Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 30, 2014

tiga puluh ogos, 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Time ni pergi buat site visit. Sambil menyelam minum air. Sambil buat kerja luar singgah pekena teh dulu. Maafkan diri ini wahai boss. Saya tahu boss comel dan dengan itu izinkan saya lapik perut dulu. Bila perut berisi maka hati gembire. Bila hati gembire maka emosi pun stabil. Bila emosi stabil bolehlah saya buat kerja dengan baik. Bila kerja buat dengan baik maka hasil pun meningkat. Tak gitu boss? Huhuhu. 


Selamat menyambut hari merdeka ke 57. Saya sayang Malaysia. Tanah tumpah darah ku.




Friday, August 29, 2014

kenapa Neelofa?


Assalamualaikum

Selamat petang. Hai cik adik manis yang comel bagaikan sang pari-pari yang sedang mengibas-ngibaskan sayap magiknya. Yang sedang termenung jauh. Memikirkan kenapalah Neelofa yang dipilih sebagai bakal permaisuri kelantan dan bukan diri korang sendiri. Apa kurangnya korang? Adakah kerana korang tak secerdik Neelofa yang gigih dapat SPM 10A? Apakah korang tidak secantik Neelofa yang ada tahi lalat di pipi itu? Atau adakah korang tak cukup glamer sepertinya dan hanya berstatus warga marhaen yang hanya layak untuk berangan agar disunting oleh anak raja sepertimana yang ada dalam novel mahupun drama? Kalau tak dapat anak raja dapat anak orang kaya pun jadilah.

Tapi kenapa Neelofa? Kenapa? Dan bukan korang??
Why? Why?

Jap. Meh sini aku nak pinjam dahi tu. Aku nak tepuk-tepuk sikit. Nak bagi korang sedar bahawa sesungguhnya manusia tak pernah rasa puas dengan apa yang ada disekelilingnya dan manusia tak pernah puas dengan apa yang orang lain ada.


Benda paling mudah macam ni lah aku bagi satu contoh. Korang tengok cuaca petang ni terik sangat. Lepas tu aku bet korang mesti merungut alahai kenapalah panas sangat ni. Tak syoklah kalau panas-panas sangat. Tapi bila cuaca mendung-mendung sikit pun merungut jugak. Ala cuaca macam ni lah yang buat jadi malas nak buat kerja ni. Rasa macam nak tidur je. Mesti korang pernah terfikir macam tu kan? Kan?

Lepas tu tengok orang lain dapat kawen dengan lelaki kaya tapi tak hemsem mesti dalam hati terdetik, ala tu kawen sebab harta la tu. Muka dah la tak hemsem, macam mana la boleh dapat perempuan comel. Tak pun tengok orang lain pakai kereta menjalar bergerak laju mencecah kelajuan bagaikan halilintar and then mesti akan cakap itu buat business jual dadah la tu. Atau pun skim cepat kaya MLM melayu lanyak melayu.

Kalau macam tu fikiran manusia sampai meninggal kita tak akan puas dengan apa yang kita ada. Okei. Kita berbalik kepada persoalan rezeki manusia. Rezeki itu adalah datang dari Tuhan. Tak terjangka. Tapi manusia tak pernah nak tengok dengan mata hati dengan apa yang telah Allah beri. Sungguh ni aku bagitahu. Cuba korang pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Tak ada apa yang korang dah dapat sehingga saat sekarang yang mampu untuk korang pertikaikan nikmatnya. Kan?

Jadi bersyukurlah kalau andai kata Neelofa tu yang bakal jadi permaisuri. Mana tahu kot dia boleh jadi Sultanah contoh yang bukan saja comel bijak macam sang kancil malah berjiwa rakyat. Untung tu. Sedap sikit mata rakyat marhaen nak memandang.

Huhu.




Sunday, August 24, 2014

my love story. how i met my suami.


Jap. Jap. Nak pebetul tempat duduk bagi elok-elok.
Kaki lipat siap-siap bagi bersila atas kerusi.
Dada bagi rapat kat meja. Dalam keadaan santai. Indah. Permai.
Tarik napas panjang-panjang. Dalam-dalam.

Assalamualaikum

Selamat pagi yang orang semua tengah berpuasa. Masuk bulan ramadhan lagi. Ramadhan kali ke4 sebagai seorang blogger. Dan ramadhan sebagai isteri untuk kali yang pertama. Eh. Segan nak cerita. Tapi nak cerita jugaklah walaupun segan.

Macam biasa bulan ramadhan adalah antara bulan yang dinantikan. Sebab bulan ramadhan ada banyak hikmah. Bulan puasa ni korang boleh berdoa banyak-banyak. Dulu aku berpuasa dan berbuka sambil mengadap dinding. Sebab aku ni dendang perantau. Tiap-tiap tahun duk mengadap dinding. Sambil pasrah aku berdoa agar puasa akan datang, dinding yang aku selalu mengadap itu akan bertukar jadi orang. Orang yang hemsem. Kalau tak hemsem kacak pun tak apa.

Alhamdulillah.

