Assalamualaikum
Hai
girls and boys yang serius merancang strategi masa depan. Macam mana dengan
rancangan masa depan korang? Tak berapa nak baik? Apa yang dirancang tak
menjadi? Ololo. Jangan la sedih-sedih. Standard la tu. Tak semestinya apa yang
korang buat tu menjadi. Usaha kan eskalator kejayaan.
Nak
buat sesuatu benda korang kena fokus kat benda yang korang nak buat tu. Bila korang
fokus otomatik korang akan jadi serius. Bila korang serius otomatik korang akan
bersungguh-sungguh. Bila korang bersungguh-sungguh otomatik korang nak dapatkan
benda tu jugak. Bila korang nak dapat benda tu jugak otomatik korang akan
usaha. Betul tak?
Sebab
tu fokus penting. Tapi fokus, fokus jugak. Biar ukur baju kat badan sendiri.
Bak kata orang badan sekeping macam papan tapi buat baju ikut saiz malik nor.
Apa kejadahnya itu.
Lets
say aku bagi korang contoh mudah, korang ada satu rancangan yang baik punya,
iaitu nak mengorat anak dara orang. Macam biasa korang punya taste ala-ala lisa
suri honey bunny.
Walaupun dia dah jadi bini orang tapi korang
nak jugak awek stok-stok macam tu. Nak yang cun je. Padahal diri tu tak
sehandsome mana pun. Korang sedar korang tak handsome, tapi korang nak
jugak dapatkan dia, jadi korang kena la usaha sungguh-sungguh. Berusahalah
untuk mempunyai sebijik lamborgini. Baru la korang nampak setaraf dengan abam
yusry.
Agak-agak
kalau tak mampu nak ngorat awek high maintenance baik henti kan je usaha murni
korang tu. Fokus kat sesuatu yang korang mampu. Ngorat najwa latip ke. Ok jugak
tu kan.
Jangan
rancang banyak benda dalam satu masa yang sama sebab ia boleh mengganggu fokus
korang. Bila kita nak sesuatu benda kita kena fokus 100%. Baru la apa yang
korang nak tu membuahkan hasil yang boleh mengembangkan hati korang. Bak orang
tua-tua cakap orang tamak selalu rugi. Bagaikan korang dengan lisa suri honey
bunny.
Kesimpulannya,
korang sebenarnya boleh dapat apa yang korang nak asalkan benda tu bukan
sesuatu yang mustahil untuk korang capai dan usahakanlah untuk dapatkan ia. Eceh.
*Ayat skema*
No comments :
Post a Comment