Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 31, 2014

tekanan hidup dan hidup yang tertekan


Assalamualaikum

Selamat petang yang kemarau. Petang yang panas. Hai gadis-gadis comel yang berjerebu hatinya. Rasa kelam-kelam. Rasa kusam-kusam. Benda yang nampak kelam lagi kusam adalah sesuatu yang sangat tak best untuk dipandang. Bak kata orang zaman sekarang tak glowing gitu. Wah. Dah macam produk pemutih pulak nak glowing-glowing. Dan holla kepada jejaka-jejaka yang mengalami kadar tekanan perasaan, jiwa dan sanubari pada tahap tertinggi.

Kalau boss aku tengok, mesti beliau ingat aku tengah buat paper work. Padahal aku tengah buat blog. Wakaka. Pasti beliau akan tertekan. Harap ampun boss. Buat paper work bukan senang tahu. Nak nak pulak bila kena befikir sorang-sorang dan menikmati hasil beramai-ramai. Terasa nak baling je keyboard ni ke dinding laju-laju. Agar tekanan yang ada dalam otak ni mampu dilempiaskan dengan penuh gaya yang unggul. So, aku buat blog untuk kendurkan segala tekanan yang ada. Harap boss paham. Haih.


Tekan.

Tekan bermaksud tindas atau juga boleh dikatakan sebagai tindih. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai aniaya. Tekan adalah sekutu dengan desak, sebulu dengan tumpu. Kombinasi antara semuanya boleh menyebabkan yang simangsa mencapai tahap separa gila. Jika tidak mampu dikawal dengan baik apa yang dihadapainya.

Tekanan.
Tertekan.
Bertekan.
Menekan.


Dulu kecik-kecik tekanan tak berapa nak ketara. Tertekan bila main kawen-kawen tapi layak jadi dayang je. Hahaha. Main kejar-kejar polis sentri. Tertekan bila tak dapat nak kejar orang. Bertambah tertekan bila kawan-kawan pilih geng yang best bila nak main. Oh. Loser betul aku time kecik-kecik dulu. 

Tekanan boleh berlaku akibat daripada pelbagai punca sebab dan musabab. Samaada tekanan sebab korang yang cipta sendiri atau tekanan dari keadaan sekeliling. Apa yang penting adalah macam mana korang nak handle tekanan yang ada.

Bila dah besar dan berada dalam fasa kerja tekanan dia dah lain macam. Nak nak pulak bila korang ni jenis yang serba sebi boleh buat kerja. Lepas tu disebabkan dengan kebolehan, kehandalan dan kehebatan korang tu maka lebih baik orang keliling ambik kesempatan untuk lepaskan tekanan dan bebanan yang dorang ada.

Tu belum lagi tertekan dengan masalah mamber duk ajak masuk MLM.  Haha. Tetibe je mardiana ni.

Sebenarnya aku nak bagitahu sesuatu. Tak baik buli-buli aku. Huehuehue.







Wednesday, March 26, 2014

dua puluh enam mac, 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Aku sekarang dalam opis. Berada di tingkat 5. Sedang menulis blog sambil mengadap luar tingkap. Ah nampak benar nipu aku ni. Meja aku mana ada ngadap tingkap pun. Padahal ngadap dinding. Tapi aku buat-buat ayat konon ngadap tingkap dengan harapan aku akan dapat bagi korang imagine sebuah view yang indah. Haha. Jap. Jap. Korang mesti ingat aku tengah ngulat kan? Buat blog time opis hour. Korang silap sebenarnya. Aku bukan ngulat tapi tengah buat regangan otak. Huahua.

Aku ada bela ikan. Ikan sepat ronggeng empat ekor. Orang cakap bela binatang boleh hilangkan stress. Tapi aku jadi makin stress bila ikan-ikan aku kaki pukul rupenya. Harap muka je comel. Cute mute. Dah la kaki pukul kuat makan pulak tu. Asal orang lalu je mengelupur mintak makan. Kalau tak bagi makan protes cabut pokok-pokok yang ada. Stress tahu.


Time nak beli kat kedai tu memasing punya lah bersopan santun duduk dalam akuarium. Bila dah beli, hah ambik kau. Bapak ganas gila. Makan pun kuat gila. Asyik menguyah je. Perut dah jadi bulat sampai muka pun dah jadik kecik.

