Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 22, 2018

istiqamah



Assalamualaikum

Hello readers yang tengah bekerja, ibu-ibu berjawatan surirumah tangga sepenuh masa mahupun separuh masa. Dan holla kepada lelaki kat luar sana yang gigih kais rezeki dan mencari dana untuk isi perut bagi tempoh beberapa hari yang ke depan. Korang apa khabar? Dah makan? Kalau belum makan, jemput la makan angin dulu. Huhu.

Mesti korang rindu dengan nukilan entri aku kan? Kan? Alolo. Ngaku je la yang korang sebenarnya tersangatlah tertunggu-tunggu aku update blog ni. Kalau ikutkan agak lama jugak aku tak konsisten upadate apa-apa news kat sini. Kejap ada kadang-kadang langsung tak ada. Huhu. Buat masa ni aku tak mampu nak kekalkan momentum sebagai penulis blog tegar macam dulu.

Istiqamah.

“Saya doakan semoga awak istiqamah melakukan kebaikan…”

“Semoga istiqamah tuntut ilmu..”


Ayat istiqamah ni biasanya kita guna untuk ucapan benda-benda baik. Mana mungkin kita guna untuk ucap kemungkaran. Dan selalu jugak ia disinonimkan dengan penggunaan kata-kata motivasi mahupun naikkan semangat seseorang.

Istiqamah itu maksudnya thabit atau tetap tanpa adanya rasa gundah gulana mahupun luntur semangat. Yeah. Korang nak buat sesuatu secara berterusan and then kalau ada rasa gundah gulana, gelisah bagai semangat pulak tak ada, macam mana korang nak capai matlamat korang kan?

Okei. Aku bagi contoh. Sekarang ni korang tengah sibuk kumpul duit nak nikah. Bagi rakyat marhaen macam kita ni, kumpul duit untuk menikah sangat perit kamu tahu. So nak tak nak kenalah korang berusaha secara konsisten bagi mengumpul duit berkepok-kepok untuk masa depan yang lebih cemerlang lagi gemilang. Korang bersemangat nak kumpul duit sebab semangat nak kawen tu ada. Orang nak kawen tentulah bersemangat dan gembira ye dak? Tambah-tambah dapat pulak partner yang korang memang dah aim sejak dulu lagi. Huhu. So, korang pun istiqamah kumpul duit dan berdoa semoga impian dan matlamat tercapai.

Ermm..
Apa yang aku merepek ni..

Aku sebenarnya nak bagitahu, korang istiqamahkan lah diri korang tu untuk stay kat blog ni. Tanpa ada rasa gundah gulana dan perasaan putus asa nah. Kesian kat aku. Penat taip tapi tak ada orang baca. Huahua. Dan aku jugak cuba untuk istiqamah update entri kat sini.

Promise.*kelip mata laju-laju*





1 comment :