Assalamualaikum
Selamat petang
yang kemarau. Petang yang panas. Hai gadis-gadis comel yang berjerebu hatinya. Rasa
kelam-kelam. Rasa kusam-kusam. Benda yang nampak kelam lagi kusam adalah
sesuatu yang sangat tak best untuk dipandang. Bak kata orang zaman sekarang tak
glowing gitu. Wah. Dah macam produk pemutih pulak nak glowing-glowing. Dan
holla kepada jejaka-jejaka yang mengalami kadar tekanan perasaan, jiwa dan
sanubari pada tahap tertinggi.
Kalau boss aku
tengok, mesti beliau ingat aku tengah buat paper work. Padahal aku tengah buat
blog. Wakaka. Pasti beliau akan tertekan. Harap ampun boss. Buat paper work
bukan senang tahu. Nak nak pulak bila kena befikir sorang-sorang dan menikmati
hasil beramai-ramai. Terasa nak baling je keyboard ni ke dinding laju-laju. Agar
tekanan yang ada dalam otak ni mampu dilempiaskan dengan penuh gaya yang unggul.
So, aku buat blog untuk kendurkan segala tekanan yang ada. Harap boss paham.
Haih.
Tekan.
Tekan bermaksud
tindas atau juga boleh dikatakan sebagai tindih. Ia juga boleh diklasifikasikan
sebagai aniaya. Tekan adalah sekutu dengan desak, sebulu dengan tumpu. Kombinasi
antara semuanya boleh menyebabkan yang simangsa mencapai tahap separa gila. Jika
tidak mampu dikawal dengan baik apa yang dihadapainya.
Tekanan.
Tertekan.
Bertekan.
Menekan.
Dulu kecik-kecik tekanan tak berapa nak ketara. Tertekan bila main kawen-kawen tapi layak jadi dayang je. Hahaha. Main kejar-kejar polis sentri. Tertekan bila tak dapat nak kejar orang. Bertambah tertekan bila kawan-kawan pilih geng yang best bila nak main. Oh. Loser betul aku time kecik-kecik dulu.
Tekanan boleh
berlaku akibat daripada pelbagai punca sebab dan musabab. Samaada tekanan sebab korang yang cipta sendiri atau tekanan dari keadaan sekeliling. Apa yang penting adalah macam mana korang nak handle tekanan yang ada.
Bila dah besar dan berada dalam fasa kerja tekanan dia dah lain macam. Nak nak pulak bila korang ni jenis yang serba sebi boleh buat kerja. Lepas tu disebabkan dengan kebolehan, kehandalan dan kehebatan korang tu maka lebih baik orang keliling ambik kesempatan untuk lepaskan tekanan dan bebanan yang dorang ada.
Tu belum lagi tertekan dengan masalah mamber duk ajak masuk MLM. Haha. Tetibe je mardiana ni.
Sebenarnya aku nak bagitahu sesuatu. Tak baik buli-buli aku. Huehuehue.

Tak baik buli budak kecik....kuang...kuang...kuang....
ReplyDelete