Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2011

awkward : ohoiii


Assalamualaikum




errkk! nak tidur



perempuan + blur : comel


Assalamualaikum

Selamat malam.
Asyik-asyik malam.
Ya, malam sebab aku suka jana idea waktu malam.


Dah lama aku tak buat entri tentang perempuan. Perempuan comel. Siapa perempuan comel tu. Korang la perempuan comel tu. Semua perempuan comel. Korang pun comel. Kalau ada orang kata korang tak comel korang tak perlu merajuk dan berlari laju-laju sebab malu orang tak kata korang comel. Korang jugak tak perlu pinjam cermin mata ajaib kat doremon untuk bagi orang lain pakai dengan harapan bila orang tengok korang, dorang akan nampak korang comel.

Tak perlu, semua tu tak perlu sebab korang sebenarnya memang dah sedia ada comel dah pun. Kadang-kadang girls tak sedar pun yang dorang tu sebenarnya comel. Nak nak pulak kalau dorang tu secara tak sengaja buat aksi comel. I mean secara tak sengaja. Bukan buat-buat sengaja agar nampak comel.

Kalau korang perasan salah satu perangai girls adalah dorang ni sepisis yang kadang-kadang blur-blur ja. Kalau korang tak percaya cuba korang bersembang dengan girls. Kalau dorang tak faham apa korang cakap secara otomatik dorang akan jadi blur-blur siap dengan berkerut-kerut muka sebagai tanda yang dorang ni blur. And serius pada kebiasaannya bila girls blur muka dorang akan nampak cute. Haha. Cute ok. Cute. Tak tipu.

Tapi untuk girls kalau korang nak nampak cute aka comel korang jangan pulak buat-buat blur. Biar benda tu berlaku secara semulajadi. Nampak real ja. Bak kata orang putih natural. Tapi korang jangan terlebih blur. Silap-silap orang kata korang bengap pulak. Tak ke haru macam tu. 


Walau apa pun girls sememangnya cute.
Ok girls selamat malam dan selamat mencomelkan diri anda. ^^


misteri diri sendiri


Assalamualaikum

Setiap apa yang berlaku adalah sesuatu yang misteri. Termasuklah apa yang berlaku pada anda sekarang. Sekarang, sebelum dan yang akan datang.  

Aku selalu terpikir dan berpikir. Pencemaran bunyi. Tak kira la bunyi kereta ke, kilang ke atau apa-apa je, mesti akan mengganggu orang sekeliling. Tapi sekarang ni aku bukan nak tulis karangan tentang pencemaran bunyi. Aku cuma nak tulis tentang apa yang berlaku kat diri kita.

Dalam badan kita berlaku macam-macam proses. Darah mengalir, udara keluar masuk, makanan dihadam, zat diangkut, jantung berdegup, macam-macam lagi la. Semuanya berlaku secara serentak dan semuanya berlaku tanpa henti. Kalau terhenti maka alamatnya kita mati. Ibarat kilang pulak badan kita ni.

Apa yang buat aku rasa misteri bila setiap benda yang berlaku tu seolah-olah badan kita tak mengalami apa-apa proses pun. Tak dengar pun bunyi darah mengalir menderu-deru, tak dengar pun bunyi jantung berdegup dup dap dup dap, tak dengar pun bunyi nafas dihembus dilepas [bukan berdengkur ya]. tak dengar pun bunyi makanan dihadam diproses lalu menjadi tinja [oh sopannya ayat]. Misteri kan ciptaan Tuhan?


Korang faham tak apa aku nak sampaikan? Tak faham? Ok bye.

p/s: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar

malas


Assalamualaikum


Bila aku malas aku akan malas bersungguh-sungguh. Tahap kerajinan aku pun tak kan sama dengan tahap kemalasan aku. Malas aku malas sebab yang bersebab. Bukan main-main punya malas. Aku malas sebab aku rasa malas. Bila rasa malas aku betul-betul jadi malas. Serba-serbi malas. Bila aku rajin, aku jugak akan rajin bersungguh-sungguh. Tapi tak bersungguh macam bila aku malas. Bak kata mama aku “bila masa nak rajin pun ntah”. Haha. Lap u la mama. 


dapat anak dibuang-buang


Assalamualaikum

Selamat petang dan selamat bangun dari tidur

Pejam mata, pejam celik, pejam mata tak celik-celik sekarang ni dah masuk tahun baru yang ke berapa hari dah. Tapi tahun baru ni tak ada siapa yang peduli. Semua orang pakat peduli tentang tahun baru yang satu lagi. sampai ramai orang pakat nak kahwin waktu tu. sampai ramai orang pakat nak buat anak waktu tu. Anak halal? Bukan, anak haram. Anak tu anak halal sebenarnya, tapi mak ayah dia buat dia jadi macam haram. Dan hasilnya tunggu suku terakhir untuk tahun depan. Tunggu dan lihat pada waktu tu ramai orang akan cakap "eh! sekarang ni macam musim orang buang baby pulak kan?"


