Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 30, 2010

kasut

hari sabtu hari tu aku ada tengok cerekarama tajuk dia "kasut". cerita pasal dua orang budak yang tinggal bersama nenek dia yang miskin. si kakak nak beli kasut sekolah tapi tak ada duit. jadi dia ambil selipar nenek dia dan tampal pada kasut dia untuk cover bahagian bawah yang dah berlubang. entri kali ni aku nak cerita pasal kasut. kasut dengan perempuan memang tak boleh nak dipisahkan. bagi yang mementingkan gaya, mutu dan keunggulan fesyen kasut mesti seiring dengan peredaran zaman dan seiring dengan pakaian yang digayakan. aku pulak tak expert sangat pasal kasut. asal ada yang sedap mata memandang, aku sarung kan je. yang penting kasut yang aku pakai tu mesti serba guna. boleh pakai pergi kerja, boleh berjalan dengan selesa, boleh berlari jika terdesak dan boleh pakai waktu jejalan ronda-ronda. kira macam 4 in 1 lah.

aku tak tahu fesyen ni datang dari lubuk mana. untuk anda-anda yang suka main jengket-jengket sesuai la kot pakai kasut macam ni. [sumber : esempoi]

bagi anda yang teringin sangat nak rasa macam mana kalau berkaki kambing amat digalakkan pakai kasut ini. siap apa pistol lagi tu. sangat menjaga keselamatan. [sumber : esempoi]

ni pulak fesyen kaki kuda. pakej siap dengan ladam.[sumber : esempoi]

waktu sekolah dulu antara benda yang paling aku tak suka basuh kasut. aduhai. ya amat punya la malas aku rasa. lepas tu nak kena kapur kasut lagi. tiap-tiap minggu mesti mama aku akan jerit kat kita orang "dah basuh kasut ke belum ha??!". aisshh. nak tak nak kena juga basuh. tambah-tambah aku kan pompuan. jadi kalau kasut kotor nampak sangat huduh perangai. jatuh la nilai keperempuanan aku. aku ingat lagi kalau sekolah rendah dulu tiap-tiap hari isnin masing-masing smart je pergi ke sekolah. pakai kasut putih melepak-lepak gebu kene kapur. pas tu tengok la, tak sempat sampai tengahari elok je kasut tu kene pijak oleh insan-insan yang tak puas hati. huh. 

rindu pula kat zaman kasut sekolah. [pic grab from encik google]

sejak dari dulu lagi aku memang tak pandai pilih kasut. kalau aku nak beli kasut mesti aku ajak adek aku. tak pun abah aku yang pilih. tak pun mama atau tak pun kawan-kawan aku yang pilih. sebab apa? sebab aku memang tak reti nak pilih dan memilih. macam aku cerita sebelum ni. aku kan sepisis manusia yang tak  memilih. aku tak memilih makan, tak memilih pakaian. kasut pun macam tu juga. ikut dan je apa yang ada depan mata. tapi semalam 1st time dalam hidup aku beli kasut dengan berhemah. menakjubkan pulak rasa. walaupun kasut aku huduh tapi aku suka. sebab yang paling utama aku suka adalah kerana ia 4 in 1. huduh lain kira. kalau dah suka tak boleh nak cakap apa.   

taadaa! kasut aku mempunyai lubang-lubang oksigen yang banyak di sekeliling. semoga kaki aku dapat bernafas dengan selesa. i love my foot i love my shoes. ^^


