Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 24, 2011

lelaki vs perempuan : ekspresi wajah

Assalamualaikum

beza antara ekspresi wajah lelaki dan perempuan


sentiasa cute walau dalam apa jua ekspresi muka sekalipun


lelaki pulak ... eerrr ... macam tak ada perasaan  

Tuesday, August 23, 2011

...

Assalamualaikum

sesungguhnya mati itu benar dan Allah tidak memungkiri janjiNya.


T.T

Monday, August 22, 2011

semoga pengorbanan itu dibalas dengan kegembiraan

Assalamualaikum

korang kenal tak adik Nurusyahamah Taqiah? tak kenal? mia sara? semua kenal. 
 
aku sangat kagum dengan adik kecik ni. tak lama lagi dia akan pergi ke Doha, wakil Malaysia ke Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa. apa yang buat aku rasa terkagum adalah adik ni  peserta top 3 untuk peringkat akhir nanti. jumlah peserta yang cuba nasib adalah 4000 orang kanak-kanak dari seluruh dunia. ya. 4000 orang ya, bukan 400 dan bukan jugak 40!
 
dan apa yang buat aku jadi lagi terkagum adalah dia akan bersaing dengan peserta dari Yaman dan jugak Maghribi. budak berlidah Melayu akan bersaing dengan budak-budak berlidah Arab. tak ke kagum kalau macam tu.   


mak ayah dia adalah antara insan yang paling terbertuah sekali kat muka bumi ni. dikurniakan seorang anak yang mampu buat dorang rasa "sejuk and kool". mak ayah mana yang tak suka kan kalau dapat anak yang solehah. kecik-kecik lagi dah mampu didik dengan baik dan insyaAllah besar nanti dia akan jadi wanita solehah yang jadi rebutan dan pilihan ibu-ibu mertua. ^^
 
aku berharap agar adik Nurusyahamah Taqiah berjaya harumkan negara kita. harumkan nama mak ayah dan yang paling penting bila dah besar nanti dia mampu jadi icon muslimah pada masa depan. 
 
ayah dia terpaksa berkorban sebab tak ada duit nak support kos sepanjang dorang anak beranak kat sana. semoga pengorbanan ayah itu akan dibalas dengan sebuah kegembiraan. Amin.. 

p/s: amat berharap agar mendapat anak macam ni jugak. kuikui. ^^

Sunday, August 21, 2011

gores dan bengang

Assalamualaikum

minggu lepas ada sorang girl ni. dari agensi gores dan bengang kot. girl ni jadi separuh gila sebab tak dapat nak tipu mama aku yang bijak menepis penipuan bagaikan sang kancil dan buaya.

mama: hello..
gores dan bengang: boleh saya cakap dengan puan dot dot dot?
mama: ya saya..
gores dan bengang: puan ada pakai alat elektrik cap ini cap itu tak?
mama: ada..
gores dan bengang: oleh itu puan ada menang peraduan kami. puan kena datang ke pejabat kami di Teluk Intan untuk ambil hadiah ya..
mama: aaa.. tak mahu lah. saya tahu awak tipu sebab dulu pun ada orang macam ni jugak kol saya.
gores dan bengang: ooo.. maknanya dulu makcik pernah kena jugak la ya?
mama: ... [diam]
gores dan bengang: hahaha! makcik bodo sebab kena tipu!
mama: ... erk! ...
gores dan bengang: hahaha! padan muka makcik kena tipu. makcik bodo!
mama: lantak kamu la.
gores dan bengang:  [tut.. tut.. tut.. letak ganggang]

suka hati je cakap mama aku "bodoh". demm!~


she is loser. hahaha.