Dinding dah jadi orang sungguh. Orang betul-betul. Bukan orang tipu-tipu. Bukan orang yang dilukis kat dinding. Mahu pun orang yang dilekat kat dinding. Bukan. Tidak. Nehi. Orang ini adalah penyelamat yang telah tiba dari masa depan. Berkat bulan ramadhan barangkali. Haih. Makin malu nak cerita. Tapi nak cerita jugak walaupun rasa malu-malu. Huhu.


Macam mana aku jumpa jodoh aku?

Hobi aku buat kapal. Aku ambik kertas kecik-kecik warna warni, aku lipat-lipat jadi kapal. Aku ambik plastik balut gula-gula entah siapa punya, aku lipat jadi kapal. Apa saja benda yang boleh aku lipat, aku akan berusaha buat sampai jadi kapal. Lepas tu aku susun-susun kapal yang ada. Waktu tu memang banyak gila kapal kertas aku buat. Dengan penuh kusyuk, tawaduk, konsisten dan istiqomah. Barang ada saja masa yang terluang nescaya akan terbentuklah kapal-kapal kertas. Sampai orang tegur. Kamu ni tak ada kerja lain dah ke? Huhu. Aku sengeh.

Lepas tu aku ada satu tabiat. Kampung sebelah abah aku dekat dengan laut. Segari nama diberi. Kalau balik kampung mesti akan lalu satu tempat membina kapal. Dan tabiat aku, tiap kali lalu situ mesti aku akan pandang ke arah satu bangunan buat kapal dan tiap kali itulah akan terdetik sesuatu dalam hati aku. Suatu hari nanti aku mesti akan ke sini. Detik hati aku. Tapi pergi ke situ untuk tujuan apa aku sendiri pun tak tahu. Haha. Padahal aku bukan minat kapal pun. Aku minat kapal kertas je. Kapal besi-besi ni memang tak layan. Apatah lagi kapal selam. Mahupun kapal terbang. Oh pehlish.


Mula-mula aku tak tahu pun suami aku tu kerja apa. Hari jadi dia pun aku reka je. Nasib baik hampir tepat. Hahaha. Lepas tu my mom tanya dia kerja apa and at that time barulah aku tahu dia kerja dengan kapal.

“Awak, ni la tempat kerja saya” beliau tunjuk ke arah bangunan dan tempat buat kapal.

Aku pandang dia. Aku pandang tempat kerja dia.
Aku pandang dia lagi. Aku pandang tempat kerja dia banyak kali.

Eh. Ni tempat yang aku selalu tengok tiap kali aku balik kampung. Bangunan yang aku selalu bercita-cita nak pergi tengok sejak dulu lagi. Wuhuhu. Tak sangka pulak suami aku ada dalam tu rupanya selama ini. Dan tak sangka hobi suka lipat kertas jadi kapal, last-last kahwin dengan orang buat kapal. Allah. Malu. 

Okei. Cerita jodoh aku memang tak menarik macam cerita Dena Bahrin punya cerita cinta. Aku ni biasa je. Aku jugak berdoa semoga pewaris kecomelan aku pulak akan tiba. Huahua. Tetibe. 

Okei guys.
Selamat malam.



petua naikkan seri wajah


Assalamualaikum

Selamat malam. Hai cik adik manis yang berwajah cantik bagaikan sang pari-pari yang menjadi buruan anak raja. Dan holla kepada abang tegap sekalian yang dah la hemsem, baik hati malah kaya pulak tu. Lalu anda diibaratkan seperti hero dalam novel hendaknya. Zaman sekarang ni zaman anak gadis berangan tak sudah-sudah. Berangan dapat kawin dengan datuk-datuk. Tak dapat datuk dapat anak datuk pun okei jugak. Woih. Jenuh otak nak berangan kalau cenggitu gayanya.


Dengan itu aku nak bagi satu petua orang tua-tua macam mana nak naikkan seri wajah. Petua dia macam ni, pagi-pagi korang ambik air embun selawat tiga kali lepas tu sapu kat dua-dua belah kening. Amalkan selalu. 

InsyaAllah.
Okei. Bai.




Dr. Fatin Liyana Asri sudah berubah


Assalamualaikum

Hoih. Dah napenye aku sibuk-sibuk hal orang ye dak? Huhu.

Kalau korang peminat tegar Dr. Fatin Liyana Asri mesti korang perasan dengan perubahan yang dah dia lakukan. Perubahan daripada fasa pra matang ke arah wanita yang lebih mempunyai sifat kematangan dan berblogging dengan isi yang lebih bermanfaat, sejajar dengan peningkatan usia dan statusnya yang sudah pun bergelar sebagai seorang doctor. Seronok siapa yang jadi patient dia. Kalau jumpa doctor macam tu mesti rasa macam nak menyerah diri je. Kalau nak buat operation tak payah bius pun tak apa sebab nak tatap muka dia yang cantik, comel, cun ayu lagi jelita menawan itu. Huhuhu. Dah la cantik. Bijak macam sang kancil pulak tu. Sang kancil yang bijak tu pun tak boleh jadi doctor kamu tahu. 