sayonara sayonara sampai berjumpa lagi

hari ini hari khamis 30hb Disember 2010. hari terakhir bagi aku setelah berkelana mengais rezeki di celahan bangunan UPSI ini selama hampir 9 bulan lamanya. dua hari lagi masuk tahun baru. 1hb Januari 2011. kalau tarikh cantiknya ditulis dalam bentuk macam ni 1.1.11. tahun baru, kerja baru, tempat tinggal baru, jiran baru, housemate baru, officemate baru, kehidupan baru, semua serbi baru. dekat sini aku di tempatkan di sebuah bilik yang terasing daripada manusia-manusia lain. aku duduk sorang-sorang. pergi kerja sorang-sorang. makan sorang-sorang, perah idea sorang-sorang, cakap pun sorang-sorang. tak best. tapi yang best aku boleh tidur time tak ada kerja. bukan aku suka-suka nak tidur ya. boss aku yang bagi tidur kalau tak ada kerja. aku pun tidur la. kat sini aku juga boleh makan sesuka hati aku sambil goyang kaki tengok tv. kerja seterusnya aku tak tahu macam mana. hope boleh survive bila aku ada kat sana nanti. wehehe. Taiping i'm coming with love. ^^

okei. kat depan tu meja boss. hari-hari boss mengadap aku, aku mengadap boss. dekat sebelah kanan ada artifak segala kertas dan fail yang bertimbun tu adalah hasil kerja aku dan akan di pass kan kepada pengganti aku nanti.

harimau mati tinggalkan belang, dinasour mati tinggalkan tulang


sumber : fake science

rezeki dapat baby

bukan aku yang dapat baby tapi orang lain ya. tokwan dan makcik yang masing-masing berumur 94 tahun dan 50-an ni baru je dapat 1st baby bulan lepas. tokwan ni bagi tahu yang umur dia sebenarnya dah lebih dari 100 tahun tau. tapi doktor cakap dia dalam lingkungan 94 tahun. makcik ni berjaya melahirkan baby boy dia secara normal. baby dia pun normal lagi sihat sejahtera. tokwan ni hari-hari minum 3 liter susu, 1/2 kilo almond and 1/2 kilo ghee. doktor pun konpius macam mana tokwan ni boleh dapat baby dalam usia yang begitu senja. tapi semua tu rezeki Tuhan kan. kuasa di tangan Tuhan bukan di tangan doktor. 

hepi family

minum susu banyak-banyak ye nak.. nanti besar boleh sihat dan kuat macam bapak.

ala-ala anak mak tomey-tomey ni

kami dah dapat anak, anda bila lagi. ^^

sumber ilham : daily mail lagi

lukisan yang keterlaluan

tak ada apa yang boleh diungkapkan melainkan pekataan terlalu lalu real. tu je yang mampu aku ungkapkan. sila layankan keterlaluan yang melampau itu di bawah.

ini bukan gambar sampah tapi lukisan semata-mata

ni pun lukisan jugak

ini pun sama lukisan. termasuklah makhluk-makhluk pejalan kaki yang kecil-kecil tu. lukisan jugak.

disebabkan aku buta seni aku ingatkan pic tu dorang snap kat mana-mana. kredit untuk encik daily mail kerana anda menyedarkan diri ini.

berdua lebih baik

comel tak bear atau dalam bahasa Melayunya beruang ni? comel kan. patut la ada sesetengah orang cakap "eh! eh! comelnye. macam beruang." ni anak beruang di Taman Negara Alaska. aku pun ada jugak beruang. tapi beruang tu dah penyet sebab hari-hari adek aku bergusti dengan dia. okei. selamat mencomelkan mata anda dengan aksi-aksi beruang yang comel ini. enjoy!~ ^^

sebelum memburu main geletek-geletek dulu

penat geletek tengok mangsa pulak

berkongsi amalan mulia

bulat dan gebunye. geram i.

thank you encik daily mail

proud to be malaysian

adakah anda manusia yang dilahirkan di Malaysia? adakah anda penduduk Malaysia? jika ya, kompem anda semua berada dalam mood yang gembira kan. gembira ganda dua sebab yang pertama team bola Malaysia menang setelah 14 tahun menanti. lama tu. yang kedua kemenangan mereka adalah hadiah buat semua rakyat Malaysia. sebab apa? sebab mereka lah esok semua rakyat Malaysia cuti. best kan. harap-harap lepas ni team bola kita menang, menang dan menang lagi. nanti kita boleh cuti banyak-banyak kali. ^^
malam tadi tercari-cari juga julia perez. dengar cerita dia nak buat panahan laser dari baju dalam dia yang boleh mengancam dan menggugat mata orang yang tengok. kelakau la dia ni. secanggih-canggih ultraman pun guna tangan je. kalau  ultraman taro tengok mesti berdarah mata dia yang juling tu.

