Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 29, 2014

dua puluh sembilan disember 2014


Assalamualaikum

Korang mesti tak percaya kan kalau aku bagitahu kat korang yang aku sebenarnya tengah baring atas kerusi ofis sambil menaip entri untuk hari ni. Kaki pulak aku letak kat atas motherboard. You see. Betapa kecik molek comel cutenya aku, sampaikan aku boleh baring-baring atas kerusi ofis. Syurga sangat kamu tahu. Nak nak pulak dengan teknik ini jugak orang lain tak perasan akan kewujudan aku kat sini. Bhaha. Nak nyorok pun boleh. Syurga. Syurga.

Eh. Eh. Tapi korang jangan silap sangka pulak. Aku bukan tak buat kerja. Aku rehat-rehat je. Sambil rehat aku cari idea nak update entri. Aku sebenarnya suka baca entri-entri aku yang lepas. Dah baca aku gelak-gelak kecik. Rasa kelakar dan cute sangat diri ini. Huhu. Mesti korang menyampah kan? Tak baik tahu menyampah kat aku. Tuhan tak suka.


Aku tak tahu la aku ni sebenarnya semakin tua ke atau semakin meningkat dewasa. Aku tak paham kenapa aku dah tak boleh nak buat entri yang macam dulu-dulu. Yang boleh buat aku gelak-gelak. Yang boleh buat aku hepi. Walaupun hakikatnya tak ada isi menarik pun. Dan macam biasa ayat semua macam bangang je bila baca. Huhu.

Tak apa lah. Aku tengah cuba nak sedut aura kegemilangan aku dulu.
Slruuppppp!




Thursday, December 18, 2014

aku kerja biasa-biasa. hina sangat ke aku ni?


Assalamualaikum.

Wei. Tu sampah tu. Tak nampak ke?

Mata dikerling dengan tajam. Dengan mimik muka yang angkuh. Nak tak nak terpaksa juga manusia yang dihina itu menjalankan tugas hakiki. Membersihkan sisa sampah yang dinyahkan oleh manusia durjana. Sampah dicelah kaki. Senyum sinis dilemparkan sambil dihenyak sampah itu ke tanah rapat-rapat.

Celaka betul manusia ini. Apa hina sangat ke kerja aku?


Cerita tamat.




Wednesday, December 17, 2014

rindu zaman dulu : jiran cina


Assalamualaikum

Nama jiran aku Ah Siang. Kakak dia nama Ah San. Mak dia nama Anya. Bapak dia nama Uncle. Ah Siang adalah jiran aku yang tak berubah kedudukan koordinat rumah dia sejak 30tahun dahulu. Muka dia ada iras Nobita. Waktu aku kecik-kecik dulu aku ingat Ah Siang ni adalah kelahiran seorang Nobita in real life.

Tapi bila dah besar persepsi aku berubah. Seiring dengan perubahan fizikal barangkali. Tapi kali ini muka dia lebih iras kepada Sunyo versi pakai kaca mata. Hahaha. Walaubagaimana pun dia pandai. Tak macam aku. Pandai makan tidor, makan tidor lepas tu berak. Huh. Apa pun tak boleh. 

Jiran-jiran aku semua berbangsa Cina. Famili aku satu-satunya generasi Melayu tunggal yang ada kat situ. Tak berubah. Tetap sama hingga sekarang. Sejak mama dan abah berpindah pada awal tahun 1980an. Kecik-kecik dulu kawan aku cakap muka aku macam cina. Aku nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tak berasas tu. Aku cakap aku bukan cina. Muka aku muka jepun. Sejak dari tu kawan aku dah tak kawan dengan aku. Hahaha. Terkejut barangkali.



Aku ingat lagi. Waktu darjah dua. Subjek bahasa melayu. Cikgu aku perempuan. Comel gila. Lawa pulak tu. You see. Darjah dua pun aku dah pandai menilai kecantikan dan kecomelan seorang wanita. Bijak macam sang kancil kan aku ni? Tapi aku konpius. Kenapa dia ada misai. Aku tanya dalam hati je la. Aku pendam, peram dan simpan persoalan tu sampailah umur aku masuk 20an. Dan akhirnya persoalan itu terjawab. Huhu.

