Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 30, 2014

naik tangga turun tangga


Assalamualaikum

Macam biasa. Kalau dulu aku rajin sangat menaip dengan dimulakan mukadimah selamat malam, tapi kali ini aku lebih kerap memulakan entri dengan perkataan selamat tengahari yang dah nak ke petang. Buat masa sekarang waktu malam, aku dah tak boleh nak buat entri macam yang lepas-lepas. Asal malam je otak aku rajin. Tapi sekarang ni asal malam je otak aku nak tidor. Jadi masa nak berblog agak terbatas. Mardiana dengan tidor sangat tak boleh nak dipisahkan. Bagai romeo dengan juliet. Bagai laila dengan majnun. Atau dalam bahasa politiknya, tidor diutamakan berblogging diduakan. Huhu. Rosak bahasa.


Jadi untuk mengelakkan diri ini daripada mendapat efek negatif sebab selalu sangatlah tidor, aku dengan bijaksananya telah mengambil pendekatan yang sangat produktif iaitu dengan memanjat tangga opis. Setiap hari 2x sehari. Lima tingkat tahu. Bukan senang untuk aku kerabat tangga tu dengan gaya yang sopan santun dan penuh dengan tata susila. Bukan apa, imej kena jaga. Cctv ada kat mana-mana. Jadi aku kena panjat dengan berhati-hati, penuh berhemah dan yang paling penting keayuan haruslah terpelihara.

Tapi bila aku guna tangga aku rasa penat. Bila penat aku nak rehat. Bila nak rehat aku suka cari port yang baik punya. Bila dapat port aku mesti nak tertidor sebab penatlah pulak. Haih. Strategi macam tak berguna je.

Oklah. Nak pergi makan. Stress.




Monday, April 28, 2014

dua puluh lapan april, 2014



Assalamualaikum

Selamat petang yang dah masuk ke pukul 1.07pm. Waktu sekarang adalah waktu lunch untuk orang yang bekerja macam aku. Hai gadis-gadis comel yang suka makan. Yang kuat makan. Yang enjoy bila dapat makan. Seronok kan makan? Ye la. Mana ada orang tak seronok bila makan. Nak nak pulak bila dapat makan free. Time tu la pulun habis-habisan. Haha. Nampak gelojoh la pulak. Orang gelojoh sangat tak cantik dan jelita untuk dipandang tahu. Apatah lagi untuk dijadikan sebagai isteri dan kompem tak akan jadi rebutan oleh para ibu mertua seantero malaya. Rejek on the spot.

Tadi aku bersarapan kat sebuah kedai di Masjid Taiping. Ada orang panggil masjid Kampung Jambu. Kedai tu popular dengan resepi nasi goreng ikan rebusnya yang pada hemat tekak aku tak berapa ohsem sebagaimana digembar-gemburkan oleh umat manusia. Aku tak tahu kenapa orang suka sangat makan kat situ. Tapi ye la kan, tekak dorang suka hati dorang la nak makan juta-juta kali pun kat situ. Huhu.


Tapi sungguh.

Tiap kali makan je mesti otak aku bepusing-pusing. Pening macam nak kasik pelempang je kat orang yang ada behampiran dengan aku. Huhu. Ntah apa la yang dibubuh dalam nasik tu pun tak tahu la. Pening otak ni. Pening tau!




Thursday, April 24, 2014

maaf. saya cinta kamu


Assalamualaikum

Saya cuma mahu katakan saya cinta kamu. Sekadar mengambil kesempatan ini sekiranya saya tidak berpeluang untuk mengatakannya lagi.

I love you.

Wah. romantik kan aku? Tetibe je cakap i love you tanpa usul periksa. Orang cakap kalau kita sebut i love you tanpa disuruh-suruh atau dalam bahasa mudahnya kita buat kejutan dengan menyebut i love you secara tiba-tiba tanpa disangka oleh partner kita itu merupakan suatu perkara yang akan memberikan sebuah kejutan. Walau ia hanyalah sebuah ucapan. Ya. Dengan syarat korang sebut dengan nada yang ikhlas dan datang jauh dari dasar hati. Aku bet kompem jantung partner korang akan berdegup dengan kencang dan bergerak bagaikan kuda lari gagah berani. Heh. Tetibe.


