Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 31, 2012

bukan semua jawatan kosong itu kosong


Assalamualaikum

Selamat malam kepada korang yang sangat bersungguh-sungguh cari kerja.

Malam-malam layan perasaan tiba-tiba aku teringat kepada satu perbualan antara dua orang manusia. Berkenaan dengan borang kerja kosong yang dikenakan bayaran.


“kat tempat kamu ada bukak jawatan kosong. Dah ambik orang baru ke?”
“tak ambik pun”
“la, dah tu kenapa buat iklan?”
“semua tu untuk dapatkan duit la. Satu borang RM2. Kadang-kadang sampai puluh ribu orang mintak. Kamu bayangkan berapa kami boleh dapat.”

Bengang!
Jangan aniaya orang okei.
Kalau betul bagai dikata, jujur aku kecewa.



 


tips bibir merah semula jadi ala-ala snow white


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang berbibir cantik dan terbalik ala-ala kilafairy tale. Apa khabarkah?

Aku nak bagi tips untuk korang yang teringin nak jadikan bibir korang nampak merah natural macam pakai lipstick gitu. Tips dia senang je. Sebelum korang golek-golek nak tidor sila gagahkan diri anda untuk sapukan baby oil (john son baby lebih ok untuk aku) kat lips korang dengan penuh semangat dan rajin sekali. Tu je tips dia. Tak susah.  


Senang kan? Nanti lama-lama bibir korang jadi merah natural. Serius tak tipu. Aku dah cuba. Dan hasilnya aku kena sound baik punya dengan dedi aku “kakak, ni apahal dalam rumah pun nak pakai lipstick ni?”

Oh. Aku malu. *blushing*



tips pengucapan awam / public speaking


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang suka bercakap.

Ok. Di malam yang agak boleh tahan panasnya ini aku nak bagi korang tips untuk bercakap di khalayak ramai. Atau dalam bahasa mudahnya bila korang kena buat pengucapan awam atau dalam bahasa ringkasnya public speaking.

Straight to the point tips dia, bila bercakap sila elakkan daripada melihat ke arah mata penonton ya. Korang tengok kening je dah cukup. Tak pun tengok dahi udah la. Tak payah nak lebih-lebih. Tak perlu untuk pandang-pandang jelling-jeling apatah lagi nak tenung-tenung atau renung-renung.

Kalau audience tu jauh dari korang, anggap je korang tengah bercakap dengan semut. Hihi. 


Rasa tips ni tak berguna?
Ya. Silalah lemparkan komputer anda dengan segera.

Sekian, ucap terima kasih kat aku.




aku penat


Assalamualaikum

Minggu yang agak malas. Lebih malas bila kena pergi kursus. Tapi rasa tak malas bila dapat makan free. Sodap. 

tahan napas.. jangan lepas-lepas

cop tempat paling terbelakang. dengan harapan kot aku boleh capai makanan dengan lebih cepat, cekap, tuntas lagi pantas daripada orang lain.




Monday, May 28, 2012

dari kecil sampai besar aku tetap sama


Assalamualaikum

Family aku satu-satunya kaum peribumi yang tinggal kat kawasan perumahan aku. Sejak dulu lagi memang tak ada kaum peribumi kat situ. I don’t know why. Ah. Pedulik la tak penting kot.

Dulu kecik-kecik aku pernah buat teori bahawa jika sesuatu kawasan itu dimonopoli oleh satu-satu kaum, maka kebarangkalian untuk kaum minority yang tinggal di situ untuk mempunyai wajah yang seiras macam kaum majority adalah tinggi. Kecik-kecik lagi aku dah pandai buat teori. Terlebih bijak betul aku ni.

Kenapa aku buat teori macam tu?
Sebab waktu kecik-kecik dulu orang selalu cakap aku bukan budak melayu. Tapi teori aku tu tak boleh pakai sebab dalam adik-beradik aku sorang je muka sesat.
Kecewa gila.

Aku rasa macam aku ni anak jiran sebelah je. Aku selalu cakap kat diri aku sendiri, ntah-ntah nyonya tu mak betul aku. Eh. Tak. Tak. Bukan kot. Nyonya tu tak lawa. Mana mungkin dia boleh dapat anak secomel aku. Haish.  

Aku konfius.


Aku selalu terkebelakang. Cis.