Korang tahu tak, dulu aku kena buat karangan tajuk "jiran saya". Lepas buat karangan, student naif macam aku kena baca kat depan. Cis. Malu kamu tahu. Aku tengok kawan-kawan aku jiran dorang semua melayu. Masing-masing nama Ahmad dan Abu. Pelik betul aku. Dorang ni semua berjiran yang sama ke. Ahmad dan Abu rumah di tengah-tengah. Maka kawan-kawan aku rumah dorang disekeliling rumah Ahmad dan Abu barangkali. Aku kena ejek sebab jiran aku nama Ah Siang. Aku cakap Ah Siang ni melayu. Huhuhu. 

Kat rumah aku bekawan dengan adik beradik je. Dan dengan jiran aku Ah Siang dan Ah San. Tu je la komuniti muhibbah yang wujud sejak dari kecik. Dorang pun tak bekawan dengan orang lain. Time tengahari dorang datang rumah. Main nyurok-nyurok dalam almari mama aku. Mama redha.

Okei. Cerita aku bosan kan?
Aku stop dulu. 
Huh.





Tuesday, December 16, 2014

malu jadi pemalu


Assalamualaikum

Selamat petang. Sekarang jam menunjukkan tepat pukul1 petang. Masa untuk cari tempat bagi membina sebuah mahligai berbentuk sarang bagi tempoh 60 minit ke hadapan. Hai gadis-gadis comel. Gadis comel akan bertambah comel kalau ada sifat malu. Bagi kakak-kakak jelita, kejelitaan itu makin menjadi-jadi tatkala korang selang-selikan dengan sifat malu-malu. Dan untuk abang-abang tegap, malu untuk kategori lelaki seperti anda boleh menyebabkan hati bakal ibu mentua akan cair. Oh ya. Tapi ingat. Malu pun haruslah disertakan dengan kepulan duit. Baru nampak seiring. Segak, gagah, tegap, malu-malu dan kaya. Wah. Perfect sangat!

Malu. Malu itu apa?

Malu itu adalah perasaan. Kalau korang tak malu maknanya korang tak ada perasaan. Malu sangat penting untuk manusia. Dan dah memang jadi naluri setiap manusia untuk ada perasaan malu. Suatu anugerah dari Tuhan.


Kadang-kadang tahap malu itu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Di pengaruhi dengan cara bagaimana kita dibesarkan. Ada setengah orang dia rasa sangat-sangat malu. Terutamanya kalau dia terpaksa berhadapan dengan orang ramai. Orang macam ni dia berasakan keadaan sekeliling memerhatikan setiap gerak gerinya. Padahal tak ada siapa pun tengok dia. Huhu. Orang macam ni sebenarnya bukan pemalu tapi dia boleh dikategorikan sebagai orang yang perasan lebih-lebih. Buat relek buat peace sudahlah kan? Baru hidup aman tanpa was was.

Nak rasa malu boleh tapi perlulah kena dengan gaya, tempat, mutu dan keunggulannya. Ni kalau nak order makan pun tersipu-sipu malu. Jadah napenya? Baik pergi masak je kat rumah. Ramai lagi orang tunggu turn kot. Hoih.




Monday, December 15, 2014

maybank #ilove campaign


Assalamualaikum

Selamat berhujung tahun. Hujung tahun macam ni biasanya macam-macam agenda menarik yang dirancang. Dan antara benda yang paling sinonim dengan manusia bila nak tiba hujung tahun ini adalah berkaitan dengan azam. Kalau tanya aku tiap tahun azam aku nak cari pewaris kecomelan. Rasanya dah empat tahun kot aku duk renew azam yang sama tanpa rasa jemu tanpa rasa malu. Hihu. Dan alhamdulillah pewaris kecomelan tu ada dalam perut ni. Yeah. Senyum lebar-lebar.

Dan untuk korang yang nak kan kelainan apa kata korang datang ke maybank. Sekarang ni maybank ada buat kempen i love maybank. Mana tahu kot rezeki korang kan. Kempen ni ada enam bahagian. Iaitu I Love Polo Sedans, I Love 100% Cash Back, I Love 100 M2CCash Back, I Love Balance Transfer, I Love Bonus Airmiles dan I Love My NewHome.



Menarik kan? Jadi jom la beramai-ramai memeriahkan suasana pertandingan. Mana tahu kot boleh menang sebijik Polo Sedan. Lepas tu boleh tayang depan rumah bakal mentua. Huhuhu.

Okei. Terima kasih Maybank selaku bank rimau sebab sudi menaja blog ini. Semoga Harimau Malaya menang Piala AFF 2014. Dengan harapan nanti kami warga malaysia ni bolehlah bercuti. Huhu.