Mahu tak bermusim kalau mak ayah dia jadikan tahun baru sebagai musim mengawan. 

p/s: semoga kita semua dilindungi daripada perbuatan keji. Amin.


Tuesday, November 29, 2011

manusia sentiasa nak jadi hebat


Assalamualaikum

selamat malam lagi dan lagi dan lagi.

Dulu kecik-kecik aku selalu tengok power rangers. Aku pilih warna pink sebab dia perempuan power rangers yang berwarna pink. Aku rasa dorang tu hebat sebab dorang boleh lawan dengan raksasa yang nampak hebat daripada dorang tapi bila lawan kalah jugak akhirnya. Waktu tu ada jugak superhero nama batman. Aku tengok cerita batman lepas tu aku sedih and rasa batman tu jahat, penguin tu baik sebabnya penguin duduk dalam longkang. Batman duduk tempat best. Aku rasa penguin tu memang patut pun tak kawan dengan batman sebab batman tak ajak penguin tu tinggal dengan dia. Sampai takat tu je aku ingat cerita pasal batman dan penguin yang bulat tu.

Last week abah aku baca tentang batman nak pencen. Lepas tu abah aku tanya batman ni kerja apa dia nak pencen? Adik aku jawab batman tu kerja dia jadi batman.

 kamu boleh? 


p/s: tadi jumpa tora dan dengdang. nak beli tapi malu (--)"

skema itu bukan aku : aku terpaksa


Assalamualaikum


Selamat malam lagi.

Ada orang kata aku nampak skema. Skema tu apa? Skema tu macam aku ke? Tapi aku bukan skema tapi aku kontrol. Haha.

Eheh.
Kontrol?

Bukan ke lebih baik kita jadi diri kita sendiri, tak payah nak kontrol-kontrol? Betul ke macam tu? Aku rasa tak pernah ada manusia yang tak kontrol dan tak ada manusia yang jadi diri dia sendiri. Percayalah tulisan aku ni. Wajib percaya.

Kontrol itu hipokrit?
Yeke? Tak lah.
Kontrol tu nak kawal diri kita daripada jadi over. Tu je.


Selamat malam sekali lagi.

nak tidur : tidur itu suatu anugerah


Assalamualaikum

selamat malam yang malam orang dah nak tidur.

aku ada masalah. aku ada masalah tidur. kadang-kadang aku boleh tidur dengan cepat, kadang-kadang aku boleh tidur lewat, kadang-kadang aku tidur lama, kadang-kadang aku tidur sekejap je. tapi yang pastinya dalam pusingan tidur tu mata aku mesti jadi macam mata panda. itu pun masalah jugak tu. tidur ada kena mengena ke dengan berat badan? ada orang cakap kalau lebih tidur nanti badan cepat gemuk. yeke? aku overdose tidur tak jadi apa pun. lepas tu fakta berubah pulak, ada orang cakap kalau overdose tidur badan akan kurus sebab banyak habiskan masa dengan tidur dan kurang makan. ye ke? aku tidur lepas tu bangun dan makan dan makan banyak-banyak. masih tak berubah apa pun. tapi aku gembira sebab aku macam tu jugak. tak berubah apa pun. tapi yang pasti yang buat aku tak gembira aku masih tak boleh nak tidur. bila aku dapat tidur aku jadi macam beruang koala. lepas tu mata aku jadi macam beruang panda. bila aku tak dapat tidur pun sama jugak. mata aku tetap jadi macam beruang panda. beruang panda yang kurus macam lidi. boleh korang bayangkan beruang panda berkepala besar tapi badan macam lidi  kepala macam nak menyembah bumi. huduh bukan.


aku tak nak tidur macam ni. forever alone. haha.


p/s: aku nak tidur


Friday, November 25, 2011

Rezeki orang

Assalamualaikum

Hujung tahun banyak rezeki. Cuti sekolah lagi banyak rezeki. Rezeki orang yang ada kala kita sendiri tak sedar kita pun tumpang rasa sekaki. Sebenarnya bukan tak sedar. Sedar. Tapi bila dah terbiasa makan dengan rezeki yang orang jemput, benda tu dah jadi macam perkara biasa pulak. Orang jemput kita datang makan. Orang ajak kita datang makan. Dah tak rasa apa. Dalam tak sedar tumpang tu la jugak kadang-kadang  kita tak sengaja buat mereka terasa hati.

Kepada bakal jemputan yang akan tumpang makan rezeki orang yang menjemput sila-silalah beringat dan berat-beratkanlah mulut tu supaya dosa-dosa yang bakal diperoleh tak seberat perut anda diisi makanan nanti.


Selamat memperoleh rezeki melangkah ke alam baru.