yeay! kita menang. next match harap menang lagi ye. disebabkan penjaga gol Malaysia berjaya menangkap dan menangkis bola dengan gaya yang gagah lagi macho, secara otomatik aksinya telah menjadi igauan gadis-gadis Malaya. kalau tak percaya sila tengok laman-laman sosial yang ada. semua pakat cair.  [pic grab from utusan]

Wednesday, December 29, 2010

seni main salji yang unik lagi kreatif

aku tak terfikir pun nak buat idea macam ni. lagi pun nak terfikir macam mana kalau tempat bersalji pun tak pernah nak jejak kaki. okei. ini adalah hasil kekreatifan seorang manusia dari German yang menghasilkan seni berasaskan salji. kreatif kan. jadi kepada anda-anda yang nak mencuba bolehlah kikis ais batu yang ada dan sila zahirkan ia sekreatif yang mungkin. mesti best.
nampak tak mata? orang tu hanya tambah mata je.

beliau sangat ensem. sungguh!

Assalamualaikum.

aku suka tengok mamat bawah ni sebab beliau sungguh ensem. [hoho]. anyway, this entry is about aquarium decoration was created by this ensem guy. aku tak tahu macam mana mata aku boleh nampak dia ensem padahal nampak dari sisi ja. haha. layan kan je. serius comel. serius cun. makhluk ciptaan Tuhan yang bernama manusia ini tersangatlah kreatif dan mempunyai otak yang tajam dalam menghasilkan karya yang diluar jangka. otak aku tak tergolong dalam kategori ini dan agak tumpul ya. mungkin sebab aku malas nak berfikir kot. sila layankan mata anda dengan hasil kreativiti seni akuarium yang tersangat superb ini. enjoy!~

nampak kool je. rasa macam nak duduk-duduk dalam akuarium ni
ini lah dia sipembuat seni yang kreatif tu. handsome tak? handsome kan. handsome macam akuarium. beliau ambil masa sampai 1 tahun untuk mencomelkan akuarium ni. menurut firasat aku beliau ini seorang yang penyabar dan teliti. kalau tak sabar dah lama pecah akuarium tu.


Tuesday, December 28, 2010

tips dan soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 PTD


nak kata tips pun rasanya macam bukan tips. cuma bagi aku kalau namanya pun exam kita kena prepare well kan. tapi aku tengok dalam komen-komen dari beberapa blog, ada juga diantara mereka yang tidak sempat nak prepare untuk exam tapi masih boleh lepas untuk pergi ke stage seterusnya. pada aku semua itu rezeki. bagi manusia-manusia yang tak lulus exam ptd 13hb Nov 2010 hari tu jangan putus asa okei. kecewa tu memang lah kompem akan kecewa tapi jangan jadikan kekecewaan itu sebagai penghalang kepada kita untuk berjaya.

okei sebelum aku pergi dengan lebih meleret-leret lagi lebih baik aku terus ke main point. aku pergi ambil exam hari tu pun sebab mama dan abah aku suruh. waktu tu aku memang tak sempat nak prepare apa-apa sebab banyak gila kerja kene settle, pergi dengan otak kosong. disini aku nak senaraikan beberapa soalan ptd yang berjaya aku ingat dan boleh dijadikan panduan untuk manusia-manusia diluar sana untuk jadikan sebagai panduan dan persediaan untuk exam bagi sesi akan datang. soalan ni bukan detail la ya. aku buat random and apa yang aku ingat ja.