Tapi betul la. Kalau korang ada blog, benda tu sebenarnya boleh jadi penanda aras kepada sifat korang. Kebanyakan orang yang buat blog mula-mula ayat pun macam tak ada arah tuju je. Lama-lama makin dewasa, makin matang dan hidup semakin berkembang beberapa perubahan turut berlaku. Menulis dari remaja, kemudian masuk alam dewasa, masuk alam kerja dan masuk pulak alam berumahtangga. Benda itu semua akan buat korang berubah. Otomatik berubah. Tanpa disuruh-suruh tanpa dipaksa-paksa.

Serius.

Aku dulu tulis ayat macam budak tak habis sekolah. Tonggang terbalik. Dan isi pun macam nak mintak pelempang. Tak ada manfaat langsung. Hoih. Bila baca balik rasa malu-malu pulak dengan blog sendiri. Cis. Tapi apa ke hal pulak aku cerita lebih-lebih pasal diri sendiri berbanding dengan Dr. Fatin Liyana. Aku tak ada idea sebenarnya. Haha.

Okei lah. Nak pergi jemur kain. Lepas tu nak lipat kain. Lepas lipat kain nak iron baju kerja. Itulah yang dikatakan sebagai berubah. Dulu aku longgok je apa yang ada. Sekarang berani sangat la nak longgok-longgok. Nak merasa kena piaapp buat.




travelog destinasi budget : Aloq Staq Kedah


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang suka berjalan-jalan sambil cuci mata. Dan holla kepada encik-encik hemsem yang suka meronda sambil cari jodoh. Setakat ni korang dah berjalan sampai takat mana dah? Mesti sampai oversea kan? Naik kapal terbang. Jenjalan kat Korea. Paling koman pun mesti korang dah sampai kat Bandung, Indonesia tu kan? Kan? Tak pun kat Danok, Thailand. Betul tak? Aku ni warga marhaen. Jadi aktiviti jalan pun ala-ala marhaen la jugakkan.

Hari ni kita cakap utagha tak apa kot na. Sekali sekala. Huhu.

Kalau tengok kat blog orang lain sakan depa duk cuti merata kona. Ada yang pi ke Korea. Ada yang pi India merata cerok rantau lah depa pi. Berbeza dengan aku, bukan takat Korea apatah lagi China, aku yang duk ada dalam Malaysia ni pun tak lepaih ke mana lagi ha.

Hari tu pi rumah mentua kat Kedah, alang-alang lajak terus ke Aloq Staq. Time tu kami pi dah petang dah. Singgah merata tempat and tankap sekepin dua gambaq. Buat kenangan la katakan. Tapi disebabakan dah petang kami duk luaq ja la. Lalu pun tepi-tepi sipi-sipi bangunan ja.








Okei. Kredit kepada beliau sebagai photographer. Gembire sangat sebab beliau sangat sporting. Haha. Selamat melancong.




dear you : sempurna


Assalamualaikum

Semua orang bercita-cita nak jadi manusia yang sempurna. Sesempurna yang mungkin. Sempurna dalam semua perihal aspek. Sempurna serba-serbi. Tiada cacat cela. Tiada salah apatah lagi silap mana-mana.  Tapi bukan semua orang boleh jadi sempurna.

Dan kalau nampak sempurna sekalipun hakikatnya ia masih tidak sesempurna mana. Kerana fitrah kejadian manusia dan makhluknya yang lemah yang perlu bergantung kepada yang Maha Esa.


Kalau hidup tak sempurna tak apa. Kita cuba untuk sempurnakan hidup yang ada. InsyaAllah. Segalanya akan dipermudahkan. Berserah bulat-bulat pada Tuhan.

And for my suami. Maaf kalau menyusahkan. Maaf kalau membebankan. Maaf kalau ada buat sebarang kesilapan.

I love you.
Krikk! Kriikkk! Sambung tengok cerita Love You Mr. Arrogant.
Woha.




Saturday, August 23, 2014

selamat tidur di dalam ofis


Assalamualaikum

Tak ada apa sangat yang nak dibubuh dalam entri ini. Boss pun tak ada. Oleh itu nak pejam mata pun tenang. Yeay. Selamat pergi dan balik dari outstation ya boss. Hihu. 




Orang menumbuk di atas lambur
Kalaulah gelap pasang pelita
Mata mengantuk rasa nak tidur
Dalam tidur macam berjaga






baby on a budget : tips menyimpan duit untuk bayaran pengasuh baby


Assalamualaikum

Selamat petang yang mendung. Cuaca sangat gelap. Dah rupe nak masuk ke senja dah, padahal baru pukul2 petang. Sebenarnya kalau ikutkan hari ni aku ada class. Tapi aku ponteng. Haha. Okei. Walaupun aku ponteng, tapi benda ni bukan biasa-biasa tau. Aku ponteng sebab aku nak bagi tips kat korang macam mana nak buat persediaan dari segi kewangan waktu nak hantar baby ke pusat asuhan. Tak sia-sia kan kepontengan aku ni? Ada jugak manfaat untuk korang.