Okei girls. Kalau korang suka bela ikan, nanti bila nak bersuami pilihlah suami yang suka bela ikan jugak sebab nanti korang tak perlulah nak bersusah payah cuci akuarium. Nescaya dengan segala keringat dan sepenuh kasih sayang beliau akan bantu anda jugak. Sambil tu korang buat-buat la busy cuci akurium. Padahal korang tak cuci mana pun.

Mihmihmih.

Alamak. Boss buat rondaan. Minimize laju-laju.




di saat aku mencintaimu


Assalamualaikum.

Hai gadis-gadis comel. Yang cantik. Yang ayu. Yang jelita. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang hemsem. Dah la hemsem. Badan pulak gagah macam encik badang. Lepas tu gantleman. Baik berbudi pekerti lah pulak tu. Asal buat itu ini mesti ladies first je kekdahnya. Pendek kata boleh jadi rebutan bakal ibu mentua semalaya. Tapi perfect macam tu pun belum tentu korang boleh jadikan ia sebagai tiket nak meraih cinta okei.

Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Oh. sadisnya.
Korang tahu ayat apa kat atas tu? Tahu? Bagus. Time aku tengah syok syok gigit burger boleh pulak aku terlayan lagu ni. Sangat pedih menusuk ulu jantung kalau kena pada gaya dan situasi korang. Nak bercinta tapi tak ada siapa yang sudi menyambut cintai itu. Baru nak bercinta tapi dan dan pulak orang yang kita cinta pergi tinggalkan kita. Huhuhu.

Pedihnya bila cinta tak bersambut kadang-kadang boleh buat korang hilang separuh daripada nyawa yang ada. Korang akan rasa lost. Tak tahu kemana nak dituju. Nak nak pulak orang tu memang korang harap sangat nak jadi surihati korang. Rasa macam tak boleh nak teruskan hidup.


Kalau kita suka dan jatuh hati pada seseorang adakala korang akan cuba buat sedaya yang boleh untuk orang yang korang sayang. Apa saja yang korang buat mesti korang akan buat yang terbaik. Hatta kalau korang makan even makan sensorang sekalipun mesti korang akan ingat kat dia kan? And at that time korang akan cuba makan baik-baik sambil ingat orang tersayang. Padahal korang makan sorang je. Nak makan gelojoh pun boleh. Bukan dia nampak pun. Tapi lebih kurang macam tulah penangan cinta.

Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Biasanya bila kena tinggal satu persoalan yang susah nak dijawab dan kadang-kadang tak terjawab persoalan itu adalah macam ayat kat atas, mengapa kau pergi? Tu je jawapan yang dicari. Kenapa pergi? Kenapa? Dan kalau pun korang jumpa jawapan itu, sekukuh mana pun jawapan yang korang dapat, sebenarnya ia tak akan mampu ubati luka yang sedia ada. Persoalan kenapa dan mengapa tetap akan jadi persoalan sampai bila-bila.

Di saat aku mencintaimu

Sekian. 




kenapa cakap dia bodoh?


Assalamualaikum

Tu dia. Berkurun lamanya baru la dapat feel nak buat blog. Nak dapat feel ni bukan senang kamu tahu. Nak nak pulak kalau blog aku ni jarang sangat update or tulis entri pasal life diri sendiri. Aku suka buat entri tentang sesuatu topik. Bila bertopik maka aku perlu berfikir. Bila berfikir maka aku perlu amik masa. Bila amik masa maka kadang-kadang aku malas pulak nak berfikir. Haih. Walaupun hakikatnya aku sedar entri aku semua macam bengong-bengong je. Ayat pulak macam orang tak besekolah. Tapi tak apa. Benda yang nampak macam bodoh-bodoh tu la yang selalu melekat dihati. *Alasan sebenarnya*. Huhu.

Bodoh.

Bodoh tu bahasa profesionnalnya tak pandai. Tapi disebabkan perkataan bodoh itu lebih mudah dicakap maka orang lebih suka pakai perkataan bodoh daripada memakai perkataan tak pandai. Lagi pun perkataan bodoh tu lebih menusuk masuk dalam otak. Lepas masuk dalam otak maka dengan itu otomatik korang akan ingat sampai meninggal.