BAHAGIAN A : PENGETAHUAN AM : 45 MINIT : 60 SOALAN
1. tentang mahkamah
2. aplikasi komputer - yang mana kita boleh download dengan mudah tanpa dikenakan sebarang bayaran.?[salah satu jawapan yang disenaraikan yang aku ingat freeware. tapi jawapan sebenar aku tak tahu apa sebab aku buta it. T.T]
3. siapakah pakar forensik dari Perancis
4. Anggota Asean+3
5. negara yang last sekali masuk pertubuhan ASEAN
6. slogan merdeka bagi tahun 2010
7. NKRA - keluar banyak soalan tentang NKRA
8. Pelan Transformasi - ni pun keluar banyak soalan
9. Budget 2010/2011 - keluar banyak jugak
10. fungsi SPA
11. berikut merupakan laman sosial kecuali ... 
     [A. facebook / B. twitter / C. flicker / D. tagged]
12. siapakah juara All England bagi tahun 2010 perseorangan lelaki 
     [A. lin dan / B. datuk lee chong wei / C. taufik hidayat D. tak ingat siapa]
13. pilih padanan yang tepat menteri dan juga bidang NKRA yang dipertanggungjawabkan.
14. talian umum yang digunakan bagi menyampaikan khidmat dan bantuan kerajaan 
     [A. 15666 / B. 15777 / C. 15888 / D.15999]
15. dasar-dasar kerajaan

BAHAGIAN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH : 40 SOALAN : 45 MINIT
serius bagi tahu yang soalan bahagian ni standard darjah enam. senang cerita standard sekolah rendah. serius tak tipu punya. antara soalan yang aku ingat :
1. antara pukul 11.10pagi hingga 11.10malam, berapa kalikah jarum jam panjang dan pendek bertemu?
2. Ali akan menyambut hari jadinya yang ke 18 pada 20hb Julai 2010. berapakah umurnya pada ketika itu?
3. waktu dan masa - Ahmad bertolak naik kapal terbang ke London pukul 8.00pagi dari Kuala Lumpur. masa yang diambil adalah 8jam. waktu bagi London adalah 6jam lewat dari Kuala Lumpur. pukul berapa Ahmad akan sampai mengikut kepada waktu tempatan?
4. Aminah jual komputer pada harga RM1500 sebuah dan printer pada harga RM300 sebuah. berapa keuntungan yang Aminah perolehi jika dia berjaya jual 10 buah komputer dan 5 buah printer?
5. 1jam parking kereta RM0.40, 2jam parking RM0.80, jam seterusnya akan dicas RM1 bagi setiap jam. berapakah harga yang perlu Abu bayar jika dia perking untuk tempoh 8jam.
6. peratusan
7. logik

satu soalan kena jawab dalam masa 1.125minit. jika lebih seminit maka anda amat disarankan agar menggunakan peluru tabur ya.

BAHAGIAN C : PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI : 20 SOALAN : 35 MINIT
esei pendek akan diberi dan jawab berdasarkan kepada esei yang disediakan

BAHAGIAN D : ESEI BAHASA MELAYU : 1 JAM : 3 SOALAN PILIH 1 : 300-500 PP
1. jenayah siber
2. MBE
3. penarikan subsidi

BAHAGIAN E : ESEI BAHASA INGGERIS : 1JAM : 3 SOALAN PILIH 1 : 200-300 PP
1. how to attract Malaysian overseas to come back and save the nation
2. encourage entrepreneurship among youths in Malaysia
3. how far the slogan "the customer is always right" is true

BAHAGIAN A : SAHSIAH DIRI : 40 MINIT : 200 SOALAN

BAHAGIAN B : MINAT : 20 MINIT : 227 SOALAN
minat ni ada soalan dia menjurus kepada teknikal, ada menjurus kepada penulisan, sains, pengiraan, muzik. soalan sama macam sebelumnya tak berubah. untuk seterusnya aku tak pasti.
1. saya pernah membaiki radio
2. saya pandai mengubah lagu
3. saya pernah menyertai pertandingan nyanyian
4. saya suka pokok
5. saya suka tumbuhan
6. saya suka melukis

untuk exam kali ni soalan lebih spesifik sebab mungkin lebih tertumpu kepada jawatan ptd. tapi exam untuk April lepas lebih berbentuk umum mungkin sebab melibatkan 41 jawatan.