Untuk korang yang bekerja, nak tak nak korang terpaksa hantar baby korang ke pusat asuhan. Atau pun paling tidak ke rumah pengasuh. Sekarang ni kalau tengok kepada harga nak bayar pengasuh kemain mahalnya. Boleh bengkok perasaan tahu. Huhu.


Oleh itu aku cuba bagi tips kat korang macam mana nak buat saving untuk nursery baby korang nanti. Contoh ya. Contoh. Katakan bayaran yang dikenakan RM400 sebulan. Nangis nak bayar kalau cenggini punya mahal. Okei. Jadi penyelesaiannya adalah seperti berikut:

RM400 x 12 bulan = RM4800 (setahun)
RM4800 / 266 hari (purata bilangan hari mengandung) = RM18.05 (sehari)
Nak mudah boleh share RM9.03 sorang. Tak la rasa beban sangat kan.

Kadang-kadang bila perati poket yang tak berapa nak stabil ni nampak macam mahal jugak sebenarnya. Huhu. Tapi tak apa. Untuk tempoh korang pregnant 9bulan ni je. Lepas je korang bersalin korang dah tak payah nak pikir dah pasal duit untuk nursery sebab sepanjang tempoh kehamilan tu korang dah ready siap-siap duit bayaran untuk setahun. Kalau ada rezeki time dalam cuti berpantang tu korang boleh continue simpan lagi. Contohnya :

RM18.05 x 90 hari = RM1624.50
RM1624.50 + RM4801.30 = RM6425.80

Makna kata bila korang dah bersalin dan habis cuti berpantang dalam tangan korang dah ada RM6425.80 untuk tempoh setahun. Kalau korang buat dengan penuh kusyuk, istoqomah lagi tawaduk. InsyaAllah Allah permudahkan.


Tapi kalau korang rasa simpan untuk tempoh setahun agak mahal korang boleh simpan untuk tempoh 6 bulan. Contohnya macam ni :

RM400 x 6 bulan = RM2400
RM2400 / 266 (purata bilangan hari mengandung) = RM9.02
Boleh share dengan suami isteri RM4.51 seorang

Saving time cuti berpantang :
RM9.02 x 90 hari = RM811.80
RM811.80 + RM2399.32 = RM3211

Makna kata bila habis korang cuti berpantang korang dah ada saving nursery sebanyak RM3211 untuk tempoh 6 bulan.

Kalau macam kat tempat aku harga untuk nursery dalam lingkungan RM270. Ikut pada kesesuaian korang la nak ubah suai budget macam mana. Sebab masing-masing poket lain-lain kan. Huhu.

Sekian sahaja daripada aku. 
Bijak tak idea aku? TAk bijak?
Ye. Aku tahu aku tak pandai.
Sekolah pun selalu gagal.
Dah la. Aku nak pergi makan.




Wednesday, August 20, 2014

blogger susuan Amiizaa


Assalamualaikum

Hohoi. Tajuk kemain je kan. Macam blogger tu berlainan ibu tapi berkongsi susu yang sama dengan aku je kekdahnya. Padahal kami tak ada kena mengena pun. Tak kenal. Bahkan tak pernah bersua. Huhu.



Anyway. Terima kasih diucapkan kepada puan blogger susuan yang cantik manis. Iaitu Amiizaa. Beliau adalah follower yang ke 76. You see. Blog tiga tahun baru ada 76 pengikut. Hukhuk. Blogger Amiizaa ni adalah ibu kepada tiga orang anak. Dan yang istimewanya beliau jugak ada anak susuan. Dua orang.


Blog ni dia buat untuk tatapan anak-anak dia. Bila baca ayat-ayat dia nampak macam penyayang sangat. Nampak lemah lembut je. Berbeza sangat dengan aku. Kat blog ni banyak info tentang susu ibu, macam mana nak banyakkan susu ibu dan petua-petua berkaitan dengan penyusuan baby. Kalau korang nak tahu dengan details bolehlah pergi situ ya.

Semoga famili Aziiann diberkati dan dimurahkan rezeki. Amin.




dua puluh ogos 2014


Assalamualaikum

Jap. Nak ambik minyak cap kapak. Tepuk-tepuk kat dahi bagi berangin sikit.
Soalan budak sekolah pun tak boleh nak jawab.
Nampak sangat otak ni dah tak boleh nak hadam.
Huhu.

Dulu aku boleh je buat esei bahasa inggeris. Speaking pun tak ada hal. Tapi bukan maksud aku lancar berbuih-buih. Maksud aku kalau ada apa-apa topik sekurang-kurangnya aku boleh lah jugak lontarkan barang sekerat dua idea walaupun kadang-kadang idea yang aku bagi tu macam bongok-bongok dan tak berguna ja. Eh. Jap. Bukan kadang-kadang tak hampir setiap masa. Haha. Tapi boleh lah daripada tak ada langsung.


