Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 22, 2011

hadiah untuk sang lelaki [bf esp]


Assalamualaikum

“weh korang, agak-agak nak bagi hadiah apa ek sempena hari jadi boyfriend?”

“orang lelaki suka apa ya?”

Kepada para gadis comel diluar sana yang dah ada boyfriend mesti korang pening kan, bila fikir benda apalah yang nak dibagi pada sidia. Benda yang lain daripada biasa. Baju dah bagi, seluar sudah, cap, belt, kasut, beg apa bagai semua dah bagi. Nak bagi hadiah pada diaorang ni susah jugak. Kenapa susah? Adakah mereka ni memilih?

Kalau dapat boyfriend yang tak cerewet dan terima seadanya apa yang kita bagi it’s ok. Tak perlu lah nak bebankan kepala. Tapi kalau dapat boyfriend yang bukan saja cerewet dah tu suka pulak kondem apa yang kita bagi memang boleh mental dibuatnya. Kalau bagi perfume, bila kita kata wangi, hidung dia bau tak wangi pulak. Bila bagi baju, mata kita nampak baju tu cantik, mata dia nampak huduh la pulak. Bila tak bagi hadiah, merajuk. Lelaki kalau merajuk tak comel langsung. Kalau perempuan merajuk okei. Dapat pulak boyfriend yang suka barang ada jenama, boleh tekoyak poket. Sepisis macam ni kena rejek awal-awal.


Nak bagi apa pada lelaki? Bagilah apa yang dia suka. Kalau dia ulat buku, bagi banyak-banyak buku kat dia. Kalau dia suka tukar-tukar hp, bagi hp kat dia. Hp buruk pun tak apa. Kalau dia betul-betul hargai apa yang kita bagi mesti dia akan ambil punya. Walaupun tengok nampak huduh dan out of date tapi yang penting sentimental value tu. 

kalau nak bagi teddy bear pun okei apa. Macam adik aku bagi hadiah kat tunang dia. Besar gedabak bear. Aku tanya dia, kenapa dia bagi teddy bear kat tunang dia. Tunang dia lelaki, bagi bear pink pulak tu. Alasan yang dia bagi sebab dia tunggu tunang dia bagi teddy bear kat dia, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Huhu.

Ok. Pokok pangkalnya disini, ikhlas memberi dan ikhlas menerima. Tu saja.  

Monday, March 21, 2011

Berbuat baik dan bersangka baik


Assalamualaikum.

Sejak kecil sampai ke besar mama dan abah selalu pesan sentiasalah berbuat baik dengan orang dan jangan bersangka tak baik dengan orang lain. Pendek kata baik, baik, baik. Tapi sebagai manusia biasa adakalanya agak sukar untuk kita menerapkan rasa sentiasa bersangka baik dengan orang lain lebih-lebih lagi bila sangka baik kita tu dikhianati. Bila kita bersangka baik maka secara otomatik kita akan berbuat baik. Tak mungkin kita akan berbuat baik jika kita tak bersangka baik. Melainkan kalau kita berbuat baik untuk makna yang tak baik. 

Macam mana nak bersangka baik? Semuanya bermula daripada cara kita berfikir. Persepsi kita terhadap orang lain. Kalau kita anggap orang tu baik, maka secara otomatik kita akan bersangka baik dan berbuat baik  dengan dia. Begitu juga sebaliknya. 


Macam mana kalau orang tu sebenarnya orang itu tidak baik? Ini persoalan yang sangat menyakitkan jiwa bila orang yang kita sangka baik tu tak sama sepertimana yang kita sangkakan. Keadaan bertambah menyakitkan jiwa dan perasaan bila rasa kekesalan itu meyelebungi diri kita. Menyesal kerana bersangka baik terhadap orang yang kita sangkakan baik. Mungkin kita akan rasa nak mencarut-carut ja. Atau mungkin kita akan memaki hamun orang tu. Itu lumrah. Tak ada manusia yang sempurna. 

