Assalamualaikum
Selamat tengahari. Jam menunjukkan tepat pukul 12.17
minit tengahari. Boss tak ada. Bila boss tak ada itu ada masa yang paling tepat
untuk kita berhorey-horey. Baiklah. Untuk gadis-gadis comel, anda tidak
digalakkan untuk bergembira secara berlebihan kerana dibimbangi reputasi dan
nilai saham anda akan jatuh dengan kadar yang cepat.
Jadilah seperti aku. Sebut horey dalam hati je. Bila boss
cakap nak pergi outstation aku senyum lebar. Lebar dan penuh dengan makna yang
mendalam. Hahahaha. Eh. Jap. Aku harap sangat boss aku tak baca blog aku ni. Aku
bukan ngulat apatah lagi kutuk boss. Tak baik tahu kutuk-kutuk orang yang tak
berdosa dengan kita. Aku cuma senyum ja. Senyum kan sedekah. Lagi lebar senyuman
tu lagi banyaklah sedekahnya. Ye dak? Huhuhu.
Aku harap hari ini adalah hari pemulaan yang baik
untuk aku update entri untuk blog ini. Dah lama sangat aku tinggalkan korang
tanpa nafkah. Kesian kat korang hidup terbiar tanpa entri yang latest dari aku
kan? Huhu.
Aku terperasan tentang sesuatu. Dulu waktu aku
mula-mula buat blog aku rasa blogger yang suruh mintak izin sebelum ambik apa-apa
bahan dari entri dorang adalah salah satu daripada ciri-ciri blogger yang
perasan dan syok sendiri. Haha. Hekeleh. Eksyen pulak aku time tu. Pada aku
benda tu benda kecik kot. Buat apa nak marah orang ambik and kopi paste entri
dia. And then masa berlalu, sampailah aku terbaca satu artikel dari salah satu
web terkenal. Wuwuwuw. Sangat sedih bila apa yang dicatatkan didalam artikel
tersebut adalah serupa macam mana yang ada dalam entri aku yang terdahulu. Entri
waktu zaman gemilang aku. Bapak pecah hati ni. Dah la tak bagi kredit. Wuwuwu.
Okeilah.
Aku nak sambung urut otak jap.
Tetibe rasa pening.
No comments :
Post a Comment