Wednesday, August 17, 2011

keinginan mencapai kesempurnaan

Assalamualaikum

boy: "saya nak girl yang pandai masak"
girl: "kenapa?"
boy: "sebab air tangan isteri adalah pengikat kasih"
girl: "saya nak boy yang pandai cari duit"
boy: "sebab kamu mata duitan!"
girl: "nope. sebagai jaminan masa depan"
boy: "duit tak menjamin kebahagiaan"
girl: "pandai masak jugak belum tentu suami tak cari lain"


kesimpulan:
masalah tak akan timbul kalau masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing. terima pasangan seadanya dan berusaha untuk perbaiki diri untuk menjadi lebih sempurna tanpa perlu menyalahkan orang lain. sekian ^^

Tuesday, August 16, 2011

perempuan : ciptaan yang terindah

Assalamualaikum

aku suka tengok perempuan. walaupun aku perempuan aku tetap suka tengok perempuan. bukan sebab aku suka kaum sejenis aku tapi aku suka sebab perempuan adalah unik. dalam banyak-banyak perempuan aku suka tengok perempuan pregnant. walaupun perot dorang membulat tapi aku tengok dorang tersangatlah cute. orang lelaki kalau perut membulat nampak tak comel. berbanding dengan perempuan makin bulat perut dorang makin comel aku tengok.

pada aku muka perempuan pregnant ni sangat suci. bila aku tengok muka dorang nampak macam dorang tu terpelihara. maksudnya muka dorang muka tak berdosa. tak kira apa bangsa sekali pun melayu ke, cina, india aku tetap suka tengok. lebih-lebih lagi kalau muka bakal ibu tu memang dah sedia ada cute dan comel akan bertambah-tambah cute la muka dorang aku tengok. 


lepas tu aku sangat kagum tengok bakal-bakal mama ni pergi ke hulu ke hilir dengan gigih bawak perut yang semakin membulat ke sana ke sini. bawak dengan sepenuh kasih sayang. pagi petang siang malam setia bersama dengan baby yang tercinta. 

bila aku tengok perempuan pregnant aku selalu fikir yang perempuan ni adalah makhluk terhebat ciptaan Tuhan. terhebat sebab dalan perot [rahim] dorang ada orang. ya. dalam orang ada orang. orang yang bernyawa, yang bernafas, bermain, makan dan membesar di dalam perut orang. orang itu boleh hidup dengan sempurna dan terpelihara dalam perut orang lain.

aku jugak sangat kagum dengan ciptaan Tuhan sebab tubuh badan perempuan pragnent ni boleh bekalkan makanan untuk baby dorang. aku sangat-sangat kagum dengan makhluk ciptaan Tuhan yang satu ini. dorang bukan saja boleh bagi makan baby dari dalam perut, luar perut pun boleh.


aku ingat lagi ustaz kursus ehem ehem pernah cakap, orang perempuan ni pendek akal. dia kata kalau perempuan panjang akal dah tentu dorang tak akan beranak buat kali kedua, ketiga dan buat kali berbelas-belas kali beranaknya. sebab waktu bersalin tu bukannya senang. kalau dorang berfikir panjang tentang soal bergadai nyawa dorang tak akan beranak lagi dah. nasib baik pendek akal, kalau panjang akal belum tentu ustaz tu ada kat muka bumi ni. hoho!~

kesimpulannya Tuhan ciptakan perempuan sebagai insan yang unik. keunikan dorang ditambah dengan kegigihan dan ketabahan dorang memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang super hebat yang adakalanya melangkaui batas logik akal. 

i love you mama~

p/s : aku sangat bersyukur kerana aku adalah perempuan

bloglist bersama pilihan hati

Assalamualaikum

good evening to all readers.

entri kali ni entri tentang aku nak join bloglist pilihan hati. aku tak kenal siapa tuan punya blog ni. tapi aku tertarik dengan blog ni sebab nama dia "pilihan hati" lepas tu warna dia "pink". sweet lovy dovy. dan hakikatnya blog ni milik sang lelaki. tapi aku apa pedulik. aku nak join jugak. ^^


sekali pandang macam fahrin ahmad. oleh yang demikian aku tak nak pandang berkali-kali sebab aku tak suka fahrin ahmad. hik!~


kalau ada sesiapa yang berminat moh la join ramai-ramai ye.
 

air mata jatuh ke perut

Assalamualaikum

selamat petang yang mendung.

macam mana mendungnya cuaca hari ni, tajuk entri ni pun mendung jugak. air mata jatuh ke perut. ok girls, korang boleh bayangkan tak macam mana kalau air mata korang tu jatuh ke perut korang yang leper lagi ramping. 