Setiap orang ada pendapat masing-masing. Dan setiap orang ada gaya penyampaian yang unik dan tersendiri. Bagi aku, perkataan cinta lebih banyak bagi makna berbanding dengan perkataan love. Bila aku sebut love feel tak berapa nak ada. Hahaha. Jiwang seh mardiana ni. Eh tak tak. Ini bukan soal jiwang. Ini soal perasaan. Perasaan tak boleh disimpan lama-lama. Korang kena luah perasaan korang dengan harapan ia akan sampai tepat ke sasaran. Soal tentang respond itu kita tolak tepi dulu.

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang diucap oleh partner kita adakah akan menjadi sesuatu yang terakhir untuk kita dengar dan rasa.

Oleh itu lepas korang baca entri ni korang pandang tepat ke matanya. Tenung, renung dan sebutlah. Saya cintakan kamu. 

Serius. Itu akan jadi moment indah buat korang. Hihu.




dua puluh empat april, 2014


Assalamualaikum

Selamat petang kepada hadirin dan hadirat sekalian. Waha. Dah macam public speaking dah kekdahnya. Sekarang ni dah pukul 1.30petang. Dan seharusnya waktu macam ini adalah waktu aku meletakkan kepala aku di atas meja opis. Kalau aku tak tidor nanti aku pening-pening. Bila aku pening-pening aku perlu pakai minyak cap kapak bergelen-gelen bagi mamberikan kelegaan yang maksima dan berganda. Tapi bila aku pakai minyak angin otomatik akan timbul spekulasi dan gossip liar. Huhu.


Sekarang ni aku tak boleh tidor sebab aku terlalu letih. Letih tahap super zargon. Gaya macam angkat kayu balak letihnya. Huhu. Lately aku dah jarang sangat nak menaip apatah lagi nak menulis. Aku lebih banyak buang masa dengan baca blog orang. Lepas baca baru dapat idea. Bila dapat idea dan dan tu pulak aku rasa ngantuk nak tidor. Macam tulah rutin hidup aku. Mardiana dan tidor berpisah tiada. Huuuu.

Petang nanti aku kena pergi koir. Ya. Koir kamu tahu. Koir. Aku pelik sungguh sejak aku kecik sampai la dah masuk alam kerja ni asal ada je event mesti aku kena join. Buat itu. Buat ini. Susun itu susun ini. Taip itu taip ini. Dorang tak tahu ke aku ni dah la pemalu. Pemalas pulak tu. Kompem-kompem la event yang aku kena handle tu akan gagal dengan penuh bergaya. Apa dorang tak serik-serik ke dengan kegagalan terancang aku yang terdahulu? Huhuhu.




Wednesday, April 16, 2014

senyum senget


Assalamualaikum

“Saya suka tengok awak senyum. Dari dulu sampai dah kawen senyuman awak tetap sama.”

Glup. Terkedu.
Lalu aku melangkah pergi.
Dalam keadaan yang terpinga-pinga.


Abah pernah pesan kat anak perempuan dia yang sorang ini. Nak senyum jangan sebarangan sangat. Tengok jugak pada siapa kita nak senyum. Nak nak pulak aku ni perempuan. Comel pulak tu. Kalau dah comel bila senyum bertambah comel la kan? Huahua.

Manusia ni unik. Ada otak dan akal. Disebabkan akal yang ada maka setiap apa yang dilihat akan diluah dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk dan andaian. Andaian positif mahupun boleh menjurus kearah yang negatif.

Senyum.

Senyum sangat sinonim dengan perasaan seronok. Dan perasaan seronok ni pulak dia bergantung kepada dua keadaan. Samaada seronok sebab untuk diri kita atau pun seronok sebab orang lain. Tapi sangatlah jarang untuk kita seronok ke atas orang lain. Melainkan kita seronok bila tengok orang lain dah terkena atau jatuh susah. Benda tu boleh menimbulkan keseronokan lalu buat jadi tersenyum. Ya. Senyum senget namanya.