Friday, December 12, 2014

hikayat baby dari masa depan : baby dah sebesar epal


Assalamualaikum

Ini adalah surat untuk baby dari masa depan. Baby yang sekian lama mama tunggu sejak sebelum mama kamu ni kawen lagi. Nampak macam mama ni gatal kan? Hahaha. Eh. Baby jangan berperangsaka senget kat mama pulak. Mama bukan gatal. Tapi naluri ibu barangkali. Kalau tak percaya nanti baby tanya abah baby nanti. Abah baby pun sama. Belum kawen lagi dah berangan nak bawak baby meronda. Heh.

Okei. Baby. Sebelum apa-apa, mama nak kasik tahu kat baby satu rahsia ni. Baby jangan terkejut pulak. Sebenarnya mama nak berterus terang. Baby sebenarnya dah ada abang. Abang baby sekarang dah masuk empat tahun umur dia. Nama abang baby adalah Blog. Haha. Suspend tak? Lawak kan? Apa? Tak lawak? Ye. Mama tahu mama tak pandai melawak. Tapi mama kamu comel. Huhuhu. Eh. Tetibe puji diri sendiri pulak.


Baby anak mama yang tersayang.

Hari ni hari jumaat dan dengan izin Allah baby dah berumur 16 minggu atau nak lebih cepat lagi dikira sebagai 4 bulan. Yeah. Mengikut kepada Islam, Allah dah tentukan segala perjalanan hidup baby. Bila baby lahir ke dunia nanti. Macam mana rezeki baby. Siapa jodoh baby. Ujian hidup baby. Anak-anak baby berapa orang. Dan macam-macam lagi. Oh ya. Pastikan baby bagi cucu yang comel-comel kat mama nanti ya. Hehe. Futuristik sangat angan-angan mama kamu ni kan? Kemain. Berangan lebih-lebih pulak dah napenya. Huhu.

Dear you. My sweet little candy. My gula-gula manis.

Kalau ikut kepada perkiraan, baby waktu ni dah sebesar buah epal. Wah. Canggih kamu. Ukur pakai epal. Buah-buahan antarabangsa sangat. Tapi itu perkiraan biasa. Kalau ikut kepada gen mama yang comel ni, dokter cakap baby lagi kecik. Ala. Tapi baby jangan risau. Mama dulu pun kecik jugak. Waktu lahir dulu mama tidor dalam kotak mancis je kamu tahu. Punya la jimat Wan dengan Opah membela. Nak ke mana-mana bubuh ke dalam poket je. Hahaha. Baby percaya tak? Kalau tak percaya baguslah. Itu maknanya baby mama ni bijak.

Okeilah baby. Nanti mama sambung lagi cerita hikayat baby dalam perut mama ya.
I love youhhh.

Muahhh! Cikedd.




Tuesday, December 9, 2014

sembilan disember 2014


Assalamualaikum

Hai guys. Rindu aku? Kalau rindu angguklah laju-laju. Huhu. Aku tak tahu nak update apa. Isi kandungan semua dah ada dah. Cumanya bila aku nak bubuh dalam blog ni, aku tak berapa nak ada idea untuk diperkembangkan dengan lebih padu, padat dan jitu. Dulu aku sangat kreatif. Sampaikan ayat-ayat dalam blog ni boleh menyebabkan aku jadi syok sendiri lalu ketawa tersipu-sipu malu. Aku apa peduli dengan kata-kata dari orang lain. Janji aku rasa best aku bantai gelak sorang-sorang.


Tapi itu dulu. Sekarang ni dah tak macam dulu. Aku tak tahu kenapa. Aku kadang-kadang agak busy. Eh. Bukan agak busy. Tapi memang busy. Nak nak pulak sekarang ni komitment aku untuk menguruskan kilang sendiri semakin tinggi. Yeah. Kamu orang ingat senang ke nak uruskan kilang taik mata ni. Kalau time hujung minggu permintaan nak menyahtinja taik mata makin menjadi-jadi. So aku tak boleh nak melengahkan masa.

Okeilah. Kepada cik adik manis, kakak-kakak jelita dan abang-abang tegap sekalian. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk entri yang akan datang. Tapi aku tak janji tau.

Hahaha.




Friday, December 5, 2014

produk review : resepi MARIGOLD


Assalamualaikum

Selamat petang. Tudia. Mata bengkak sebab tidor overdose. Lepas tu datang opis buat-buat muka macam comel pulak Mardiana ni. Hok!