Kalau air mata tu boleh jatuh sampai ke perut tu maknanya air mata yang korang perlu produce adalah dalam kapasiti yang tinggi. Menderu-deru keluar macam air paip. Nak produce air mata keluar macam air paip pulak bukan senang. Korang tonyoh cili pun belum tentu boleh keluar air mata sebanyak tu. 


Air mata jatuh ke perut ni peribahasa. Maksud dia berdukacita dalam diam-diam. Dalam bahasa mudah korang sedih tapi korang sedih sorang-sorang. Tak ada siapa pun yang tahu korang tu tengah bersedih. Bak kata orang luar nampak happy tapi hati siapa yang tahu. Cewah~. 

Benda ni lebih kurang macam pendam perasaan la. Orang tua-tua cakap makan hati. Dan bab makan hati ni sangat sinonim dengan para perempuan. girls adalah ciptaan Tuhan yang berhati lembut. Benda lembut kalau dicucuk-cucuk senang ada kesan. Kesan tu pulak tak akan boleh nak diperbaik. Dah la berhati lembut berjiwa sensetif pulak tu.

Dulu aku pernah cerita yang girls sangat sensetif dengan perubahan nada suara orang yang rapat dengan dia. Sekali jerkah terus sentap. Lepas tu nangis. Ok. Boys kena ingat walaupun korang nampak yang girls tu nangis and then you all pujuk-pujuk dorang dan akhirnya dengan pujukan korang yang seberapa tu girls tersebut kembali ceria tu bukan bermakna hati dorang tak terluka ok. Kadang-kadang tu girls terpaksa pretend to be happy sebab dorang nak selamatkan keadaan. dalam hati pedihnya orang tak tahu. Kang kalau diluahkan dorang kata girls ni mengada-ngada. Mengungkit la, suka emo-emo la, macam-macam lagi.


Orang lelaki pun ada jugak yang berdukacita dalam diam-diam kan. Tapi rasanya kalau lelaki pendam rasa dukacita, pun bahaya kot sebab dorang ni boleh buat benda yang extreme. So, girls and boys kalau ada masalah sila luahkan dan bincang secara profesional dan jangan ikut kepada emosi. Elakkan diri anda daripada diselubungi rasa pendam yang tak terperi. Kelak ia akan memakan diri.

Anak rusa mandi paya
Lepas mandi makan rumput
Tiada orang seperti saya
Makan hati berulam perut

Monday, August 15, 2011

bila lelaki tak bercakap

Assalamualaikum

apabila lelaki tak mahu bercakap [tak bagi respond atau dalam bahasa mudah buat bodo je] perempuan akan segera rasa dorang tidak dicintai. kuikui ^^




perempuan: "tadikan, saya buat itu buat ini. lepas tu kan saya terjumpa pulak makcik itu, borak-borak lupa pulak nak buat ini, pot pet pot pet..."

lelaki: "...errmm..."

perempuan: "...huhu..." 


perempuan banyak cakap suka membebel?


Assalamualaikum

A very good evening to all readers dan selamat berbuka puasa kepada korang semua.

Hari tu aku ada tulis tentang kenapa perempuan perlu bercakap. Orang perempuan memang suka bercakap sebab dalam otak dorang akan sentiasa berlegar-legar banyak benda. dari sekecil-kecil benda sampailah kepada benda yang besar-besar belaka.

contohnya dalam bulan puasa ni. dalam otak perempuan celik-celik mata je memang dah siap set dah nak masak apa untuk berbuka nanti. nak masak ke nak beli je. lepas tu bila dah dekat nak raya dorang akan fikir pulak tentang persiapan raya. selagi tak raya selagi tu dorang akan fikir. fikir fikir dan terus fikir. lepas tu dorang bukan hanya berfikir, dorang akan luahkan melalui percakapan. dorang akan cerita kat kawan-kawan, cerita kat sedara mara, atau anak beranak.