Sunday, May 27, 2012

ikan menumpang kasih sayang ayam masak merah


Assalamualaikum

Selamat petang gadis melayu yang manis lagi bijak macam sang kancil bila memasak.

Aku tahu kebanyakan gadis-gadis semasa zaman sekarang ni tersangat busy dengan hal ehwal dunia. Serba serbi busy. Sampai nak masak pun busy. Untuk boys diluar sana, korang jangan salah sangka kat girls tau. Girls now a day, ramai yang tak pandai masak bukan sebab dorang malas. Dorang sebenarnya busy. Busy tengok youtube and search internet macam mana nak pakai gaya tudung terkini. Heh.  

Ok. Tak nak bebel banyak-banyak. Aku nak bagi satu resepi yang super cepat siap lagi berkhasiat. Especially untuk gadis yang busy tak sudah-sudah. Nak nak pulak kalau korang tu tak lama lagi dah nak kawen. Bila kawen of course la korang kena masak something yang special kan. Terutamanya untuk bakal ibu mertua tercinta. *haha*. 



Nama resepi aku Ikan Menumpang Kasih Sayang Ayam Masak Merah. Hebat kan tajuk resepi aku. Kalau Chef Wan tahu mesti dia akan menangis sambil mengetuk periok dengan senduk laju-laju.

Bahan dia senang je:
Ikan goreng. Kalau tak ada ikan goreng silalah pergi goreng ikan siap-siap.
Ayam masak merah yang dibeli di kedai.

Cara-cara:
Panaskan ayam masak merah, lepas tu masukkan ikan goreng.
Kacau dengan penuh kasih sayang agar ikan itu mampu menyesuaikan diri dia bersama dengan ayam. 
Ingat senang ke ikan nak duduk dengan ayam dalam satu kuali. Tak sekufu tau.  

Bila dah nampak ikan dan ayam tu mesra bukan main je, angkat dan hidang untuk perut.

Sekian.

Hebat kan anak mama masak.




Saturday, May 26, 2012

night safari at zoo taiping tak best


Assalamualaikum

Selamat malam. Makin larut malam makin aktif pulak otak aku ni. Walaupun mata aku bagi arahan supaya menghumbankn diri kat tilam yang tak berapa nak gebu dan empuk itu tapi otak aku pulak bagi arahan supaya aku jangan berhenti berfikir. Haih. Dah macam burung hantu pulak dah ni.

Well. Menurut setengah orang manusia, Night Safari kat Zoo Taiping tak best seperti yang disangka. Alasannya sebab bayar tiket mahal-mahal tapi tak dapat tengok binatang waktu malam. Tak nampak apa sebab gelap.

Bhahaha. Buat lawak la korang ni. Dah nama pun Night Safari, tentu la tak nampak. Tujuan dia supaya korang dapat rasa feel binatang hidup waktu malam. Apa, korang ingat bila korang masuk dalam zoo korang boleh tengok binatang tu secara terang-terangan macam dalam National Geographic tu ke?

Kalau macam tu baik tak payah pergi Night Safari. Korang mengadap TV sudah. Tak payah susah-susah nak rembes pepeluhan jantan sambil menjegilkan biji mata cari binatang-binatang yang ada. Apatah lagi nak jalan meraba-raba dalam gelap. Duduk nganga ja depan TV, habis cerita.

Come on bebeh. Tak remaja la korang ni. Sebenarnya kat dalam tu bukan gelap sampai tak nampak apa. Ada je cahaya ala-ala bulan pernama mengambang penuh gitu. Kalau korang memang jenis kepala otak pelancong, benda tu tak jadi masalah kot. Contohilah aku. Ke mana aku pergi aku akan nikmati setiap moment tu seolah-olah aku ni pelancong asing. Haha. Betul weh. Syiok woo kalau berperasaan macam tu.

So, mari la ramai-ramai ke Zoo Taiping and Night Safari. Jangan lupa bawak roti. Boleh kasik ikan makan kat Taman Tasik Taiping yang indah lagi permai sambil menyanyikan lagu ikan kaloi. Serius best. Mana tahu kan kot-kot untung nasib badan anak raja akan timbul. Hihi.

jom la weh masuk zoo

 
 Over pulak kamu ye Mardiana. Letak gambar besar-besar.