Assalamualaikum
Selamat malam
lagi. Malam yang sepi. Tanpa cerita seram tapi cerita tentang hati yang suram. Ada
orang kisah? Tak. Tak ada orang nak ambil kisah tentang cerita hati kita, nak
nak pulak kalau cerita tu bukan cerita yang boleh dibuat duit. Lepas tu buat
telinga orang lain bernanah je bila dengar, tambah-tambah pulak kalau cerita tu
memang tak best. Mahu orang buat-buat pekak kalau dengar kot. Haih.
Kalau cerita
hebat macam novel boleh jugak dijual kan? Mana tau kot-kot meletop. Untung-untung
terus boleh buat filem. Paling koman masuk drama. Dapat royalty banyak-banyak
lepas tu dah dapat duit boleh pergi meminang anak teruna orang. Meminang anak
teruna bukan haram pun. Kahwin and hidup happy ever after. Macam cerita novel
jugak, semedang ja ending happy belaka. Eheh.
Ada orang tak
banyak cerita. Dia lebih suka pendam apa yang dia rasa. Duduk sana dia diam. Duduk
sini dia senyap. Menung sana tenung sini. Tenung renung sampai macam nak tembus
dinding. Bila keadaan macam ni otomatik kita akan tahu yang orang tu macam ada
masalah. Bukan macam, tapi memang ada masalah.
Ada orang banyak
pulak cerita. Dia lebih suka bercerita itu ini. Gelak sana ketawa sini. Pergi mana-mana
ada ja cerita dia. Cerita yang dia cerita bukan cerita tentang diri dia. Nampak
happy je memanjang. Cerita sikit gelak berdekah-dekah. Macam tak pernah ada
masalah. Padahal masalah banyak tak sudah-sudah. Kadang-kadang agak susah untuk
kita tahu yang dia sebenarnya tengah ada masalah. Orang yang banyak cakap dan
banyak gelak adalah orang yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis
dalam diam.
Nak bercerita
bukan senang, bila kita diam hati pulak rasa tak tenang. So, nak tak nak kena
jugak luahkan.
Luah. Luah. Luah.
Uwek!
Sampai muntah.
jgn lah smpi muntah.sakit tu.luah jer kat blog ;D
ReplyDeleteuwek! uwek!
Delete;p