"tahun ni saya nak kita semua pakai baju macam ni macam tu"
"lepas tu perabut saya nak tukar macam ni macam tu"
"lauk untuk raya pertama macam ni, lauk untuk raya kedua macam tu"
"bla.. bla.. bla..."

orang perempuan ni dia bukan je cakap benda yang ada dalam otak dorang. dorang juga akan cakap setiap benda yang ada dalam otak tu dengan jelas. contohnya macam ni "langsir tahun ni aku nak buat gaya  bebas gitu. lepas tu aku nak ada ropol-ropol sikit, nak bubuh riben kat celah penyangkut dia. warna nak yang light. bla. bla.. bla.." 

disebabkan perempuan ni banyak bercakap, kadang-kadang lelaki anggap apa yang perempuan cakap tu macam dorang tengah kena berleter. lebih-lebih lagi kalau perempuan tu cakap tak henti-henti. dari satu topik ke satu topik. dari satu hal ke satu hal. dorang akan lebih banyak dengar perkataan pot pet pot pet berbanding dengan apa sepatutnya dorang dengar. so, girls sila kurangkan bercakap dengan lelaki. dorang bukan paham pun. buang karen ja bila kita cakap tapi orang tak dengar pun apa yang kita cakap. uhuh!~

Saturday, August 13, 2011

why

Assalamualaikum


errk!~

aku tak tahu kenapa orang selalu pandang aku ni macam seekor alien yang baru mendarat ke bumi. pelik sangat ke aku ni? atau adakah semua ini hanya perasaan aku? arghh!~.

Thursday, August 11, 2011

elakkan daripada mencurigai kesetiaannya

Assalamualaikum

Aku nak bagi sikit petua untuk korang yang dah kahwin. walaupun aku belum kahwin tapi aku nak bagi jugak. Aku dapat petua ni waktu aku tengok al-kulliyah.

Petua dia macam ni. Sebelum masuk ke rumah, adalah sangat perlu untuk bagi salam terlebih dahulu. Sebab salam tu boleh halau syaiton yang duduk kat atas pintu rumah korang. Can you imagine macam mana syaiton durjana tu duduk kat pintu rumah korang? Kalau kita boleh nampak sah-sah tak masuk rumah punya. Huhu.

Syaiton ni kerja dia wujudkan rasa curiga sihusband terhadap wife dia dan juga rasa curiga wife terhadap husband dia, contohnya macam ni, suami pergi kerja, lepas tu syaiton shilanat tu akan wujudkan rasa was-was dalam diri lelaki tu.


Waktu tu dia akan pikir “betul ke isteri aku ni setia dengan aku? Betul ke dia tak curang dengan aku waktu aku tengah kerja?, ntah-ntah dia menggatal dengan apek jual ikan tu tak?”. Lepas tu isteri dia pulak akan pikir “laki aku ni pergi kerja ke pergi dating? betul ke dia tak curang dengan aku?”.

bila syaiton laknat tu berjaya timbulkan rasa curiga maka berparti sakanlah dia sebab berjaya buat porak peranda. lepas tu syaiton ni akan dapat bonus berganda kalau family tu bercerai berai.

So, kesimpulannya, bagi la salam. Bukan susah pun. Kalau waktu ngorat dulu selalu je bagi salam. bila girl ni tak jawab cakap dosa. Boleh pulak. Bila dah kahwin tak kan berat mulut kot. bagi salam boleh dapat pahala, hubungan pun bertambah mesra. Ok. Selamat beramal. ^^

you are 8 hours closer the the grave

Assalamualaikum

hello kepada semua pekerja yang komited terhadap kerjaya.

sangat bosan bila tak ada kerja nak buat selama 8jam duduk kat opis. nak mengadap komputer dah tak tahu nak bukak benda apa dah. lutut dah sakit sebab kejap bersila kejap menjulur. anyway i dedicate this lovely cartoon for you. muaxx!~ [muahaha]


work smart don't work hard

selamat bekerja

gergasi vs gergaji

Assalamualaikum

hai to all paper readers yang setia.

kat malaysia ada gergasi. ayok yok!



mungkin encik torek sulong ni letih berpuasa kot.



dan kemudian beliau sudah segar maka berita itu bertukar kepada ini.

gergasi dah lari!

