Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 27, 2013

kopi ini untuk kamu



Assalamualaikum

Slurpp!
Slurppp!
Lidah bergulung disekeling bibir comel itu. Merah. Wah. Sangat seksi. Haha.
Slruuppp! Lagi. Kali ini perlahan-lahan.
Bukan hirup hingus. Bukan jugak hirup sup. Tapi hirup kopi.

Kenapa kopi? Bukan teh? Oh. Kopi nampak lebih syahdu dia punya nilai kesedapan dan aromanya. Sekali sedut guna hidung boleh meresap lembut ke dalam saluran darah otak. Ya. Sedut bau. Bukan sedut airnya. Kalau sedut airnya aku pasti korang akan masuk dalam paper harian metro muka depan. Dengan tajuk, “Koma seminggu akibat minum kopi melalui hidung”.  

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang suka minum kopi. Dan hello kepada jejaka-jejaka hemsem yang suka minum kopi jugak. Aku tak minum kopi. Apatah lagi neskepe. Aku minum susu. Sebab bila aku minum susu aku rasa sangat comel. Nak nak pulak bila ada kesan susu disekeliling bibir. Terasa macam baby pulak. Hahaha.

http://www.google.com.my/imgres?sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=ksjxy-cJYEDlSM:&imgrefurl=http://softballmariokartwiiperson9.wordpress.com/2010/09/06/postcards-from-danbo-intro/&docid=kwAUKcDv9QuzzM&imgurl=http://softballmariokartwiiperson9.files.wordpress.com/2010/09/mcdonalds-cafe-box-man.jpg&w=550&h=413&ei=z_OVUsrGHoXVkwWD9YCABQ&zoom=1&ved=1t:3588,r:35,s:0,i:192&iact=rc&page=2&tbnh=174&tbnw=200&start=18&ndsp=23&tx=113&ty=96

Orang cakap cara nak menikmati kopi dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan adalah dengan minum menggunakan kaedah hirup sikit-sikit sambil membuat bunyi slurp. Dan dari situ baru korang akan dapat rasa nikmat kopi yang sebenar. Tapi untuk gadis-gadis comel, usah la korang buang tabiat nak buat macam tu. Buruk sangat gayanya. Kalau nak buat sangat, balik rumah. Hirup kopi puas-puas.

Kopi.

Kopi sinonim dengan rasa pahit. Pahit dan kopi berpisah tiada. Pahit itulah yang buat jadi penyedap rasa. Nak nak pulak kalau kena dengan gaya korang nikmati kopi itu. Macam tu jugak dengan hidup. Tak ada hidup yang tak pahit. Tapi pahit dalam kehidupan adalah rasa pahit yang sangat tak syok langsung untuk dinikmati. Macam mana kita handle dan control rasa pahit kopi tu macam tu jugak lah kita kena pandai handle dan control rasa pahit dalam hidup. Pandai-pandailah korang nak bubuh gula atau susu. Ikut sesedap rasa. Ikut rasa tekak agar selesa. Ya. Itulah adat dunia. Bukan semua manis. Sikit-sikit pasti akan terselit pahitnya.

Ambil secawan kopi. Duduk di suatu sudut yang paling selesa. Nikmatilah ia sambil pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam dan sebutlah “Alhamdulillah”. Pahit itu nikmat sebenarnya. 




1 comment :

  1. Sir Bohemian RhapsodyNovember 27, 2013 at 11:15 PM

    Klu nk melepak ngn kkawan slalu ckp jom ngeteh, kli ni nk tukor jom ngopi.

    ReplyDelete