Assalamualaikum
Macam biasa aku
ni tak habis-habis dengan exam. Exam kali ni exam PTD. Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Kawan seangkatan aku waktu study dulu dah selamat dah dengan dunia PTD dia. Ambik
exam sekali je. Ohsem kan beliau? Muah Muah la Kemn. Anda sangat hebat. *hehe*
Bukan macam aku. Bengap tak sudah-sudah. Oh. Bukan bengap. Tapi rezeki aku
bukan kat situ mungkin.
Aku study macam
biasa je. Aku tak beli e-book yang orang duk jual online kat internet tu. Untuk
orang tak berapa nak ada duit macam aku, aku just baca paper tahun lepas, baca buku
pengajian Am. Lepas tu buat latihan karangan macam aku buat waktu exam STPM waktu
aku muda-muda hari tu, lepas tu buat essay MUET and then buat latihan maths
taraf UPSR dan ujian IQ. Semua tu bahan kitar semula.
Kalau dulu aku
boleh buat benda-benda tu semua kat hujung jari ja. Tapi sekarang ni?? Arghhh! Rasa
macam sepanjang hidup ni tak pernah pegang buku pulak. Haih.
Semoga berjaya
Mardiana.
GOOD LUCK MY DEAR KAK NANA!!
ReplyDeleteALA..kaknana takyah baca buku..ilmu penuh dah dalam otak tu..kaknana dan suratkhabar kan xle dipisahkan..hahaha..
thank you. haha. ingat lagi ya kemn.
ReplyDeleteilmu terlebih2 sangat samapi tak sempat nak jawab. haha.