Wednesday, August 10, 2011

kenapa perempuan perlu bercakap

Assalamualaikum

hai to all kepoh girls out there.

biasanya bila perempuan berkumpul ada je benda yang nak dorang cakap. disebabkan tu dorang selalu dilabel sebagai sepisis yang suka mengumpat dan bergossip. kalau orang perempuan berkumpul dan tak bercakap tu tandanya ada masalah. ;p

orang perempuan simpan banyak benda dalam otak. contohnya masalah. selagi adalah masalah selagi tu la masalah tu berlegar-legar dalam otak dia. tu sebab perempuan selalu rasa risau. cuba korang tengok mak-mak korang. kalau ada je benda yang tak buat selagi tu la dia akan cakap dorang risau kalau benda tu tak sattle. selagi tak siap selagi tu mak-mak susah nak pejam mata. berbanding dengan bapak-bapak, dorang lebih kool. [kool atau tak nak ambil tahu?]


biasanya orang perempuan bila ada masalah hanya akan ada satu je cara yang boleh dorang guna untuk selesaikan masalah iaitu bercakap tentang masalah itu. bila perempuan bercakap tentang masalah tu bermakna dorang sebenarnya nak lepaskan beban masalah. walaupun tak dapat selesaikan sekurang-kurangnya dorang ada tempat untuk ceritakan masalah tu. tu sebab perempuan suka bercakap dan salah satu topik dorang adalah tentang masalah.

tapi ramai lelaki tak faham benda ni. dorang anggap perempuan suka mengadu ni perempuan yang tak pandai nak sattle masalah dorang sendiri, perempuan yang tak reti berdikari, lepas tu saja je nak tarik perhatian, nak mengada-ngada. dorang bukan tak reti nak sattlekan masalah, tapi dorang cuma nak luahkan masalah dan kalau masalah dapat sattle, tu dikira bonus untuk dorang. lelaki kena faham ok. ^^

hakikat manusia

Assalamualaikum

hai girls and boys yang baik-baik sekalian.


ada sebilangan manusia mengkufuri Allah, tapi tak malu berteduh di bawah pohon pokok ciptaan Allah

p/s: peringatan untuk manusia dan jugak aku T.T

Tuesday, August 9, 2011

kurap : corruption : rasuah : riba

Assalamualaikum

hello to all readers yang gigih mencari rejeki ^^

semua orang tahu rasuah tu tak baik. rasuah tu berdosa. tapi selagi manusia tak rasa dosa tu, selagi tu manusia tak akan serik. selagi tak kena bala kat batang hidung sendiri, selagi tu la duk buat. macam orang main mercun jugak la. bila dah kudung kaki tangan dan-dan cakap serik. dan-dan tu jugak cakap tak mau main dah.


"don't worry this is only for your duit kopi lor" 

aku sangat berharap agar Allah melindungi aku daripada perkara sebegitu T.T

love card : perkara yang biasa berlaku

Assalamualaikum

hello to all pretty boys and handsome girls.

kebiasaannya bila orang lelaki bagi love card kepada girl dia, dorang akan pilih kad yang banyak tulisan yang hanya memerlukan dorang untuk tandatangan sahaja. Dan kebiasaannya girl pulak akan terima dengan wajah yang overexcited dan mata berkaca-kaca dan akhirnya mereka akan cakap “la, itu je..”


haha. ok la tu daripada langsung tak da kan. Uhuh~

Friday, August 5, 2011

bukan salah ibu mengandung

Assalamualaikum

Hello all. Good evening. Hari ni kita belajar sains sikit ye. 

