Assalamualaikum
Selamat pagi.
Hai gadis-gadis comel yang sedang mengalami kecederaan emosi. Dan holla kepada
encik-encik hemsem yang luka perasaannya. Huhuhu. Luka dan cedera boleh buat
kita jadi derita kamu tahu. Derita samada sekejap atau sepanjang hayat.
Trauma.
Trauma adalah
rasa terkejut atau terganggu fikiran yang amat sangat yang boleh meninggalkan
kesan yang mendalam dan berpanjangan. Yang boleh menyebabkan korang rasa takut.
Takut yang bukan sikit punya takut.
Perasaan trauma
ni biasanya jadi bila rasa gembira kita direnggut secara tiba-tiba. Kesan
trauma boleh buat korang rasa tak mahu nak hadap dunia nyata. Rasa tak adil.
Rasa macam kenapa semua ni aku yang kena hadapi. Kenapa aku. Apa salah aku.
Semua persoalan akan timbul secara tiba-tiba.
Aku tak
terkecuali dari trauma. Sejak aku mengandungkan anak syurga sampailah dia
selamat lahir ke dunia, aku mengalami trauma yang super dasyat. Pada mata
mereka aku nampak biasa-biasa. Hidup macam tak ada apa-apa. Tapi hakikatnya
dalam hati aku dah lebih setempayan air mata aku berjaya tadah. Huhuhu.
Perasaan macam kena hempas berkecai. Harapan macam dunia nak kiamatnya rasanya.
Dan keadaan itu berterusan hingga sekarang dan mungkin hingga penghabisan nyawa
aku agaknya.
Dear you babyku sayang.
Mama tak akan
biarkan baby tempuh segala duka sorang-sorang. Mama akan sentiasa ada untuk
baby. Baby jangan bimbang. Kita ada Allah. Dan Allah sentiasa ada untuk kita.
Dear you baby.
Gula-gula hatiku sayang.
Jujurnya
kadang-kadang mama sangat kecewa dengan mulut dan perbuatan manusia. Yang
sesuka hati melemparkan tuduhan kata-kata sinis dan nista. Tidakkah mereka tahu
bahawa sesungguhnya semua ini ujian dari Tuhan Yang Maha Esa. Siapa mereka yang
gemar bertindak sebagai hakim dunia? Allah. Kesian mereka.
Tapi tak apa
sayang.
Mereka tak faham
dan mereka sesekali mungkin tidak akan faham tentang apa yang kita rasa.
Yang benar.
Mamamu yang
comel untuk anakku yang tersayang.
Muah.
Trauma memang lama untuk sembuh.Tapi bila ada Mama yang penyayang,inn syaAllah segera sembuh.
ReplyDeleteterima kasih. semoga semua derita itu cepat berlalu pergi. ^^
Delete