apa-apa pun ni semua hanya panduan saja tau. kalau ada salah silap info, sori mori ya. kalau sesiapa yang nak ambil exam sesi akan datang prepare lah dari sekarang. jangan tunggu bila dah dapat panggilan baru nak study, lepas tu gelabah puyuh. 

kalau tak dapat panggilan untuk exam redha je la. rezeki ada kat mana-mana. yakin dengan kuasa Tuhan okei. 
~best of luck~ insyaallah ^^


Monday, December 27, 2010

anda gagal? releks jangan kalut-kalut

"gagal! gagal! gagal! aku dah bosan!"
kalau anda gagal jangan kalut-kalut. releks and kool okei. gagal ni banyak cabangnya. ada orang gagal dalam exam, gagal ambil lesen kereta, gagal bercinta, gagal memasak dengan sedap, gagal menggaru belakang badan dengan jayanya, gagal garu tapak kaki, gagal itu, gagal  ini dan banyak kali gagal. aku pun pernah jugak gagal. sejak dari kecil sampai ke besar kalau tak gagal itu bukan Mardiana lah namanya. dalam exam, kalau tak gagal memang tak sah [sebab aku bukan tergolong dalam golongan yang bijak bestari], lepas tu ambil lesen kereta, gagal jugak dapat markah tercorot pulak tu. tapi aku relek je. orang driving school siap baca markah aku kuat-kuat, siap gelak ramai-ramai, tapi aku kool. dalam otak aku waktu tu aku pikir, duit aku suka hati aku lah nak lulus ke gagal.  aku juga pernah gagal untuk dapatkan kerja. tapi macam biasa, aku sepisis manusia yang tak suka kalut-kalut. pada aku kalau kalut-kalut bukan benda boleh kembali kepada keadaan asal. lebih baik aku setel down secara berhemah tanpa mengkalutkan minda aku. tapi sikap terlalu kool aku ni kadang-kadang buat mama dan abah aku naik angin. sebab mereka cakap aku terlalu ambil mudah. ops! yeke? aku bukan ambil mudah tapi aku tak tunjuk kekalutan aku sebenarnya. 
ada tak orang yang tak pernah gagal? pada aku kejayaan yang paling manis untuk aku raikan adalah hasil daripada kebangkitan aku daripada kegagalan. sebab apa? sebab dari situlah aku akan betul-betul dapat rasai dan nikmati betapa kegagalan itu sebenarnya pendorong kepada kejayaan.

shooting dan boss

okei, bukan aku yang shooting ya tapi aku lalu je tempat orang bershooting. cuma aku nak tekankan disini kehadiran mereka amat mengganggu perjalanan lalu lintas kaki aku. aku ni dah la sepisis manusia yang hanya tahu menghala jalan satu hala je. tak reti nak belok-belok cilok-cilok jalan lain, lepas tu boleh pulak ada orang buat roadblok dekat tempat aku selalu lintas-lintas jalan-jalan nak pergi kerja. dan akibatnya aku telah terlewat sebab tersesat jalan. housemate aku dah berapa kali tunjuk jalan yang benar andai kata jalan yang aku selalu lalu tu dirodblok, tapi aku buat tak heran. adek aku pulak dah banyak kali bawa aku pusing-pusing satu kawasan tunjuk lorong-lorong tikus yang boleh aku susup, tapi sekali lagi aku macam biasa buat-buat lagi tak heran. dan akibatnya, nah! ambik. tersesat dan akhirnya aku tersampai lambat ke office. boss aku nampaknya mendahului aku. masuk ja office apa yang aku buat bagi mengkoolkan boss aku adalah tiga langkah sahaja. mula-mula bagi salam, lepas tu sengih-sengih and last terus buat kerja dengan begitu serius macam aku ni busy sangat-sangat dah. haha. taktik berjaya sebab boss aku dalam keadaan mood yang sangat baik mungkin sebab perot beliau sudah kenyang lalu beliau sangat hepi dan tak ada perasaan nak marah aku. terima kasih boss sebab tak marah saya yang cumil ini. ;p