Jadi apa penyelesaiannya? kalau kita sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain pun tak baik juga sebab terover positif pun akan memakan diri. Kalau fikir negatif pun lagi tak elok sebab nanti boleh jadi gila dibuatnya. Apa yang penting berhati-hati. Gunakan akal fikiran dan jangan terlalu meletak kepercayaan kepada orang lain. Sedangkan haruan boleh makan anak dan pagar boleh makan padi inikan pula manusia. Lebih daripada haruan dan padi boleh dimakannya. Tak gitu. Apa yang penting, sekali lagi ingin ditekankan guna akal. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir dan bukan untuk letak kat lutut. 

ada apa dengan Taiping : episode 2 :

Assalamualaikum

tu dia. punya lah lama blog ni tak update. untuk entri kali ini, sepertimana yang telah aku janjikan buat diri aku sendiri, aku akan paparkan beberapa tempat menarik di sekitar Taiping. tak nak tulis banyak-banyak. sila layankan gambar-gambar yang telah ditangkap oleh diri ini. TQ~ [semua pic ni kat taman tasik. tak sempat nak ronda tempat lain sebab agak busy ^^]






: from taiping with l0ve : muaxx!~

Wednesday, March 2, 2011

lata kinjang : here we come

Assalamualaikum
bagi mengubat kedukaan aku sebab tak dapat nak tunjuk pic yang menarik and best di sekitar Taiping maka dengan ini aku persembahkan lokasi perjalanan aku bersama adik aku, sepupu kecilku aka our photographer dan makcik-makcik ku ke Lata Kinjang, Tapah. kami tak mandi golek-golek guling-guling dalam sungai pun. just cuci mata and bergambar bersuka ria je. tapi disebabkan kami semua obses dengan laksa maka aku sajikan pic kami bersama-sama dengan laksa je lah. ^^

Adik gembira makan laksa
baju pink ni makcik aku. adik mama aku. sebaya dengan aku. single mingle available. ^^
yang hujung baju merah tu makcik aku. adik mama aku jugak. sebaya dengan adik aku. beliau terlalu obses dengan laksa.

Tak banyak pic aku bubuh sebab waktu nak download tiba-tiba internet pulak malu-malu kucing. huh!~

ada apa dengan Taiping : episode 1 :

Assalamualaikum
Okei. Sudah lama dan terlalu lama aku tak update blog aku ni. Mood nak menaip tak berapa nak ada sebab internet yang aku bayar tiap-tiap bulan bagaikan meminta penendang sulong daripada kaki aku yang halus mulus ini. Sementara mood internet aku berada dalam keadaan baik sihat sejahtera adalah baik kiranya aku terus pergi ke topik utama aku iaitu nak menulis entri pasal sebuah bandar comel yang dikenali sebagai Taiping. Baca topik pun macam bosan kan? Tapi tak pa. Aku cuba jadikan ia tak bosan okei. Disebabkan aku sekarang tinggal di bandar Taiping yang aman lagi sejahtera ini maka dengan bangganya aku nak cerita pasal Taiping. Aku dapat idea ni pun sebab curi daripada idea en.Faizal atau lebih dikenali sebagai Faizal Fatah. Kalau nak berkenalan sila pergi ke mukabuku beliau ya. 

Kalau bercerita pasal Taiping ni mesti anda biasa dengar tagline dia yang ala-ala romantik gitu “from Taiping with love”. Aku tak tahu kenapa dibubuh tagline macam tu. Mungkin orang Taiping ni romantik kot. Aicehh. Ha. Ni view bandar Taiping. Aku snap dari aras atas ofis aku. Pic tak berapa nak cun sebab snap guna hp cikai cap ayam je. Bandar Taiping tak padat lagi mampat macam kat Kuala Lumpur tu. Aku panggil bandar comel sebab pusing-pusing kona-kona last-last jumpa tempat yang sama jugak.  