Senyum.
Senyum senget.




enam belas april, 2014


Assalamualaikum

Selamat tengahari yang sangat sejuk. Wah. Rasa macam duduk kat Cameron Highland je kekdahnya. Sejuk-sejuk gitu. Kenapa Cameron Highland bukan Genting Highland? Ye la. Aku ni stok-stok Cameron je pernah pergi. Nak pergi Genting Highland jangan haruslah. Gunung Kinabalu pun dalam mimpi je. Apatah lagi kalau nak pergi ke antartika. Wahaha.

Syoknya lah hai kalau dapat pergi bercuti dengan suami tercinta lagi disayangi dan dikasihi. Jalan-jalan. Makan-makan. Kejar-kejaran. Waha. Indah.



So, jalan penyelesaiannya adalah dengan berangan. Bukak fridge dan tingkatkan suhu ke tahap semaksimum yang mungkin. Pejam mata rapat-rapat dan tarik nafas dalam-dalam. Bayangkan tengah main salji kat oversea. Woha. Tetibe je ada bau ikan dari dalam peti sejuk. Tak apa. Anggap je korang tengah bagi panguin makan sebenarnya. Sobs.

Dalam keadaan sejuk ni sempat lagi aku tengok statistik. Orang yang datang ke blog ni ada peningkatan yang sangat memberangsangkan. Semalam tiga orang, hari ni up jadi empat. Huahua. Tak apa. Ada jugak nombor daripada langsung tak ada kan? Kita kena positif. Positif mardiana. Positif. Huehue. Yela. Blog pun dah lama tak update. Lepas tu kalau update, cerita langsung tak best. Syok sendirik pulak tu. Dah tu gelak sendiri-sendiri. Mana ada orang nak baca ye dak?

Okei. Aku nak pegi makan.
Lapa.




perempuan aneh itulah yang akan kamu rindu


Assalamualaikum

Dah masuk bulan empat dah. Tak lama lagi nak masuk ke pertengahan tahun. Untuk setengah tahun pertama kalau orang tanya apa yang aku dah buat dan apa yang aku dah dapat, aku sendirik pun tak tahu nak jawab apa. Mungkin sebab aku dah buat terlalu banyak benda sampai tak ingat apa yang dah aku buat selama ini sebenarnya. Hokhok. Alasan.

Hai girls yang macam-macam perangai. Yang macam-macam karenahnya. Orang perempuan kalau banyak karenah kadang-kadang nampak cute. I mean karenah yang bukan dibuat-buat. Yang tak sengaja dibuat. Atau dalam bahasa indahnya kelam kabut. Nampak comel and cute mute gitu. Tapi kadang-kadang je la. Yang banyaknya lebih kepada serabut.

Orang lelaki susah nak faham dengan karenah perempuan. Korang kena ingat, perempuan ni sebenarnya unik. Perangai pun tak tentu hala kestabilan dia. Nak nak pulak bila nak sampai tempoh matang tiap-tiap bulan. Kalau perangai pun tak tentu hala, emosi dah kompem la haru biru kan?


Tu belum lagi kalau masuk bab bercakap. Main hentam je. Sebenarnya apa yang orang perempuan cakap tu tak selari dengan apa yang ada dalam hati. Mulut je cakap bukan-bukan tapi dalam hati sayang tahu. Huhu.

Perangai orang perempuan ni kalau korang explore sampai meninggal pun belum tentu korang akan khatam dengan jayanya. Korang tak akan paham kenapa perempuan suka membebel. Korang tak akan mampu nak paham kenapa perempuan suka tengok cermin. Asal lalu tempat yang boleh buat pantulan muka je otomatik kepala nak pusing. Kalau tak pusing dapat kerling hujung mata pun jadi lah. Dan korang jugak tak akan paham kenapa perempuan suka pebetul tudung sampai senget-senget mulut. Hahaha. Unik kan? Tu baru sikit.

Tapi yang paling penting untuk boys, nanti bila korang dah kawen time tu lah baru korang akan tahu apa ertinya perempuan dalam hidup korang. Benda yang korang tak paham tu la yang korang akan rindu bila perempuan yang korang rasa aneh ini dah tak ada nanti.

Sungguh.