Sejak aku habis sekolah dan masuk dunia kerja yang hampir 100% guna bahasa melayu, aku punya english susah betul nak hadam. Ambik masa macam nak panaskan enjin kamu tahu. Huhu. Buat ayat pun jenuh. Padahal ayat simple je kot. Tapi yang aku musykil tu walaupun hari-hari pakai bahasa melayu, bila nak buat ayat dengan baik, kukuh padu dan jitu pun aku menghampiri kegagalan. Bila tengok sesuatu topik perasaan dia macam nak kena jawap sesuatu yang berkaitan antara hidup dan mati. Padahal bahasa melayu tu. Ke aku yang lembab sangat ni.

Tulah. Asyik baca gossip artis je. Insap sekejap.




Monday, August 18, 2014

jangan makan perasa makanan banyak-banyak


Assalamualaikum

Selamat tengahari. Mata mengantuk pada tahap gaban. Tak tahu nak cakap macam mana tapi aku nak pesan, jangan makan makanan yang banyak perencah. I mean yang bubuh bahan perasa yang akan membuatkan makanan korang jadi sedap, enak lemak berkrim disukai dan digilai ramai.

Sebab apa?
Sebab tak baik untuk kesihatan.
Jangan makan perasa makanan banyak-banyak.


Antara tanda-tanda korang dah makan makanan yang ada bahan perasa ni, korang akan rasa dahaga. Tekak kering. Tapi kering dia bukan biasa-biasa. Bukan macam kita dahaga sebab berlari 1000km. Dan bukan dahaga macam dahagakan kasih sayang juga. Bukan macam tu. Dahaga dia rasa macam tekak korang perit, kering dan agak kesat. Rasa tak selesa.

Lepas tu korang akan rasa mengantuk tahap dewa naga tujuh bebola drangon ball Z. Aku rasa Bulma memasak untuk Bezita pun tak bubuh bahan perasa sebanyak yang ada kat kedai-kedai. Kehebatan bahan perasa di kedai-kedai sangat menakjubkan.

Side efek lain pun ada jugak. Tapi korang pandai-pandailah search kat internet. Jalan terbaik adalah dengan masak sendiri. Terbaik dan selamat. Bersih suci murni hendaknya. Walaupun tak pandai masak tapi cuba pelan-pelan kayuh. Walaupun tak ada masa tapi cuba apa yang sempat dan terdaya. 

Huhu.




Sunday, August 17, 2014

tujuh belas ogos 2014


Assalamualaikum

Minum-minum dan makan-makan  kenyang-kenyang, before beliau pergi outstation. Huhu. 


Daripada biarkan entri ni kosong, aku buat sedikit review tentang makanan yang aku makan. Tadi makan nasi ayam dan bandung cincau. Nasi ayam dia boleh tahan sedap. Boleh la nak lapik perut agar tak emo-emo. And then bandung cincau dia senang nak sedut guna straw sebab cincau dia dicincang dengan terpelihara. Lokasi jalan Air Kuning. Dekat dengan Taman Aor Mesra. Nama kedai Nasi Ayam. 

Okei. Aku tahu entri-entri aku semua tak menarik. So, pergilah tidur sebelum korang menghamput blog yang tak berapa nak guna ni. Selamat malam. Good nite.




Thursday, August 14, 2014

kerana perempuan itu unik : selalu eksiden pelik-pelik


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hai pari-pari comel yang suka memandu. Bawak kereta laju-laju dengan gaya bagaikan sedang berlumba. Sangat tidak manis kamu tahu. Lagipun bawak laju-laju sangat rugi sebab korang tak dapat nak tengok jodoh korang. Mana tahu kot jodoh korang ada kat jalan raya tu kan? Huhu.

Okei readers. Ada oang cakap orang perempuan ni cuai kalau memandu. Bila memandu ja cuai. Lepas tu kalau ada eksiden pelik-pelik ja mesti dari jauh orang dah boleh agak dah, tu mesti perempuan yang drive.

Orang lelaki boleh memandu dengan lebih cekap, laju, pantas lagi tuntas berbanding dengan perempuan. Sebab time drive tu dorang menggunakan ruang analitikal yang terdapat dalam otak. Ruang itulah yang membolehkan dorang mengagak objek kat depan dari jauh. Dorang boleh agak kelajuan dan arah objek tu. Tu sebab orang lelaki kalau nampak perempuan comel, cun, ayu, jelita rupawan, menawan kat tepi jalan sempat lagi dorang nak toleh. Sempat lagi bagi komen perempuan tu lawa tak lawa. Dan sempat lagi kenyit mata laju-laju sambil buat gaya macho, hemsem, gagah lagi perkasa.


Orang perempuan pulak lain. Dorang kalau drive, drive je memanjang. Kiri kanan depan belakang tak berapa nak peduli sangat. Dan otak dorang tak boleh nak analisis objek yang ada kat depan.

Disebabkan macam tulah kalau korang perasan orang perempuan yang jadi penumpang, bila lelaki drive jantung dorang berdegup laju selari dengan kelajuan kereta yang dipandu. Lepas tu mulut dorang otomatik akan terkeluar ayat-ayat macam “depan tu ada lori”... “elok-elok sikit bawak tu jangan laju”... “Eh. Eh.”...

