalukan? memalukan pihak yangg tak sepatutnya menanggung rasa malu.

p/s: mesra alam sekitar

3 comments :

  1. betul tu. pantang kalau yang tak reti cakap baik-baik ni. senyum pun tak reti. bikin panas je. haha.

    ReplyDelete
  2. @ rozeeta
    dorang pikir dorang punya panas je kan. uhuh.

    @ ayie
    tu la. ni muka macam mintak pelempang pulak.

    ReplyDelete