Asslamualaikum
Selamat malam
kepada gadis-gadis comel yang sangat suka nak emo-emo. Orang perempuan ni kalau
dorang selalu sangat sentap lalu mengalami tahap ketidakstabilan emosi yang
tinggi mesti orang lelaki akan cakap, “hah. Tu datang bulan la tu. tak pun dah nak
menopause”.
Grrr.
Tapi tahukan
anda, bahawa sesungguhnya apabila tiba masa dan waktu yang tertentu orang
lelaki jugak akan mengalami masalah yang sama rumitnya dengan kaum perempuan?
Tahu?
Wah. Bagus. Tepok
tangan anda laju-laju.
Yeah. Masalah itu
dinamakan sebagai andropause. Sama sepisis dengan menopause tapi hanya
menghinggapi kaum terancam yang diberi nama lelaki. Aku tak nak explain banyak
tentang masalah ni sebab nanti korang ingat aku dokter sakit tuan pulak.
Cumanya apa yang aku nak highlight kat sini adalah salah satu kesan andropause ia
akan menyebabkan orang lelaki mengalami masalah untuk mengawal emosi yang super
tinggi. Mood dorang akan cepat berubah. Kejap okei kejap tak okei. Kejap marah
kejap tak marah. Macam-macam mood ada. Yang kadang kala boleh buat korang fedap
tahu.
Kalau orang perempuan, menopause akan start dalam lingkungan 45tahun ke atas dengan tanda-tanda awal yang tertentu. Tapi agak malang bagi kaum lelaki sepisis terancam dimuka bumi ini sebab andropause ni boleh start seawal umur 30-an. Hahahaha. Korang kutuk lagi orang perempuan kan. Hambik.
Kalau salah
maapkan diriku yang comel ini. Info ni aku dapat dari dokter apa nama ntah. Yang
aku perasan dokter tu hemsem. Nasib baik beliau hemsem. Maka dengan itu gigih la
jugak aku mengadap muka beliau menyampaikan ceramah. Benda yang paling aku
ingat dia pesan, “kalau kamu kena marah dengan boss kamu, atau kalau tetibe je
opismate kamu buat perangai yang macam nak mohon pelempang seliang maka anggap
je dorang sedang mengalami fasa peralihan yang sangat sukar. Keep calm and continue your work ”.
Jom tidor. Esok koje.
Kalau kena marah dengan boss tenung dan renunglah dia. Hihu.
good info kak nana! thanksss!!
ReplyDeletewelkem my dear.
Deleteinfo pun sikit. huhu.