Assalamualaikum
Selamat petang
yang rasanya panas membahang. Macam biasa nanti mesti akan ada orang cakap itu
baru panas dunia belum lagi kalau panas neraka. Kalau tak nak masuk neraka
jangan la buat dosa. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang sedang berblogging. Dan holla
kepada hemsem-hemsem yang suka stalk blogger comel. Aku tengok bilangan followers
aku berkurangan. Dari 82 drop jadi 77. Dah la followers tak ramai. Lepas tu
berani pulak korang berpaling tadah dengan aku. Cis.
Lepas tu bila
aku buat research kat blog sendiri baru aku perasan sesungguhnya blog aku ni
dah lama gila tak update entri. Last sekali bulan lepas. Tu pun sebab ZALORA. Huahua.
Kesian kat followers aku. Terabai nafkah minda. Tak apa. Korang jangan ambik
hati merajuk-rajuk and tinggalkan aku tau. Kasihanilah diriku yang lemah lagi hina dina ini.
Aku bukan
saja-saja tak mahu update entri. Aku kalau nak update emosi kena hepi-hepi
gitu. Tapi buat masa sekarang aku mengalami masalah berkaitan dengan baby. Sangat
tragis kalau aku nak cerita kat korang. Baby aku tu nampak je biasa-biasa. Tapi
hakikatnya baby aku luar biasa. Tsskkk.
Okeilah. Tak mahu
cerita lebih-lebih. Kang tetibe hingus aku menitik-nitik depan skrin computer ni
ada korang nak tolong lap? Tak kan?
Huuuuu. Sobs.
Nangis dalam hati.
No comments :
Post a Comment