Assalamualaikum
Selamat tengahari
kepada pencinta air mata dan selamat tidor buat pencinta taik mata. Waktu tengahari
ni kalau dapat tidor agak syok jugak. Tapi time kerja mana boleh tidor nanti
kena lempang dengan boss.
Air mata. Orang perempuan
teman tapi mesra dorang selalunya air mata. Orang lelaki pulak banyak yang
pendam rasa. Eceh. Tapi tak ramai kot lelaki macam tu zaman sekarang ni. Dorang
sekarang dah advance. Tak main la keluar air mata. Keluar pisau. Cucu-cuck perut
dalam dua tiga kali. Sattle. Baru nampak gagah macam pahlawan. Ye tak?
Tapi kalau ada
jugak lelaki yang keluar air mata sebab perempuan pulak macam mana? Oh. Orang cakap
kalau lelaki menangis sebab perempuan dorang akan nampak sangat dungu. Hei. Tak
baik korang cakap lelaki dungu tau. Cian kat dorang. Dorang pun ada perasaan nak
nangis-nangis jugak.
Kalau tengah
bercinta orang selalu buat statement bahawa barang ada mana-mana lelaki yang
mengeluarkan air mata kerana perempuan maka itu tandanya lelaki itu sangat
menyayangi perempuan tersebut.
Wah. Wah. Sangat
sweetkan statement macam tu. Tapi sejauh mana kebenaran itu hanya tuan mata dan air mata tu saja yang tahu nilainya. Peace. Mari hidup dengan aman bahagia dan dilimpahi dengan kasih sayang. Jangan biarkan air mata menitik tanpa pedoman. Sakit tahu.
Kelip-kelip api di kapal,
Anak Belanda pasang pelita,
Air mata jatuh ke bantal,
Baru sedar menaggung derita