Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 13, 2016

tiga belas julai 2016


Assalamualaikum

Tahun ni tahun yang menunjukkan prestasi aku dalam dunia penulisan yang sangat teruk. Idea nak menaip dah tak berapa ada. Bila nak taip je mood jadi serius. Tak mampu nak melawak macam dulu. Tak mampu nak buat hati sendiri gelak ketawa. Mungkin sebab factor usia? Eh.

Betul orang cakap kalau nak buat blog ni korang kena ada minat. Kalau tak minat tapi nak buat jugak blog alamatnya ke lautlah blog korang tu nanti. Bila korang ada minat maka feel nak buat entri akan datang dengan sendirinya. Factor masa pun sama jugak. Nak nak pulak bila korang dah beranak pinak. Kadang tak sempat nak update apa-apa entri even korang sebenarnya ada banyak idea nak bubuh dalam blog tu.


Okei lah. Tak mahu membebel.
Dah la lama tak update blog.
Lepas tu nak membebel dah kenapa. Huhu.
Bila nak update rasa macam malu-malu pulak. Heh. 




Wednesday, June 15, 2016

di mana Allah?


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang sedang termenung dan bermenung. Dan holla kepada encik-encik hemsem yang tengah berpikir tentang bakal zaujah dari masa depan. Huhu. Sempena bulan puasa ni korang berdoalah banyak-banyak.

Semoga apa yang korang impi dimakbulkan Tuhan.
Jangan putus asa.
Berdoa dan yakinlah Allah akan bagi yang terbaik untuk korang.
Pasangan yang korang idamkan. Yang korang impikan.  
InsyaAllah.

Allah sentiasa ada bersama kita. Dan adakalanya ada yang bertanya, dimana Allah?

Allah sentiasa ada dimana sahaja. Bersama sentiasa dengan kita. Sentiasa perhati. Sentiasa lihat. Sentiasa dengar. Sentiasa tahu tentang apa saja yang kita buat. Allah Maha Hebat. Bahkan Allah begitu hampir iaitu lebih hampir dengan urat leher kita. Oleh itu kita kena sentiasa buat perbuatan baik. Buat sesuatu yang Allah sukai.


Bila kita yakin, makin hari kita akan jadi orang baik. Allah utuskan malaikat yang sentiasa catat segala perbuatan kita. Bayangkan Allah sentiasa perhatikan perbuatan kita. Tiada yang terselindung. Tiada yang tersembunyi. Kita akan sentiasa buat baik dan tidak akan berbuat jahat. Bila kita rasa Allah sentiasa ada dengan kita, kita akan tundukkan pandangan kita. Contohnya kita bekerja. Kerja adalah amanah dari majikan. Kalau kita ingat Allah ada dengan kita, maka kita akan jadi pekerja cemerlang. Macam tu jugak dengan anak yang baik. Jangan sesekali cuba buat sesuatu yang boleh mengguris perasaan orang tua.

Sentiasalah berbuat baik dan sentiasalah bersangka baik.
Kerana Allah sentiasa ada hampir dengan kita.

Untuk korang yang sedang mencari orang yang tersayang dari masa depan. Allah sentiasa ada dengan kita. Kerapkanlah berdoa walau dimana saja. Berniat baik kerana Allah Taala. Nak nak pulak waktu bulan puasa ni. Jangan lepaskan peluang yang ada.

Okei. Aku nak sambung kerja jap.
Nanti ada masa kita jumpa lagi.
Huhu.




Tuesday, June 7, 2016

Didi and Friends


Assalamualaikum

Hai mak-mak cantik. Mama-mama jelita. Ibu-ibu menawan dan bonda-bonda yang rupawan. Dan holla kepada ayah-ayah tegap. Yang gagah lagi perkasa sekalian. Korang tengah buat apa tu? Tengah layan nyanyi lagu didi dalam hati ke? Aku bet korang mesti pernah ternyanyi lagu didi tanpa sengaja kan? Huhu.

Asal kejadian, aku tak tahu pun tentang kewujudan didi and friends ni. Sampailah pengasuh baby aku cakap yang my baby suka sangat tengok didi and friends. Gigih aku google. Sepisis makhluk apa la didi and friends tu.




