Assalamualaikum
Selamat petang
yang tak aman apatah lagi memang tak harmoni. Otak berpusing-pusing akibat
terlalu lahap makan bubur pulut hitam. Aku tak boleh makan. Tapi pengaruh
keadaan sekeliling menyebabkan tangan aku seperti ada megnet untuk menyenduk
bubur yang ada lalu ditelan dengan penuh enak dan rasa. Dan akibatnya, kepala
aku pening.
Dikala duduk
diatas kerusi sambil lutut naik sampai ke paras meja, aku dah tak mampu nak
peduli tentang hal sekeliling. Dan baru aku terperasan akan sesuatu. Sekarang dah
nak masuk hujung tahun. Entri aku mengalami kadar penurunan yang sangat drastik
berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Jatuh merundum tergolek-golek. Kalau dulu
setiap tahun beratus entri aku buat. Walaupun entri aku banyak yang tak berguna
untuk dibaca dan lebih kepada keadaan yang syok sendiri. Tapi tahun ni semakin
teruk prestasi dan keunggulan gaya aku menaip.
Kalau dulu aku
boleh taip dan muntahkan idea yang boleh buat aku ketawa walaupun hakikatnya
hanya aku je yang ketawa. Tapi kini aku dah tak mampu lagi. entri sekarang
banyak yang serius. Aku baca sendiri pun stress apatah lagi orang lain. Kompem tak
baca sebab nak elak daripada mengalami gangguan dan tahap tekanan yang tinggi. Mungkinkah
ini dipengaruhi oleh pengaruh usia. Oh. Tidak. Aku masih remaja lagi kamu tahu. Hahaha.
Dan maaf. Aku tahu aku teruk. Aku bukan manusia yang rajin membalas komen-komen yang ada di laman sosial. Bukan takat lama sosial, nak angkat telepon pun aku bapak malas gila. Apatah lagi nak mereply mesej dan sesuatu yang sekutu dan sama waktu dengannya. Sampaikan aku pernah kena sound la jugak. Huhu. Maaf sekali lagi. Aku nak jimat sebenarnya. Heh. Alasan.
Akhir sekali. Motif sebenar
aku buat entri ni sebab aku malas nak check fail and buat kerja ofis. Tu je pun sebenarnya. Huahuahua.
Alamak boss datang. Mari buat-buat rajin dihadapan beliau.
Bkerja juga 1 ibadah.. hehe.
ReplyDeletesemoga ape yang mendatang tu ada hikmahnya....sweet November
ReplyDelete