Kromosom lelaki X dan Y. Kromosom perempuan X dan X
Lelaki (X) campur perempuan (X) akan lahir : baby girl
Lelaki (Y) campur perempuan (X) akan lahir : baby boy

Kesimpulannya jantina baby ditentukan oleh kromosom yang dibawa oleh lelaki dan persoalannya disini kenapa tiap kali dapat baby yang sama jantina orang asyik salahkan perempuan. Dah la salahkan perempuan lepas tu guna alasan yang sama jugak untuk kahwin lain. Errmm~

en.suami: 
ni semua salah awak. tak reti nak beranak. asyik-asyik baby girl je. saya nak baby boy ok. saya nak kawen lain la kalau macam ni!
puan.isteri: 
wuwuwu~


Thursday, August 4, 2011

kehebatan sentuhan : sentuhan yang damai

Assalamualaikum

hello to all readers. 

aku rasa ramai yang dah tahu sentuhan antara seorang mak terhadap anaknya merupakan sebuah sentuhan ajaib. ada macam-macam jenis sentuhan. sentuhan secara usapan, urutan, belaian dan macam-macam lagi lah. kalau mak cubit kita tu pun kira sentuhan jugak tu kan. sentuhan ajaib yang boleh buat kita rasa macam  kena renjatan elektrik. huhu.

baby yang dibelai dan disentuh oleh mama dia akan lebih sihat berbanding dengan baby yang jarang kena sentuh. dulu ada satu kes tentang sorang baby ni. dia lahir-lahir je terus tak hidup. lepas tu doctor kasik baby tu kat mama dia untuk bagi ucapan goodbye. mama baby tu dakap, lepas tu borak-borak dalam masa 2 jam  dengan kuasa Tuhan baby tu hidup balik.

sentuhan dengan cara yang betul boleh buat orang rasa tenang. perempuan yang stress akan kurang dia punya pressure bila dia didakap. semuanya bergantung kepada kekerapan dan berapa lama dorang didakap. tapi tu bukan bermakna orang lelaki boleh dakap perempuan dengan alasan nak kurangkan stress ok. melainkan hubungan korang tu halal tak pa. kalau tak halal jangan gatai-gatai pulak nak buat.

orang perempuan lebih peka dengan sentuhan sebab kulit dorang lebih sensetif berbanding dengan lelaki. orang perempuan kena cubit sikit nanti merah la biji mata dia. [girls sangat manja kan? wewewe]. berbeza dengan lelaki, kalau kita cubit belum tentu dorang rasa sakit. tapi tak tahu la pulak kot-kot dorang buat-buat tak sakit sebab nak kontrol macho. kang kalau cakap sakit nampak lembik pulak. hoho.


walau apa pun, dengan sentuhan ianya boleh eratkan hubungan. hubungan kita dengan orang yang tersayang. 
p/s: hugs!~ ^^

jangan ingat kita ni hebat tanpa mereka


Assalamualaikum

Hello to all anak-anak bapak dan anak-anak mak sekalian.

Hari tu aku ada tengok satu page kat facebook. Tajuk dia lebih kurang macam ni “i hate when my parents ask me who i’m texting”. ramai jugak la budak-budak yang like  page tu. Dan aku rasa orang yang join page yang tak guna ni semuanya budak hingusan semata-mata. Nampak biadap pulak bila dorang ni sesuka hati sesedap rasa je nak benci mak ayah.

Kebanyakan dorang rasa benci bila mak ayah tanya dengan siapa dorang tengah chat. Dengan siapa dorang contact. Dah la benci mak ayah sendiri lepas tu nak kerek pulak. Mentang-mentanglah ada mak ayah tak pandai IT suka suki dorang je nak kondem. Kalau takat tahu taip, nak chatting tak payah nak berlagaklah. Kalau bukan sebab duit mak ayah dorang, tak da maknanya dorang boleh guna benda tu semua.


Bila mak ayah nak ambik tahu ada anak yang marah-marah, melenting cakap mak ayah kongkong. Lepas tu bila susah tahu pulak mintak tolong kat mak ayah. Tau pulak cari mak ayah. Bila senang bukan main lagi ya.

