Assalamualaikum
Saya cuma mahu katakan saya cinta kamu. Sekadar mengambil kesempatan ini sekiranya saya tidak berpeluang untuk
mengatakannya lagi.
I love you.
Wah. romantik
kan aku? Tetibe je cakap i love you tanpa usul periksa. Orang cakap kalau kita sebut i love you tanpa disuruh-suruh
atau dalam bahasa mudahnya kita buat kejutan dengan menyebut i love you secara
tiba-tiba tanpa disangka oleh partner kita itu merupakan suatu perkara yang
akan memberikan sebuah kejutan. Walau ia hanyalah sebuah ucapan. Ya. Dengan
syarat korang sebut dengan nada yang ikhlas dan datang jauh dari dasar hati. Aku
bet kompem jantung partner korang akan berdegup dengan kencang dan bergerak
bagaikan kuda lari gagah berani. Heh. Tetibe.
Setiap orang ada
pendapat masing-masing. Dan setiap orang ada gaya penyampaian yang unik dan
tersendiri. Bagi aku, perkataan cinta lebih banyak bagi makna berbanding dengan
perkataan love. Bila aku sebut love feel tak berapa nak ada. Hahaha. Jiwang seh
mardiana ni. Eh tak tak. Ini bukan soal jiwang. Ini soal perasaan. Perasaan tak
boleh disimpan lama-lama. Korang kena luah perasaan korang dengan harapan ia
akan sampai tepat ke sasaran. Soal tentang respond itu kita tolak tepi dulu.
Kadang-kadang
kita tak tahu apa yang diucap oleh partner kita adakah akan menjadi sesuatu
yang terakhir untuk kita dengar dan rasa.
Oleh itu lepas korang baca entri ni korang pandang tepat
ke matanya. Tenung, renung dan sebutlah. Saya cintakan kamu.
Serius. Itu akan jadi moment indah buat korang. Hihu.
i love you
ReplyDeleteLove? Apa itu love? Adakah ia step prtama dlm mnuju alam brumahtagga? Atau skadar sbutan dbibir utk mgisi kkosongan ruang dijiwa?
ReplyDeleteJika love brbalas apa step sterusnya? Didahului dgn maksiat dn dsudahi dgn laknat?
Perlukah seorag gadis mbuka bicara dgn myatakan i lap u pada sorang jantan?
Bukankah ini smua spatutnya pihak jantan yg gentleman mbuka bicara dn step, bsedia mnanggung mkn minum, tmpat bteduh, kselamatan diri sigadis yg didahulukan dgn akad?
Oh.. betapa disperadonya gadis zaman skarang.
Pity..
seriusnye org atas ni
Delete