Assalamualaikum
Selamat petang
gadis melayu yang manis lagi bijak macam sang kancil bila memasak.
Aku tahu
kebanyakan gadis-gadis semasa zaman sekarang ni tersangat busy dengan hal ehwal
dunia. Serba serbi busy. Sampai nak masak pun busy. Untuk boys diluar sana, korang
jangan salah sangka kat girls tau. Girls now a day, ramai yang tak pandai masak
bukan sebab dorang malas. Dorang sebenarnya busy. Busy tengok youtube and search
internet macam mana nak pakai gaya tudung terkini. Heh.
Ok. Tak nak
bebel banyak-banyak. Aku nak bagi satu resepi yang super cepat siap lagi
berkhasiat. Especially untuk gadis yang busy tak sudah-sudah. Nak nak pulak
kalau korang tu tak lama lagi dah nak kawen. Bila kawen of course la korang
kena masak something yang special kan. Terutamanya untuk bakal ibu mertua
tercinta. *haha*.
Nama resepi aku
Ikan Menumpang Kasih Sayang Ayam Masak Merah. Hebat kan tajuk resepi aku. Kalau
Chef Wan tahu mesti dia akan menangis sambil mengetuk periok dengan senduk laju-laju.
Bahan dia senang
je:
Ikan goreng. Kalau
tak ada ikan goreng silalah pergi goreng ikan siap-siap.
Ayam masak merah
yang dibeli di kedai.
Cara-cara:
Panaskan ayam
masak merah, lepas tu masukkan ikan goreng.
Kacau dengan
penuh kasih sayang agar ikan itu mampu menyesuaikan diri dia bersama dengan
ayam.
Ingat senang ke ikan nak duduk dengan ayam dalam satu kuali. Tak sekufu
tau.
Bila dah nampak ikan
dan ayam tu mesra bukan main je, angkat dan hidang untuk perut.
Sekian.
Hebat kan anak
mama masak.
No comments :
Post a Comment