actually boss aku adalah sepisis manusia merangkap boss yang tersangatlah baik. sepanjang aku kerja dengan beliau tak pernah sekali pun beliau marah kat aku. selain baik beliau juga sangat kool and sporting abeh. tapi ini minggu terakhir aku berkhidmat dan memerah otak untuk kerja-kerja beliau. next Monday aku kerja dengan boss baru di Taiping. okei warga Taiping sila sambut kehadiran aku dengan senyuman ya. i'm coming!~

go! go! go! goal!~

aku pompan jadi tak hairan lah kalau aku tak faham permainan bola sepak. yang aku tahu sepak, tendang, kejar, berebut pas tu sepak, sepak dan sepak lagi sampai masuk gol. malam tadi tengok bola kat kedai makan dengan abah, mama dan adek. makan kat Bakau D Muara2. on the way balik ke Bidor dari Segari kampung dedi ku yang tercinta. masa singgah tengok ramai gila orang tengah makan-makan sambil tengok bola. aku tak pikir sangat pasal bola dan aku jugak tak tengok bola. yang aku tengah pikir waktu tu adalah nasik, nasik dan nasik.  Malaysia berjaya menyumbatkan bola tiga das menerobos gol Indonesia tanpa belas ehsan. sebagai sepisis manusia yang mempunyai hobi suka memerhatikan gelagat orang, aku tengok tiap-tiap kali gol, mesti ramai pelanggan yang tengah makan akan terjongkit ke hadapan. adakah mereka terkejut dengan pekikan gol tersebut lalu memberikan tindak balas sedemikian rupa atau adakah mereka sebenarnya begitu teruja dengan kejayaan pasukan Malaysia? aku pun tak tahu dan aku tak sempat nak berfikir lebih lanjut sebab dalam benak fikiran aku waktu tu adalah nasik, nasik dan nasik. waktu Malaysia menyumbat gol tu jugak aku tengok automatik penyokong-penyokong berdiri secara mengejut dari kerusi masing-masing. macam dicucuk-cucuk pulak bontot tu. haha. anyway. congrats for our Malaysian team. 

demi memastikan anda dapat lihat dengan lebih jelas dan demi memastikan bahawa mata anda tidak terjejas fungsinya sila kelik pada rajah untuk tumbesaran. kredit untuk giant polar.

cita-cita : erkk!~ nak jadi apa ek?

Assalamualaikum.

oh! lama tak update. hari ni aku nak cerita pasal cita-cita. pasal apa aku nak cerita? sebab aku suka. kecil-kecil dulu cikgu mesti akan tanya "apa cita-cita kamu?". lepas tu masing-masing pun belumba-lumba lah nak jawab. ada yang nak jadi cikgu, ada yang nak jadi doktor, polis, bomba pun ada. kecuali aku yang agak blur waktu tu.  malas la nak lumba-lumba jawab. low profile je aku ni kecil-kecil dulu. dalam duk kalut pikir-pikir, tetiba kena pulak turn aku, aku pun dengan bangganya jawab nak jadi polis sebab ada sorang budak pompan ni mak dia polis. waktu tu yang aku tahu kerja polis tangkap-tangkap orang jahat. walaupun aku tak suka benda-benda ganas lagi lasak tambah-tambah bab tangkap menangkap ni, sebab aku ni sepisis manusia yang lemah lembut lagi sopan santun aku pilih jugak nak jadi polis. sebab apa? sebab mak budak tu polis. mula-mula aku pikir nak jadi macam mak aku. tapi mak aku surirumah, tak kan aku nak cakap nak jadi surirumah kot. waktu tu bagi aku apa pekerjaan bagi seorang ibu akan diwarisi oleh anak pompan begitu juga sebaliknya. kalau  ayah pula akan jadi ikutan si anak lelaki. disebabkan mak aku tak kerja maka aku pun curi lah kerja mak orang lain dan jadikan itu sebagai cita-cita aku. senang. tak payah pikir banyak.