At first aku ingatkan didi and friends tu adalah sejenis makhluk burung. Rupe-rupenye mereka itu adalah ayam. Comel okei. And then aku pelik tengok Pak Atan. Kenapa nama dia Pak Atan? Kenapa bukan Pak Abu? Atau bukan jugak Pak Ali? Rupe-rupenye Pak Atan tu adalah sejenis makhluk yang namanya Orang Utan. Huhuhu. Naif sangat mama kamu ni baby.

Aku suka layan lagu didi and friends. Waktu bekerja. Kat rumah. Waktu memandu. Bila nyanyi lagu didi and friends aku mesti teringat kat anak aku dan aku rasa dia sentiasa ada dekat.

Okei. Tu je aku nak cerita.
Boring?
Korang doakan la semoga aku boleh kembali ke zaman berblogging dengan gemilang macam dulu.
Bukan senang nak start bila dah lama tinggal kamu tahu tak. Huhu. 
Sobs! 




Friday, April 22, 2016

rasa yang terakhir


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang selalu pendam perasaan. Yang selalu bercakap dalam hati. Dan holla kepada encik-encik hemsem sekalian yang susah nak cerita apa yang dirasa. Memendam perasaan adakalanya boleh buat korang jadi derita. Derita senyap-senyap. Sangat sakit kamu tahu. Huhuhu.

Kita tak tahu bila dan dimana pengakhiran itu akan berlaku. Dan biasanya kita tak akan ambil tahu dan jarang nak ambil tahu kerana kita seringkali beranggapan bahawa sesungguhnya kisah hidup kita dan luahan rasa dari dia akan terus ada sampai bila-bila. Sampai selamanya.

Rasa yang terakhir.

Tit! Tit! *mesej diterima.

I love you.


Teringat tentang kisah seorang wanita ditembak mati dengan tragis oleh seorang pengawal bank. Dan mesej terakhir kepada sang suami sejurus sebelum kejadian adalah “abang cintakan saya tak?”. Soalan tidak dijawab kerana sang suami beranggapan itu hanya soalan rutin yang biasa diajukan oleh isterinya. Si siiteri meneruskan kerja dipejabat dan beberapa minit kemudian…

Bang!

Itu bunyi tembakan padu. Tepat ke muka. Lalu siisteri  pergi menemui Illahi tanpa sempat mendengar jawapan dari suami tercinta.

Okei readers. Dah lewat malam ni. Sebelum tidor tatap wajah partner dan luahkan rasa cinta yang ada. Kalau dia tidor korang kejut je. And kiss kiss sikit. Romantic kan aku ni. Huhuhu.

Seronoknya kawen ni oii.




dua puluh dua april 2016


Assalamualaikum

Selamat malam. Bentang toto depan television. Television pun atas pemberian ehsan dari mother in law. Bersyukurlah. Huhu. Aku baring lalu capai handphone.

*tap tap tap* taip mesej.

Selamat malam b.
Love you.

Lalu mata dipejamkan rapat-rapat. Otak dipujuk supaya jangan lawan fitrah kejadian malam. Rasa sangat mengantuk. Moga-moga Allah kurniakan nikmat tidor untuk malam ini.


Terjaga dari tidor.

Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Aku bedoa semoga Allah hapuskan memori lepas. Memori yang menyakitkan. Yang sangat-sangat menyakitkan.

Tidor sambil tengok muka anak yang sedang lena adalah antara ubat yang paling mujarab untuk melupakan tentang perkara silam.

Good nite readers. Tidor baik-baik.




Monday, March 28, 2016

plagiarism


Assalamualaikum

Selamat tengahari. Jam menunjukkan tepat pukul 12.17 minit tengahari. Boss tak ada. Bila boss tak ada itu ada masa yang paling tepat untuk kita berhorey-horey. Baiklah. Untuk gadis-gadis comel, anda tidak digalakkan untuk bergembira secara berlebihan kerana dibimbangi reputasi dan nilai saham anda akan jatuh dengan kadar yang cepat.

Jadilah seperti aku. Sebut horey dalam hati je. Bila boss cakap nak pergi outstation aku senyum lebar. Lebar dan penuh dengan makna yang mendalam. Hahahaha. Eh. Jap. Aku harap sangat boss aku tak baca blog aku ni. Aku bukan ngulat apatah lagi kutuk boss. Tak baik tahu kutuk-kutuk orang yang tak berdosa dengan kita. Aku cuma senyum ja. Senyum kan sedekah. Lagi lebar senyuman tu lagi banyaklah sedekahnya. Ye dak? Huhuhu.