Tak ada mak ayah nak anak dia susah. Tak ada mak ayah yang nak anak dia jadi jahat. Waktu kita kecik-kecik dulu ada ke mak kita cakap “baby, meh sini meh. Mama dah bancuh dadah ni”. Ada ke? Mana ada. Mak ayah bela elok-elok, jaga makan pakai, bagi makan sampai buncit. Lepas tu bila dah besar belagak pulak. Bila mak ayah larang dilabelnya mak ayah tu tak up to date lah, kolotlah. macam-macam dikata. walhal orang yang kolot tulah yang duk kasik makan, yang duk jaga sampai ke besar.  

 

mama aku selalu cakap bila dah tiba masanya kita ni masuk ke fasa jadi mak ayah barulah kita akan tahu apa perasaan dorang kat kita. waktu tu barulah kita sedar apa yang mak ayah kita buat tu sebenarnya betul. tapi takkan nak tunggu jadi mak ayah baru korang nak hargai dorang pulak. sementara dorang ada hargailah mak ayah selagi boleh. nanti kalau dah tak ada menyesal tak guna. 

p/s: i love my mom and dad so so much!~

Wednesday, August 3, 2011

jangan pukul perempuan


Assalamualaikum

Hai para wanita, perempuan dan gadis comel sekalian.
Manusia zaman sekarang dah makin ganas. Lelaki pukul perempuan, suami pukul isteri dah jadi benda biasa dah. Pukul sebab yang tak munasabah pulak tu. Pukul bukan sikit-sikit punya pukul. Siap pakai sepak terajang. Bagi penumbuk seliang dua kat muka. Sangat keji betul perangai tu. Agak-agak la pun kalau nak wresteling. Apa barang pukul perempuan. Tak jantan langsung.  

Aku tak tahu kenapa dorang perlu pukul perempuan. Kenapa perempuan? Sebab perempuan tu lemah? Sebab perempuan takkan melawan? Macam tu? Dah la perempuan selalu kena tindas, selalu jadi objek pemuas nafsu, selalu diekspolitasi sampai sepak terajang pun dorang nak tuju kat perempuan jugak.

Dulu waktu aku pergi kursus eeww eeww ustaz ni cakap orang perempuan kalau nak kahwin jangan pikir nak seronok je. dorang kene prepare untuk berdepan dengan segala kemungkinan diluar jangka otak. Prepare dari segi mental dan fizikal. Kalau dapat laki kaki ongbak memang nahas. Kita tak tahu partner kita macam mana. Waktu bercinta semuanya perfect. Tapi sampai bila nak berlakon jadi mr. Perfect kan. Penat tu.

So, bagi aku perempuan sangat perlu untuk belajar cara macam mana nak lindung diri sendiri daripada di ongbak sesuka hati oleh orang lain. Macam dalam cerita “enough” tu. Puan jeniper lopes belakon. Sangat syiok sampaikan aku sendiri berangan kalaulah aku pandai lawan-lawan kan best. Tengok cerita tomb rider pun aku rasa nak jadi macam lara croft tu. T.T

pada aku orang perempuan bukan je boleh lindung diri dia daripada di ongbak sesuka hati, tapi jugak penting kalau suami tak ada kat rumah. Kalau rumah kena ceroboh lepas tu perompak tu buat pulak stail RnR tak ke haru. rompak n rogol. Dah la merompak lepas tu buat benda shilanat pulak tu.


Para gadis comel kat luar sana pun sepatutnya join group martial art ni. Terutamanya budak sekolah. Dorang wajib masuk. Sebab kalau nak bentuk dari kecik lebih senang. Kalau ada siapa-siapa yang berani nak libas korang, sekurang-kurangnya korang boleh bagi penendang kat dorang balik. Biar dorang rasa. Selembut-lembut korang, korang pun ada ganasnya.

Dunia sekarang dah tak selamat. Terutamanya untuk perempuan. Sebab perempuan ni banyak terdedah dengan bahaya. Dalam rumah pun bahaya apatah lagi kat luar rumah. Jadi berhati-hatilah dan jangan biarkan diri anda disepak suka-suka.