Dangkal fikiran manusia

Assalamualaikum


Sekali lagi. Hasil penulisan beliau buat aku berfikir dan terfikir. Terfikir tentang betapa dangkalnya fikiran manusia yang anggap manusia lain lebih hina daripada makhluk lain. Hanya kerana manusia itu melakukan kesilapan dan menghukum mereka seolah-olah tidak akan ada jalan untuk manusia yang dicerca itu kembali kepada Tuhan.  


Cuti sekolah : sekolah cuti buku pun cuti : bila exam pakat nganga ramai-ramai


Assalamualaikum

Sekarang cuti sekolah. Cuti akhir tahun. Aku tengok budak-budak yang sebangsa dengan jiran aku sibuk pergi tuisyen lagi. Budak-budak tu masih kecik. Mungkin dalam darjah dua atau tiga. Bila tiba waktunya aku tengok dorang dihambat oleh bibik supaya pergi ke kelas tuisyen. Budak-budak tu pun berlari-lari bawak beg besar masing-masing. Nampak comel pulak bila dorang berlari dengan beg sebesar itu.


Budak-budak sebangsa aku? aku tak tahu.


Wednesday, November 23, 2011

sakit itu penghapus dosa

Assalamualaikum

: demam sorang-sorang kat tempat yang jauh diperantauan memang menyeksakan : ;(


oleh itu aku tak mampu nak berfikir dengan baik buat masa sekarang

Wednesday, November 16, 2011

bestnya budak sekolah zaman sekarang


Assalamualaikum

Hai clever girls and smart boys sekalian.


Memandangkan sekarang ni budak-budak pakat busy duduk exam aku ucapkan selamat memerahkan otak korang la ya. Tak kira la exam apa pun especially untuk budak yang nak ambil spm dan stpm tak lama lagi ni.

Budak sekolah zaman sekarang ni bertuah. Korang kecik-kecik lagi dah dapat laptop free. Dengan harapan korang boleh buat kerja sekolah korang dengan lebih baik dan belajar dengan lebih up to date walaupun hakikatnya banyak daripada korang lebih suka bukak fb, main game daripada belajar.

Lepas tu korang jugak sangat bertuah sebab korang ada handphone. Handphone stok hebat belaka. Kena ada handphone and tak boleh tak ada handphone dengan harapan kot-kot kalau  ada orang yang teringin sangat nak kidnap korang waktu korang on the way pergi or balik ke sekolah, korang boleh la bagitahu kat mak ayah suruh selamatkan korang cepat-cepat. Nak nak pulak korang tu student yang cun, hot and kaya raya.

Korang terlebih bertuah sebab korang dapat duit poket. Ya dengan harapan duit tu boleh dibuat belanja kot korang nak beli beg ke, buku, pencil, pen, pemadam, pembaris, pemadam, liquick dan boleh dibuat untuk beli topup. Tapi aku bet mesti ramai yang guna duit tu untuk berfoya-foya nak nak pulak sekarang ni nak cuti sekolah dah.

Budak sekolah sekarang dah tak macam zaman aku dulu. Korang best la cikgu kena tatang korang macam tatang minyak yang penuh seperiuk. Tak boleh ditegur tak boleh dipukul. Kena belai sampai lemak jadi tepu dan tebal.

Korang punya life dijaga betul-betul dari A sampai Z hatta kalau badan korang membesar gemok macam tempayan pun sekolah juga yang perlu bertanggungjawab. Best betul korang ye..


Tapi walaupun zaman aku kurang berbanding dengan korang tapi kitorang tetap tak kurang beradab dengan cikgu.


realiti hidup student macam korang yang bergelar student


Assalamualaikum





 p/s : kredit forum cari

jangan layan perasaan tu

Assalamualaikum


sejak dari pagi tadi celik-celik mata, tiba-tiba je emosi aku jadi emosi sedih. kenapa tiba-tiba aku rasa sedih? aku sendiri pun tak tahu kenapa aku sedih. rasa nak lempang je pipi sendiri. 



dari semantan pergi ke lundu
datang ke lundu singgah di perigi
apa kena hatiku pilu?
mengenang orang akan pergi?

p/s: lebih baik layan shaun the sheep


Monday, November 14, 2011

jatuh bangun manusia

Assalamualaikum


banyak perempuan jatuh kerana lelaki


dan banyak juga lelaki jatuh kerana perempuan

tukar background : tak siapa nak kisah


Assalamualaikum



Sebelum ni aku pakai background hitam. Bila pakai background hitam aku tengok tulisan kat blog ni macam bergerak-begerak. Pening kepala, daripada rasa pening terus rasa nak termuntah tengok blog sendiri. Demi memastikan kesejahteraan mata aku yang berpanjangan aku tukar kepada kelabu asap kilang. Aku suka aku gembira. 

p/s: pic tak ada kena mengena nampaknya