waktu kecil-kecil  dulu aku juga pernah bercita-cita nak pakai baju kemeja berbutang di lengan ke sekolah. haha. kira cita-cita la jugak tu kan. sebab apa? sebab nampak smart dan kemas. aku pendam je cita-cita aku tu. nak dijadikan cerita cikgu offer aku jadi pengawas. aku tersangatlah gembira dan terima tanpa pikir panjang. sebab apa? sebab aku boleh pakai baju berlengan butang. tu je pun motif aku. huhu. bila ingat balik rasa macam ntah apa-apa ja.

 kure-kure yang bercita-cita nak mamam strawberi. yummy!~

bila dah masuk sekolah menengah cita-cita aku berubah. berkembang sejajar dengan perubahan minda aku.  cewah! mula-mula nak jadi doktor, tapi tak jadi sebab bila masuk hospital or kelinik, jiwa aku tak boleh nak ngam dengan benda-benda yang berkaitan dengan ubat-ubat, darah, suntik-suntik, cucuk-cucuk, bedah-bedah dan yang sewaktu dengannya. [alasan je ni]. lepas tu tukar lagi, nak jadi engineer tapi tak jadi jugak sebab jiwa aku tak ngam dengan benda-benda macam tu. [alasan lagi ni]. abah suruh jadi cikgu. tapi aku sangat tak suka sebab aku tak pandai nak ajar orang. aku sepisis manusia yang kalau bercakap suka jadikan ia sebagai ringkas. cakap laju pulak tu. lepas tu suka skip-skip. memang tak ada talent nak jadi pencerita dan pendidik yang bagus. apatah lagi nak mengajar. kalau orang dengar aku bercerita mesti orang tak dapat nak detect mana pemulaan, mana klimaks, tau-tau ja dah ending. sungguh bosan kot. lepas tu masuk u. dah masuk u baru aku tahu apa yang aku cari. tu dia. 20tahun lebih baru aku tahu apa cita-cita aku. T.T

Friday, December 24, 2010

oyeay!~ akhirnya

yeay. setelah 2 hari 2 malam aku menggerudi akhirnya siap jugak blog aku ni. blog yang tak berapa nak jadi macam blog sangat. tapi takpa. pelan-pelan kayuh. untuk permulaan, blog ni simple je. simple mcm tuan dia jugak lah. aku adalah sepisis manusia yang tersangatlah simple. kesimplelan aku telah menyebabkan adek aku naik rimas dengan aku. simple dari segi pakaian. aku rembat ja apa yang ada and sesimple yang boleh aku pakai. adek aku ugut kalau nak bejalan dengan dia pakai kemas-kemas jangan tangkap muat. huhu. aku akur. kalau pegi jalan-jalan aku amat memerlukan adek aku sebab aku fail kalau kena berdepan dengan bab-bab yang melibatkan lalu lintas ni. takut weh. simple dari segi makanan. aku jenis makan tak memilih. yang penting kena ada nasik, nasik dan nasik. aku suka sangat dengan nasik. obses dengan nasik. makan nasik best sebab boleh buat perot aku hepi. makan nasik jugak best sebab aku sepisis manusia yang makan banyak mana sekali pun berat aku tetap maintain selim melim. i like. ya! aku suka yang simple. semua yang simple aku suka. 

aku ada tengok macam-macam jenis blog yang wujud kat muka bumi ni. ada yang pasal IT, ada yang pasal pendidikan, hiburan, gosip menggosip, info-info pelik, macam-macam lagi lah. tu tak temasuk blog-blog yang tuan-tuan tanahnya bermuka cute mute. bila aku tengok, intai-intai baru aku  perasan yang Malaysian girls ni comel-comel belaka. kecuali aku yang agak tersasar jauh dalam kategori cute mute ni. weeeheehee!~