Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 3, 2013

terima kaseh pakcik


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangatlah mengantuk. Nak nak pulak hari ni hari isnin. Oleh yang demikian perasaan mengantuk tu bertukar jadi mengantuk yang sangat extreme. Hari sabtu lepas aku terjumpa seorang pakcik yang sudi membantu aku menuju ke arah kebenaran setelah aku mengalami suatu kesesatan jalan yang sangat nyata. Pakcik tu adalah seorang pakcik teksi yang sangat jujur.


“pakcik tak tahu nak cakap macam mana. Ikut suka kamu nak bayar berapa pun. Tak payah banyak. Sikit je”
Aku hulur duit.
“semoga pakcik dimurahkan rezeki dan hidup diberkati” ayat aku spontan. Konon baik. Haha.
“ada apa kat sini?” tanya pakcik tu.
“exam nak masuk kerja pakcik..”
“anak pakcik tengah belajar. pakcik harap anak pakcik dapat kerja”.
Mata beliau berkaca. Huhu.

Aku berdoa dan sangat berharap agar impian pakcik tu jadi kenyataan. Semoga Allah memurahkan rezeki pakcik dan anak-anak. Terima kasih pakcik.




No comments :

Post a Comment