Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 1, 2018

ilmu apa yang korang dapat?


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hari ni ada Anugerah Khidmat Cemerlang. Disebabakan aku ni sejenis pekerja yang terlalu hebat, maka selayaknya aku duduk kat tempat audience je. Huhu. Hai gadis-gadis dan ibu-ibu yang sedang bekerja. Yang gigih mencari rezeki. Tak kiralah kerja apa pun. Asalkan halal gitu. Dan holla kepada jejaka-jejaka yang sedang mengira duit. Duit nafkah. Duit belanja. Duit bayar hutang. Duit anak. Duit bil. Heh. Banyak pulak duit nak kena kira.

Sekarang ni zaman dunia di hujung jari. Korang dah tentu tahu kan, dari hujung jari macam-macam yang korang boleh dapat. Dan paling penting semestinya ilmu.

Ilmu ni ni lingkungannya luas. Baca blog aku ni pun ilmu jugak. Huhu. Sometimes kita rasa macam eh, benda simple pun nak bagi tips. Tapi untuk orang yang tak tahu itu dikatakan sebagai ilmu untuk dia. Untuk korang yang dah tahu jangan kecam dan lebih baik diam.


Sebenarnya ilmu lebih penting daripada amal. Ha la. Korang nak buat sesuatu mesti kena ada ilmu kan. Tak kan nak main terjah je. Ibarat macam korang nak cari rusuk korang yang hilang. Ilmu nak mengorat bakal mentua kena ada. Huhu.

Macam tu jugak benda lain. Korang tahu tak, dari lahir ja sampai la ke tahap korang ada sekarang, dikelilingi dengan ilmu. Bezanya adalah macam mana korang terapkan  dan macam mana korang tengok sesuatu benda tu dari persepktif sebagai ilmu. Yeah. Ilmu yang posotif dan boleh bagi manfaat.

Ilmu adalah teman yang paling setia bila korang sepi. Sesetia member korang, setia lagi ilmu yang ada. Member setia sehidup semati ni jarang sangat ah nak ada. Kalau ada pun sebab korang famous, banyak duit. Ilmu ni mana korang pergi, dia setia ikut kemana saja. Selagi korang jadikan ia sebagai amalan dan pegangan.

Okei. Aku tengah cari feel nak tulis macam dulu. Ada unsur humor yang boleh buat hati aku rasa geli-geli bila baca. Lately entri aku agak skema. Kadang aku sendiri baca pun rasa tak boleh nak hadam. Serius sangat Mardiana ni dah kenapa?

Tata readers. Nak makan jap. Makan free siapa tak gembira ye dak?




1 comment :