Hai gadis-gadis semasa terkini hiburan sensasi. Zaman sekarang ni, sebagai gadis yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kemodenan orang selalu pandang senget kat gadis-gadis sebab wujudnya persepsi bahawa sesungguhnya barang siapa yang lahir pada zaman wawasan 20sen20sen maka secara otomatiklnya golongan itu tidaklah pandai memasak. Asyik makan tido melaram. Oh mai. Aku tahu. Ini semua mesti konspirasi yang diwujudkan oleh kaum lelaki untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti orang perempuan kan? Cis! Berani anda!


Tapi untuk gadis-gadis, anda jangan bimbang dengan tomahan yang tidak berasas itu. Sekarang ni kan zaman teknologi. Kalau tak pandai masak apa ada hal. Google je resepi. Keluarlah macam-macam agenda masakan. Bukan berdosa pun kalau tak pandai masak. Apa yang penting rajin. Ye dak? Yeah.

Aku pun tak pandai masak jugak. Jujur kan aku. Tapi tak pandai tu aku cover dengan rajin. Haha. Untuk korang yang buntu, aku syorkan korang pergi masak guna produk MARIGOLD UH. Korang jangan ingat MARIGOLD ni susu untuk minum je. Korang boleh masak macam-macam benda. Dan kalau rajin bolehlah prektis memasak untuk mak metua. Hihu.

Terima kasih MARIGOLD UH sebab menaja blog ini. Love you lah.
Muaahh cikeeddd.




blogger cantik menawan : Kemn Azmaili


Assalamualaikum

Wah. Tajuk kemain kan? Haha. Mesti korang pelik kenapa aku cakap blogger Kemn Azmaili sebagai seorang blogger yang cantik menawan. Oh mai. Kalau korang nak tahu. Dia ni bukan biasa-biasa punya orang. Siap pernah masuk megazine dan newspaper lagi. Blogger ni adalah antara follower yang terawal untuk blog aku. Okei. Meh sini meh. Duduk atas riba aku. Eh. Silap. Aku ajak-ajak ayam je.

Aku nak cerita serba sedikit tentang blogger yang awesome ini. Kemn Azmaili ni adalah seorang blogger yang rajin bagi macam-macam informasi dalam pelbagai sudut. Blog dia tu ada macam-macam ilmu kamu tahu. Ilmu rumah tangga. Ilmu anak-anak. Ilmu kerjaya. Ilmu hias rumah. Ilmu memasak. Ilmu makeup. Ilmu hikayat merong mahawangsa super saiya. Semua ada.


Aku cakap dia cantik menawan sebab dia memang cantik pun. Kalau korang tengok face to face muka dia ala-ala Normala Samsuddin. Lemah-lembut dan berpengaruh. Waha. Ayat aku tak boleh blah. Tapi sungguh. Aku tak tipu. Maksud aku penuh dengan keyakinan. Bukan macam aku. Muka semedang je macam nak nangis. Padahal muka aku bukan muka nak nangis. Muka aku jenis muka manja. Tapi orang je tak faham. Huhuhu.

Lepas tu kan, dia jugak seorang yang serba serbi berbakat dan kerja pulak bukan biasa-biasa. Beliau adalah sorang yang bijak macam sang kancil. Aktif bersukan lagi kamu tahu. Menyanyi pulak usah cakap la. Suara dia mak aihh. Kalau korang dengar komfem korang akan cakap, “retis ke apa ni?”. Memang sedap. Aktif join mcam-macam event pulak tu. Kalau nak banding dengan aku ni, sumpah beza sampai tujuh kali tiang letrik. Haoih.

Blogger Kemn Azmaili adalah seorang ibu kepada hemsem boy bernama Muhaamad Hadif Akhtar. Pada aku dia adalah seorang manusia yang mempunyai kehidupan yang hampir sempurna. Ada kerjaya. Ada anak. Ada famili. Dan yang paling penting untuk korang tahu beliau adalah seorang usahawan. Kalau korang rajin bolehlah pergi ke butik beliau. Dan untuk korang yang nak makeup pun boleh jugak. Hasil tangan dia memang gojes. Serius tak tipu.


Wah. Panjang pulak review aku kan. Maklumlah. Beliau ni roomate kat Universiti Utara Malaysia dulu. Haruslah ditulis panjang-panjang. Dan yang sebenarnya aku nak bagi tahu. Aku sangat rindukan dia. Rindukan zaman dahulu. Dan kawan-kawan yang lain. Entah bila boleh jumpa aku pun tak tahu.

T_T