Perempuan ni unik. Sekurang-kurangnya bila dorang rasa cemas tu maknanya dia tak mahu korang eksiden. Dia tak mahu korang terbabas. Jatuh longkang macam dorang. Huahua. Biarlah rekod dan reputasi tu kami yang pegang. Sebab perempuan itu unik sebenarnya.

Tapi walauapapun berhati-hati dijalan raya. Ingatlah orang yang disayang-sayang. Dirindu-rindu. Dikenang-kenang.




Wednesday, August 13, 2014

dear you. my suami


Assalamualaikum

Selamat petang. Tarik nafas dalam-dalam.

Bila kita dah sayang kita akan buat apa sahaja untuk dia.


Apa saja.
Apa saja.
Apa saja.

Maaf kalau rasa terbeban. Maaf kalau rasa menyusahkan.

Wuhu. Nak makan keropok jap.




rindu zaman dahulu : jalan sambil heret cangkul


Assalamualaikum

Selamat petang sekali lagi. Yeay. Orang keliling semua pakat bersembang jadi aku ambik kesempatan ini dengan update entri seterusnya. Disebabkan kerinduan aku pada zaman yang sangat lagend semakin menjadi-jadi aku mohon maaf sebab mungkin aku akan kerap update tentang zaman kecik-kecik aku dahulu. Huhu.

Dulu-dulu aku tak ingat dalam lingkungan umur berapa, aku suka main pasir. Rumah abah dan mama aku rumah teres. Jadi peluang dan kebarangkalian untuk aku main pasir sangat tipis. Dah rumah keliling jalan tar, celah mana pulak nak datang pasir. Selalunya kalau nak main pasir sangat, aku akan tunggu lepas hujan. Tunggu tanah kering. Sebab waktu tu hujan akan bawak sekali pasir berlonggok depan rumah. Time tu sangat teruja tengok pasir menimbun. Padahal tak banyak mana pun. Ada lah dalam segemgam dua. Huhu. Tu pun dah syok sangat dah.


Balik kampung abah adalah yang sangat ditunggu-tunggu. Sebab rumah arwah tok keliling pasir. Pasir putih halus macam pasir pantai. Rumah arwah tok dekat pantai. Dekat tak dekat jugaklah. Kalau berjalan kaki nak ke pantai mahu merembes peluh hingga buku lali pun belum tentu sampai.

Sampai rumah arwah tok, pagi sampai ke petang aku ada satu tabiat. Jalan sambil heret cangkul. Sebabnya cangkul tu akan meninggalkan kesan ala-ala macam jalan gitu. Ntah apa yang syok sangat pun ntah. Lepas tu heret cangkul pun ada sebab lain. Rumah arwah tok aku dulu tak ada tandas. Ada bilik air ja. Tandas jauh. Kat kebun sawit. Jadi nak cepat disamping dengan perasaan takut nak pergi jauh-jauh kami adik-beradik biasanya akan heret cangkul dan cari port yang sesuai dan terlindung. Tapi biasanya tak jauh dari rumah. Agak-agak boleh melepaskan hajat sambil dapat tengok mama memasak boleh dikira dah berada dalam zone selamat dah. Sebab belakang rumah arwah tok semak samun. Mama pulak cakap ada harimau. Huhu.

Okei. Takat tu je. bai. Oh. Rindu zaman dahulu.




rindu zaman dahulu. tangkap gambar di studio.


Assalamualaikum

Selamat petang. Petang ni sejuknya rasa lain macam sikit. Musim hujan mempengaruhi cuaca barangkali. Hai pari-pari comel yang sedang mengelamun. Yang sedang termenung. Yang sedang teringat akan zaman lampau yang penuh dengan kegemilangan. Aku pun macam tu jugak. Sejak akhir-akhir ni aku sangat rindukan zaman dahulu kala. Zaman kanak-kanak. Zaman sekolah. Zaman berzaman. Mungkin sebab aku dikelilingi oleh orang-orang tua. Haha. Old skool sangat aku ni.

Zaman sekarang sangat beruntung. Ada teknologi semua moment boleh dirakam. And then bubuh dalam facebook dan instagram dan yang sama waktu dengannya. Kiranya benda tu akan jadi macam album jugaklah. Tak macam zaman aku dulu. Nak tangkap gambar kemain payah. Kena snap gambar kat studio. Mana ada candid-candid macam sekarang. Time tu orang berduit je boleh tangkap gambar kat studio. Huhu. And pictures tu akan disisip rapi dalam album. Untuk suatu tempoh yang lama, bila bukak balik album, tetibe pulak gambar berkulat. Melekat-lekat pulak tu kat plastik album. Sobs. Nak tengok gambar tapi kaki je ada. Bahagian perut dan ke atas dah tak ada rupe orang dah. Itu zaman 1980an punya stail. I miss that moment so so much.