Tuesday, August 2, 2011

kerana perempuan adalah unik : part 2

Assalamualaikum

hello perempuan comel lagi manja sekalian.
aku nak sambung cerita pasal entri kerana perempuan adalah unik.

dalam entri lepas aku ada tulis tentang perempuan ni best sebab dorang ada naluri yang boleh rasa perubahan orang keliling dia. dorang ni ada gerak hati yang super hebat lebih-lebih lagi kalau nak kesan perubahan emosi orang lain.

cuba kita tengok mak-mak orang. dorang dengan senang dapat detect baby dorang tu lapar ke, sakit ke, dengan hanya dengar suara baby menangis. dengan sepenuh kasih sayang mak ini akan cuba bagi anak-anak dia tenang. sebab tulah anak lebih rapat dengan mak berbanding dengan ayahnya. itulah istimewanya perempuan. cuba kalau bapak orang pulak. kalau dengar baby nangis jawapan yang selalu dorang bagi "baby ni nak kat mak dia ni.." tu je la pun yang dorang mampu buat.

perempuan jugak hebat sebab dorang boleh tahu perubahan suara nada orang yang bercakap dengan dorang. walaupun sikit mesti dorang boleh rasa perubahan tu. tu sebab kalau girls kena jerkah sikit otomatik muka dorang jadi ketat semacam. kalau yang jenis sensetif dan suka sentap-sentap silap-silap boleh meleleh air mata. perempuan kalau menangis nampak manja kan? manja la best. haha.

ada orang cakap perempuan ni complicated. susah nak faham perangai dorang. benda kecik benda remeh pun boleh nak jadi isu. kalau boy dorang tanya "ada masalahkah?" lepas tu girl dia jawab "tak ada masalah!", tu tandanya memang girl dia ada masalah lah tu. lepas tu boy tu mesti akan blur-blur sebab cakap tak ada masalah tapi muka macam bermasalah. bila lelaki tu tanya lagi "saya ada buat salahkah?" and then biasanya perempuan akan jawab "awak tahu tapi buat-buat tak tahu kan?". kalau korang jadi lelaki tu mesti korang rasa pening kan? haha.

kalau jadi macam tu korang pujuk je la girl korang tu. bukan susah mana pun. perempuan ni berhati lembut. pujuk-pujuk sikit nanti ok lah dia.


kerana perempuan adalah unik. wewewe!~

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan : mungkinkah yang terakhir?

Assalamualaikum

hai para pembaca yang berpuasa sekalian.

hari ni 1 Ogos 2011. hari pertama kita berpuasa. tinggal berapa hari lagi tempoh masa untuk kita puasa. puasa  kali ni entah-entah puasa yang terakhir untuk kita. kita bukan tahu umur kita sampai takat mana. ada setengah orang lagi sebulan puasa dah kelam kabut pikir nak buat atau beli kuih raya. ada yang sibuk pakat tukar perabut apa bagai. tapi rasanya jarang sekali kita nak perbaiki puasa kita agar lebih baik daripada puasa yang lepas-lepas. [termasuk aku. huhu]. 

aku rasa makin lama makin cepat sangat masa bergerak tinggal aku. pejam celik dah masuk malam kedua terawikh. masa makin cepat dan dunia semakin tua. korang dah prepare korang punya bekal untuk masa depan nanti? harap-harap ramadhan kali ni kita pulun habis-habisan bawak bekal untuk kita kelak.  

aku tak nak bebel panjang-panjang. kalau korang nak cari pasal kelebihan bulan puasa, macam mana nak cari pahala lebih korang boleh tanya kat pakcik google. beliau amat bijak. tapi lebih baik kalau korang tanya orang-orang yang pandai ilmu agama. mintak pandangan. feel dia mungkin lebih sikit kalau nak dibandingkan dengan hanya search and tanya pakcik google yang mungkin akan bagi jawapan dalam pelbagai versi. yang akhirnya buat korang sendiri bertambah pening.

 

jangan sia-siakan peluang yang ada sebab mungkin ramadhan ni ramadhan yang terakhir untuk kita. siapa tahu kan?