Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 14, 2013

terlanggar dinding hati


Assalamualaikum

“adoi”
“mata letak kat mana? Kat lutut ke?”
“aah. Mataku dilututmu” *i love you. Sengeh*

Selamat pagi yang sejuk. Tak sejuk pun sebenarnya. Tapi buat-buat sejuk. Bila sejuk baru la syok nak tidor. Tapi sekarang ni time kerja. Mana boleh nak tidor. Kang boss lempang. And yeah. Nampak sangat time ni aku ngulat tanpa melakukan sebarang kerja opis kan?. Sebenarnya anda silap. Kerja aku dah beres jadi aku buat sesuatu yang mampu memberikan faedah kepada korang. *alasan sebenarnya. hihu*.

Hello kepada gadis-gadis yang berwajah comel. Dah la comel, cute pulak tu. Baik hati bagaikan cinderella. Penyayang macam snow white. Kiranya yang comel, baik dan yang sewaktunya semua lengkap. Dan menjadi buruan putera-putera raja dalam cerita dongeng. Wow. Nak berangan boleh la dipersilakan. Kalau betul-betul jangan nak mengharap sangat. Lagipun sekarang ni bukan zaman anak raja memburu anak gadis. Masuk kampung keluar kampung. Tak cukup kampung masuk pulak hutan. Zaman sekarang adalah zaman anak raja diburu. Tak dapat anak raja anak orang kaya pun tak apa. Asalkan kaya lagi berharta. Suatu keadaan yang sangat tragis dan metarialistik. Oh. Sadis!

http://www.google.com.my/imgres?sa=G&sout=0&tbm=isch&tbnid=DJm13iFqXsnH5M:&imgrefurl=http://www.hdwallpapersinn.com/alone-girl-in-dark.html&docid=-rAXEL2Fmw7KKM&imgurl=http://www.hdwallpapersinn.com/wp-content/uploads/2012/09/34693374.jpg&w=400&h=313&ei=ktWEUrGyIIi4rgfawoGABg&zoom=1&iact=rc&page=2&tbnh=186&tbnw=204&start=11&ndsp=5&ved=1t:429,r:19,s:0&tx=775&ty=381

Teori mengatakan bahawa waktu bercinta adalah waktu yang terbaik sekali dalam hidup. Kenapa terbaik? Sebabnya time tu lah apa saja partner korang buat, semua itu adalah suatu perkara yang baik-baik belaka. Bak kata orang tua-tua, bau kentut pun wangi. Ya. Angguk. Walaupun hakikatnya bau busuk tak terperi. 

Waktu tu hati dia akan kita jaga baik-baik. Jangan buat dia sakit hati. Kalau boleh nak buat dia hepi je memanjang. Dari celik mata sampai nak tidor kalau boleh nak dia rasa gumbira lagi bahagia. Tapi hakikatnya adakah benar bahagianya dia, bermakna korang juga akan turut bahagia?

Pada pendapat aku yang kadang-kadang tak boleh nak pakai ni, bahagianya partner korang tu ada dua kemungkinan yang boleh memberi efek kat mental dan emosi korang. Samada dia bahagia dengan korang atau dia bahagia tanpa adanya korang disisi.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.hdwallpapersinn.com/wp-content/uploads/2013/01/I-Miss-You-Pic.jpg&imgrefurl=http://www.hdwallpapersinn.com/i-miss-you-wallpapers.html&usg=__CC_Vr6Ngpb0fmLof2tjZro0ZHQc=&h=654&w=800&sz=39&hl=en&start=7&sig2=DTmA4yPsjxhoY5Z8Tv4sCg&zoom=1&tbnid=-3a5q3g6whr5_M:&tbnh=117&tbnw=143&ei=RtmEUrTSDcaMrQfx9IDYDQ&itbs=1&sa=X&ved=0CDgQrQMwBg

Last time, aku pegi ceramah agama. Asal ceramah agama ja mesti nama aku yang kena list. Nampak sangat iman tak kuat. Huhu. Ustazah merangkap kaunselor JPA ni tanya, "apakah perkara yang kamu nak sangat buat kat pasangan kamu?" Jawapan yang paling mendapat rangking tertinggi adalah "saya nak buat dia bahagia". Lalu ustazah itu jawab, "bahagiakan diri kamu, barulah kamu bahagiakan orang yang kamu sayang." And then ustazah tu tanya lagi, "pasangan kamu bahagia bila kamu tiada disisinya. Adakah kamu turut bahagia?".

Semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Kalau nak rasa bahagia dalam derita. Teruskanlah perasaan itu. Tapi jangan nak mengharap sangat yang korang tu boleh hidup macam ala-ala novel. Hati disakiti. Nangis-nangis lalu bertemu dengan jejaka hemsem. Berkahwin dan hidup bahagia sampai meninggal. Oh. Pehlish.

Kenapa nak jaga hati orang lain kalau awal-awal lagi dia tak reti-reti nak jaga hati kita?




1 comment :

  1. Sir Bohemian RhapsodyNovember 27, 2013 at 11:38 PM

    Poyo.. pnyalahgunaan istilah cinta.. hehe, apapn klu dipusing kiri dn kanan smuanya tletak atas kpala yg empunya diri, ada akal eloklah dgunakn sbaik mgkin, usah tjerat dgn istilah cinta.

    ReplyDelete