Zaman tu orang yang ada kamera adalah orang yang berduit je. Yang tak ada duit sila duduk menempel dalam gambar diam-diam. Haha. Kamera zaman tu dulu bentuk dia macam kamera DSLR. Besaq gedabak macam tu la. Tapi beza dia kamera dulu pakai filem. Lepas cuci gambar filem akan dipulangkan balik. Silap snap gambar no turning back. Tak boleh nak delete. Tak boleh nak tengok balik. Kena pasrah dan redha je tengok hasilnya. Nak tengok gambar dalam filem, kena halakan filem ke arah tempat terang atau ke arah lampu. Tapi warna dia hitam dan cokelat la. Time tu pandai-pandai la teka muka siapa. Tak macam sekarang dalam bentuk digital. Boleh tengok secara terus, terang lagi nyata.

Mungkin akan ada orang tak selesa bila kita kerap tangkap gambar. Sikit-sikit snap picture tapi kadang-kadang benda itulah yang akan jadi kenangan untuk masa akan datang. Bila kita dah tua nanti. Pedulikan apa orang nak kata. Huhu. 




product review : Smartphone Sony Xperia Z2


Assalamualaikum

Selamat tenghari yang perasaan sejuknya macam pagi je lagi. Padahal dah nak masuk ke tengahari dah ni. Hai gadis-gadis comel yang hidup dalam zaman yang penuh dengan teknologi. Dan holla kepada encik-encik hemsem yang sangat cintakan gajet. Zaman sekarang ni baby baru lahir pun dah pandai main handphone. Bagi je telepon terus tonyoh jari dengan gaya yang sangat bijak macam sang kancil. Ini akibat daripada hobi ibu-ibu zaman sekarang yang lebih gemar menunggu waktu kelahiran tiba sambil main gajet barangkali. Sangat sejajar dengan hasrat kerajaan yang nak lahirkan generasi celik IT wawasan 20sen20sen. Huhu.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan Sony Xperia Z2 sebab sudi menaja blog ini. Sony ni bukan nama kepada hero hindustan. Tapi Sony adalah antara pengeluar gajet terkemuka dunia. Dan untuk kali ini pihak Sony telah mengeluarkan sebuah model smartphone yang diberi nama Xperia Z2. Smartphone ni waterproof. Makna kata korang pakai smartphone ni sambil menangis pun boleh. Korang boleh produce air mata tanpa memberikan sebarang efek tak baik kepada smartphone korang. Tanpa rasa bimbang dan was was. Baru nampak bertenologi kan? Air mata pun kesat dengan smartphone. Kau hado? Huhu.


Xperia Z2 adalah smartphone yang mempunyai kamera dan camcoder terbaik dunia. Camera dia 20.7mp. Sangat tajam, tumpat, padu dan jitu kalau korang snap gambar menggunakan kamera dari smartphone ni. Nak snap gambar crash pun boleh. Woha. Dah boleh tangkap gambar maknanya ia jugak boleh merakam ye dak? Smartphone ni boleh rakam segala benda yang korang nak rakam hingga 4K vedio. Hasil vedio yang korang rakam adalah 4kali lebih tajam dan padu dari full HD.


Selain daripada rakam vedio kalau korang nak tengok movie pun boleh. Dengan skrin 5.2inci maka korang boleh tengok movie menonton dengan menggunakan paparan live colour LED yang pertama di dunia. Dah tengok, menonton pulak kan? Itu menunjukkan betapa hebatnyanya smartphone ini. Haha. Smartphone ni perfomance dia sangat laju. Zero loading. Sampaikan nak kenyit-kenyit mata dengan orang sebelah pun tak sempat.


Menarik kan Xperia Z2 ni?




Monday, August 11, 2014

cara buka penutup tin dengan mudah


Assalamualaikum

Selamat tengahari yang dah masuk ke petang. Hai cik adik manis. Kakak jelitawan sekalian. Dah lunch? Dan holla kepada encik-encik hemsem. Dah makan? Wah. Tetibe pulak tanya dah makan ke belum kan. Aku tak ada modal nak buat intro sebenarnya. Hihu.

Okei sebelum aku pergi merapu dengan lebih padu dan jitu, hari ini aku nak bagi tips macam mana nak bukak penutup air tin dengan mudah. Cara dia senang je. Korang ambik straw. Lepas tu selit celah klip penutup tin. And then boleh tarik dengan gaya penuh slamber. Kuku dan jari korang pun terpelihara. Kalau tak ada straw nak buat macam mana? Dah yang korang pegi beli air tin tak ambik straw napenya. Hoih.


Mesti korang tengok tips ni macam ntah apa-apa je kan. Macam hekeleh tips macam ni pun nak bagi. Tapi korang kena ingat aku bagi tips ni untuk memudahkan orang-orang yang lemah lembut macam aku ni minum air tin. Tanpa perlu bersusah payah mintak tolong kat orang lain. Dengan adanya kaedah ini maka nak bukak tin sambil kenyit-kenyit mata kat orang sebelah pun boleh. Sebab waktu ni fokus nak bukak penutup tin tak perlu berlebihan macam kaedah biasa.