[pic macam lukisan katon]

::LAKSA::
Taiping ni fames dengan banyak benda. Salah satunya makanan. Kat sini antara makanan yang aku paling suka laksa. Banyak kedai laksa yang ada kat sini. Salah satunya laksa pulas. Laksa dia very yummy. Kedai dia dekat dengan Simpang. Menghala ke Cangkat Jering. Aku tak tahu kenapa dia dipanggil laksa pulas. Mungkin tuan kedai tu buat laksa sendiri melalui teknik pulas memulas kot. Tapi laksa dia memang syiok. [mengikut selera tekak aku la]. RM2 je semangkok. The very the sedap. Selain tu aku jugak selalu makan laksa kat Lake Garden aka Taman Tasik. Tepi ofis aku je. Lompat dari tingkap pun boleh sampai. Aku suka beli bungkus je. Sebab kalau bungkus dia bubuh banyak. Lagi pun kalau makan kat kedai tak boleh menghirup lalu menjilat mangkok. Tak sopan tau tambah-tambah aku perempuan. Keayuan mesti dijaga. Orang ofis aku jugak cakap laksa yang sedap jugak boleh dimakan di Pokok Assam. Sedap sebab laksa dia makan sekali dengan sambal sotong. Aku tak pernah cuba lagi. Oh! Mesti super yummy. 

::CHAR KUE TIAW::
Ha. Selain laksa, kat sini famous dengan Char Kue Tiaw. Kedai dia dekat belakang rumah aku je. Lokasi Kampung Jambu. Untuk lebih spesifik lagi ia dekat dengan koperasi guru-guru [NCER : projek Pak Lah tu]. Kedai dia macam nak tak nak je wujud. Mungkin tuan kedai dia mengamalkan konsep low profile. Asal kenyang sudah. Aku tak pernah pergi ini kedai walaupun jarak dia hanya sekangkang monyet je dari rumah aku. Sebab aku tak obses sangat dengan char kue tiaw ni. Tapi ramai orang cakap char kue tiaw dia sedap and yummy. Dibuka pukul 6.30petang sampai larut malam. Tiap-tiap hari memang full. Sedap kot tu sebab full je memanjang.

::KUE TIAW GORENG DOLI::
“Doli, Doli sebut aaa..” okei ini bukan nak cerita pasal ubat gigi colgate. Aku nak cerita pasal restaurant Doli. Dengan tagline dia “The Famous Kue Tiaw Goreng”. Taiping ni kalau tanya, semua mengaku famous [hoho]. Penggemar kue tiau goreng sila pergi restaurant Doli kalau anda memang betul-betul peminat kue tiaw goreng sejati.

::SAFARI NITE::
Taiping sangat sinonim dengan zoo. Zoo Taiping Safari Night. Kalau bawa budak-budak best la. Bawa anak-anak, bawa adik-adik. Nak release tension pun okei juga pergi zoo. Tengok binatang boleh menenangkan jiwa tau. Tapi jangan lah tengok binatang yang nak tak nak ja hidup. Buat sakit hati je. Disebabkan zoo Taiping ni besar jadi aku lebih suka naik keretapi zoo rather than jalan kaki. Tak larat tu nak tawaf. Night Safari pun best jugak. Tapi anda kene asah mata tajam-tajam sebab gelap dan samar-samar. Nak tengok binatang pun kadang-kadang jenuh tenung-tenung renung-renung. Kalau nak bawa boyfriend [s] or girlfriend [s] kenal binatang pun okei jugak. 

Aku sempat cerita sampai takat ni je dulu sebab kekangan dan halangan daripada beberapa hal yang tak dapat nak dielakkan. tapi untuk episode yang akan datang aku akan cerita lebih banyak lagi benda and tempat best yang ada kat sini. siap dengan pic cun lagi cumil. Promise okei. wink* wink*

p/s : Buat masa ni aku tak berkesempatan nak snap pic sebab lately aku agak busy mengalahkan YDP.