Aku harap hari ini adalah hari pemulaan yang baik untuk aku update entri untuk blog ini. Dah lama sangat aku tinggalkan korang tanpa nafkah. Kesian kat korang hidup terbiar tanpa entri yang latest dari aku kan? Huhu.

Aku terperasan tentang sesuatu. Dulu waktu aku mula-mula buat blog aku rasa blogger yang suruh mintak izin sebelum ambik apa-apa bahan dari entri dorang adalah salah satu daripada ciri-ciri blogger yang perasan dan syok sendiri. Haha. Hekeleh. Eksyen pulak aku time tu. Pada aku benda tu benda kecik kot. Buat apa nak marah orang ambik and kopi paste entri dia. And then masa berlalu, sampailah aku terbaca satu artikel dari salah satu web terkenal. Wuwuwuw. Sangat sedih bila apa yang dicatatkan didalam artikel tersebut adalah serupa macam mana yang ada dalam entri aku yang terdahulu. Entri waktu zaman gemilang aku. Bapak pecah hati ni. Dah la tak bagi kredit. Wuwuwu.

Okeilah.
Aku nak sambung urut otak jap.
Tetibe rasa pening.




Friday, February 19, 2016

trauma

Assalamualaikum

Selamat pagi. Hai gadis-gadis comel yang sedang mengalami kecederaan emosi. Dan holla kepada encik-encik hemsem yang luka perasaannya. Huhuhu. Luka dan cedera boleh buat kita jadi derita kamu tahu. Derita samada sekejap atau sepanjang hayat.

Trauma.

Trauma adalah rasa terkejut atau terganggu fikiran yang amat sangat yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dan berpanjangan. Yang boleh menyebabkan korang rasa takut. Takut yang bukan sikit punya takut.

Perasaan trauma ni biasanya jadi bila rasa gembira kita direnggut secara tiba-tiba. Kesan trauma boleh buat korang rasa tak mahu nak hadap dunia nyata. Rasa tak adil. Rasa macam kenapa semua ni aku yang kena hadapi. Kenapa aku. Apa salah aku. Semua persoalan akan timbul secara tiba-tiba.

Aku tak terkecuali dari trauma. Sejak aku mengandungkan anak syurga sampailah dia selamat lahir ke dunia, aku mengalami trauma yang super dasyat. Pada mata mereka aku nampak biasa-biasa. Hidup macam tak ada apa-apa. Tapi hakikatnya dalam hati aku dah lebih setempayan air mata aku berjaya tadah. Huhuhu. Perasaan macam kena hempas berkecai. Harapan macam dunia nak kiamatnya rasanya. Dan keadaan itu berterusan hingga sekarang dan mungkin hingga penghabisan nyawa aku agaknya.

https://www.google.com/imgres?imgurl=http://289599298.r.lightningbase-cdn.com/wp-content/uploads/2014/03/Premature-Baby.png&imgrefurl=http://www.noyodecia.com/who-care-of-the-preterm-and-or-low-birth-weight-newborn.html&h=323&w=500&tbnid=LdXXBgmG71cdAM:&docid=J0zuboQ59Rm5AM&ei=BM_GVu79HofB0gSgk5CYAg&tbm=isch&ved=0ahUKEwjuj9qisYPLAhWHoJQKHaAJBCMQMwh4KFAwUA

Dear you babyku sayang.
Mama tak akan biarkan baby tempuh segala duka sorang-sorang. Mama akan sentiasa ada untuk baby. Baby jangan bimbang. Kita ada Allah. Dan Allah sentiasa ada untuk kita.

Dear you baby. Gula-gula hatiku sayang.
Jujurnya kadang-kadang mama sangat kecewa dengan mulut dan perbuatan manusia. Yang sesuka hati melemparkan tuduhan kata-kata sinis dan nista. Tidakkah mereka tahu bahawa sesungguhnya semua ini ujian dari Tuhan Yang Maha Esa. Siapa mereka yang gemar bertindak sebagai hakim dunia? Allah. Kesian mereka.

Tapi tak apa sayang.
Mereka tak faham dan mereka sesekali mungkin tidak akan faham tentang apa yang kita rasa.

Yang benar.
Mamamu yang comel untuk anakku yang tersayang.
Muah. 