Kalau ada orang lain yang dah guna kaedah ni lebih awal dari aku, itu maknanya kami mempunyai pemikiran yang sama. Huhu.

Okei. Bai. Nak buat kerja jap.




Thursday, August 7, 2014

terima kasih nuffnang dan MayFair Body Line


Assalamualaikum

Selamat petang. Lepas balik kerja kena memasak. Lepas memasak kena makan. Lepas makan mata mengantuk. Lepas mengantuk kena tidur. Lepas tidur pergi kerja. Lepas pergi kerja balik memasak. Lepas memasak kena makan. Itulah rutin harian umat manusia umumnya. Makan kerja tidur. Kerja tidur makan. Tidur kerja makan. Tapi kalau tak jaga badan nanti korang akan jadi sangat montel dan gebu tanpa arah tuju. Huhu. Benda ini sangat ditakuti oleh perempuan terutamanya.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan MayFair Body Line sebab sudi menaja blog ini. Untuk korang yang dah overdose makan dan badan pun mengalami kadar pembiakan lemak yang menjadi-jadi apa kata korang try pergi ke slimming centre ni. Ye la kan, nak excersice tak ada masa. Kadang-kadang tempoh nak kurus tu terlalu lama. Consultant pun tak ada. So dengan adanya MayFair Body Line ni diharap impian korang nak slim melim tercapai.

Korang bukan saja jadi lebih cantik, tahap kekonfidenan korang pun akan naik dengan tinggi. Lagi pun kurus ni untuk kesihatan korang jugak. Sayangilah diri sendiri. Sayangi orang yang korang cintai.




tips macam mana nak cari mak andam pandai makeup


Assalamualaikum

Waha. Tajuk kemain lagi panjang lagi lebaran hendaknya. Hai gadis-gadis comel yang sedang berdebar-debar. Yang bakal jadi suri honey buat bakal suami yang tersayang, yang tercinta lagi dirindu-rindui. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang bakal shake hand dengan tok kadi. Apa khabar korang? Duit hantaran dah cukup? Kalau dah cukup baguslah. Boleh kawen cepat-cepat.

Hari ni aku nak bagi tips macam mana nak cari mak andam yang pandai makeup. Korang jangan main-main tau. Sekali mak andam tu tak pandai makeup maka nescaya akan hancur punah musnahlah muka korang. Dan peristiwa itu akan korang kenang sepanjang zaman.


Tips yang paling berkesan adalah korang kena try makeup. And then tengok hasilnya. Kalau korang suka maka bolehlah terus tempah mak andam tu untuk mendekorasi muka korang time nak menikah dan mengahwin nanti. Tapi kos dia agak banyak jugaklah. Sebab biasanya dorang cas harga sama macam makeup betul-betul even korang nak mencuba try test je. huhu.

Korang jangan tertipu dengan gambar-gambar hasil touchup makeup yang mak andam pamerkan. Sebab zaman sekarang ni zaman kamera 360. Yang gelap jadi cerah. Yang berkawah jadi gebu. Yang bertompok jadi licin. Aku bukan apa, aku tak nak korang jadi macam aku. Tahu-tahu je bila tengok cermin muka aku dah rupe Harun Salim Bachik pakai tudung dah ha. Huhuhu.

Kalau rasa tips aku ni macam bangang-bangang je, jangan maki aku pulak. Waha. Nak selamat dan jimat tak payah makeup. Okeilah. Selamat pengantin baru. Selamat kawen. Selamat menikah.




terima kasih nuffnang dan AirAsia Korea Sale


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hai gadis-gadis comel yang sedang dalam mood bercuti tapi kena kerja. Aku paham perasaan korang. Tapi nak buat macam mana kalau tak kerja korang tak dapat duit. Bila tak dapat duit korang tak boleh nak bershopping. Bila tak dapat shopping kena duduk diam-diam kat rumah tengok dinding sampai lebam. Oleh itu marilah kita bekerja. Simpan duit banyak-banyak agar masa depan lebih cemerlang, poket terbilang dan hidup pun gemilang. Huhu.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan Asia Asia Korea Sale yang sudi menaja blog ini. Dan untuk korang yang masih dalam fasa nak bercuti jom aku bawak korang ke Korea. Tapi pakai duit sendiri la. Kita jenjalan ala-ala Running Man gitu. Baru cuti happening. Kalau nak bercuti jangan serius-serius. Sangat tak seronok nak hadam segala keindahan yang ada bila korang berada dalam mood yang serius. Cukup-cukuplah serius time kerja je.


Kalau nak honeymoon pun syok jugak. Waktu tengah ada sale ni lah korang boleh pulun peluang yang ada. Cepat la grab peluang yang ada. nak buat surprise untuk yang tersayang pun okei jugak. Kalau tak ada orang yang tersayang, buat surprise untuk diri sendiri pun okei jugak. Huhu.

Okei readers. Selamat bercuti. Pergilah melancong. Rehatkan minda. Kerja tu sampai meninggal pun tak akan siap. Serius. Bagi reward kat diri sendiri. kesian kat badan tu.