aku pompan jadi tak hairan lah kalau aku tak faham permainan bola sepak. yang aku tahu sepak, tendang, kejar, berebut pas tu sepak, sepak dan sepak lagi sampai masuk gol. malam tadi tengok bola kat kedai makan dengan abah, mama dan adek. makan kat Bakau D Muara2. on the way balik ke Bidor dari Segari kampung dedi ku yang tercinta. masa singgah tengok ramai gila orang tengah makan-makan sambil tengok bola. aku tak pikir sangat pasal bola dan aku jugak tak tengok bola. yang aku tengah pikir waktu tu adalah nasik, nasik dan nasik. Malaysia berjaya menyumbatkan bola tiga das menerobos gol Indonesia tanpa belas ehsan. sebagai sepisis manusia yang mempunyai hobi suka memerhatikan gelagat orang, aku tengok tiap-tiap kali gol, mesti ramai pelanggan yang tengah makan akan terjongkit ke hadapan. adakah mereka terkejut dengan pekikan gol tersebut lalu memberikan tindak balas sedemikian rupa atau adakah mereka sebenarnya begitu teruja dengan kejayaan pasukan Malaysia? aku pun tak tahu dan aku tak sempat nak berfikir lebih lanjut sebab dalam benak fikiran aku waktu tu adalah nasik, nasik dan nasik. waktu Malaysia menyumbat gol tu jugak aku tengok automatik penyokong-penyokong berdiri secara mengejut dari kerusi masing-masing. macam dicucuk-cucuk pulak bontot tu. haha. anyway. congrats for our Malaysian team.
demi memastikan anda dapat lihat dengan lebih jelas dan demi memastikan bahawa mata anda tidak terjejas fungsinya sila kelik pada rajah untuk tumbesaran. kredit untuk giant polar.
demi memastikan anda dapat lihat dengan lebih jelas dan demi memastikan bahawa mata anda tidak terjejas fungsinya sila kelik pada rajah untuk tumbesaran. kredit untuk giant polar.
No comments :
Post a Comment