Wednesday, February 17, 2016

maaf readers. bukan aku sengaja


Assalamualaikum

Selamat petang yang rasanya panas membahang. Macam biasa nanti mesti akan ada orang cakap itu baru panas dunia belum lagi kalau panas neraka. Kalau tak nak masuk neraka jangan la buat dosa. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang sedang berblogging. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang suka stalk blogger comel. Aku tengok bilangan followers aku berkurangan. Dari 82 drop jadi 77. Dah la followers tak ramai. Lepas tu berani pulak korang berpaling tadah dengan aku. Cis.

Lepas tu bila aku buat research kat blog sendiri baru aku perasan sesungguhnya blog aku ni dah lama gila tak update entri. Last sekali bulan lepas. Tu pun sebab ZALORA. Huahua. Kesian kat followers aku. Terabai nafkah minda. Tak apa. Korang jangan ambik hati merajuk-rajuk and tinggalkan aku tau. Kasihanilah diriku yang lemah lagi hina dina ini.




Aku bukan saja-saja tak mahu update entri. Aku kalau nak update emosi kena hepi-hepi gitu. Tapi buat masa sekarang aku mengalami masalah berkaitan dengan baby. Sangat tragis kalau aku nak cerita kat korang. Baby aku tu nampak je biasa-biasa. Tapi hakikatnya baby aku luar biasa. Tsskkk.

Okeilah. Tak mahu cerita lebih-lebih. Kang tetibe hingus aku menitik-nitik depan skrin computer ni ada korang nak tolong lap? Tak kan?

Huuuuu. Sobs.
Nangis dalam hati.



Tuesday, January 19, 2016

koleksi jam tangan online



Assalamualaikum

Tik! Tik!
Tik! Tik!
Tik! Tik!


Manja kan gambar diatas. Pakai jam sedondon sambil manja-manja ditepi pintu. Sweet sangat. Huhuhu. Mohon jangan tiru aksi tersebut melainkan jika hubungan anda adalah sah dari segi syarak. Huahua. Okeh. Berbalik ke topik asal. Itu adalah bunyi jam. Bukan bunyi air hujan menitik-nitik. Apatah lagi bunyi air mata. Nampak sangat tak logic gayanya. Orang cakap jam melambangkan personality bagi setiap manusia. Dari jam jugak kita boleh tengok kerjaya mereka bagaimana. Dan dari jam jugak boleh menerbitkan perasaan dan rasa cinta. Huhu.

Jam ada macam-macam jenis. Tapi aku rasa kebanyakan dari korang mana nak tahu jenis-jenis koleksi jam tangan yang wujud kat muka bumi ni kan? Ececeh. Jangan malu-malu nak ngaku. Huhu.  


Kebanyakan daripada kita pakai jam tangan jenis analog. Korang tahu jam analog tu apa? Meh sini meh. Duduk dekat sikit dengan skrin. Jam analog tu maksudnya jam yang hanya ada dua jarum yang menandakan jam (jarum pendek) dan minit (jarum panjang). Dan jam jenis ini biasanya tak ada apa-apa fungsi khas dan rekaannya adalah yang paling asas.


Jam tangan kronograf. Canggih kan nama jam tangan ni. Jam ni jenis jam yang mana mekanismenya lebih kompleks dan bacaan lebih lengkap. Dalam skrin jam tu korang boleh tengok beberapa paparan berbeza. Canggih kan?


Dan yang terakhir pulak ada jam tangan jenis digital. Jam tangan ni paparan pada skrin adalah jenis bernombor dan lengkap dengan beberapa fungsi tambahan. Orang perempuan jarang pakai jam tangan jenis macam ni. Tak feminin katanya. Huhu.

Cik. Boleh saya tahu sekarang pukul berapa?

Dari jam jugak perkenalan boleh bermula.
Woaha!

Untuk korang yang masih mencari cinta apa kata korang cuba kaedah ni. Mana tahu ada rezeki jumpa jodoh. Dan jangan lupa bila dah berjaya hadiahkanlah sidia seutas jam tangan sebagai tanda hadiah perkenalan kepada bibit-bibit cinta. Kat ZALORA ada banyak jam tangan lawa-lawa belaka. Serius.

Kreatif dan romantikkan idea aku ni.
Oh ya. Apa kata balik kerja nanti korang try lepak-lepak dengan suami dekat tepi pintu macam gambar kat atas. Komfem suami korang ingat korang nak buang tebiat. Haha.
Okeh. Tak lawak. Aku nak sambung buat kerja ni.