Tak guna! Dia kata aku bodoh!

Orang cakap kalau kita selalu tunjuk pandai nanti lama-lama benda bodoh jugak la yang kita akan tunjuk akhirnya. Nak nak pulak kalau jenis yang selalu buat-buat pandai. Tak ada orang yang nak dipanggil sebagai bodoh. Dan tak ada orang suka bila dikatakan sebagai bodoh.


Kadang-kadang orang suka memperbodohkan kita. Ia berlaku samaada secara sedar atau tidak. Samaada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Samaada melalui perbuatan mahupun melalui percakapan. Nak sebut perkataan bodoh ni kadang-kadang ia bergantung kepada situasi korang. Kalau gurau-gurau dengan mamber rasanya boleh lagi nak bertepuk tampar manja-manja. Tapi kalau dalam situasi genting rasanya mahu penumbuk singgah seliang dua ke muka.

Apa ke bodohnya kamu panggil dia dengan perkataan bodoh? Dia isteri kamu kot.

Bodoh dan kasih sayang langsung tak sealiaran. Apatah lagi langsung tak bergantungan. Mana mungkin korang mampu panggil orang yang korang sayang dengan perkataan bodoh melainkan hati korang dah tak stabil tahap gangguannya.

Tapi macam biasa. Kadang-kadang orang guna alasan bodoh untuk memperbodohkan orang dan sekaligus menampakkan kebodohan orang lain hanya kerana nak menutup kebodohannya. Walhal orang tu tak bodoh mana pun.

Korang suka kalau aku cakap korang bodoh? Tak suka kan? Aku pun tak suka jugak.
Okeh. Itu je aku nak cerita. Huhu.




Thursday, March 20, 2014

petak otak


Assalamualaikum

Aku pening. Kenapa la orang suka sangat buat rumah bersegi-segi. Sudahnya jenuh aku nak buat drawing. Segi sana. Segi sini. Petak sana petak sini. Lepas tu tetibe je ada bentuk bulat. Tu belum lagi kalau bertingkat-tingkat. Dekat site nampak cantik je rumah. Bila nak draw dah rupe pistol dah ha. Tu belum lagi aku nak kena mengira. Boleh petak otak kalau macam ni gaya. Wuuu. Penat tahu.


Sekian. Terima kaseh. Nak sambung buat kerja balik. 




Thursday, March 13, 2014

tiga belas mac, 2014


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat panas. Panas dan kemarau berpisah tiada. Gigih manusia mengangkut air dan junjung berbaldi-baldi naik ke rumah bila air kena catu. Tu belum masuk dengan masalah jerebu. Demam batuk, denggi pulak bermaharajalela. Lepas jerebu terbakar pulak hutan. Dalam duk kalut hutan terbakar kapal terbang pulak hilang. Lepas tu boleh pulak tetibe bomoh sengal datang ntah dari lubuk mana menambahkan lagi beban masalah yang ada. Mohon beliau minum susu enfagrow bertong-tong agar sel-sel otaknya kembali berhubung dengan baik dan kembali kepada keadaan asal.

Spekulasi.
Kontroversi.


Sekarang ni manusia-manusia banyak yang bertukar profesion. Jadi detactive Conan. Sama ada secara sambilan. Mahupun secara sepenuh masa. Keadaan dunia yang mengalami kejutan menyebabkan manusia-manusia mula berfikir diluar kotak. Eh. Bukan diluar kotak. Tapi diluar lingkungan tengkorak. Dan hasilnya menyebabkan berlaku beberapa kesimpulan yang agak bodoh hendaknya. Kesimpulan bagaikan otak itu diciptakan letaknya di lutut bukan di kepala. Yang boleh mengguris perasaan wari smangsa.

Dalam banyak-banyak spekulasi, antara yang aku suka dengan teori seorang manusia ini. Sangat yakin dengan gaya yang jitu dan unggul.

Kapal terbang kan muncung dia tajam. Jadi bila dia terjunam dalam laut dia terus terbenam dalam tanah. Sebab tu orang tak jumpa.

Ok. Sekurang-kurangnya teori manusia itu tak menyimpang dari akidah. Huhu.