Assalamualaikum
Ohoi. Dah lama
sungguh aku tak buat onar dalam blog sendiri. Ya. nak buat onar bukan mudah
kamu tahu. Sebab benda ni semua memerlukan daya ketahanan mental dan tahap kemerapuan
yang tinggi dalam diri. Nak nak pulak bila feel menaip tu datang secara
tiba-tiba.
Selamat petang
kepada gadis-gadis comel. Ya. gadis comel yang kuat. Dan selamat petang jugak
kepada hemsem-hemsem boy. Yang tak hemsem tak selamat petang. Huahua. Sangat sungguh
diskriminasi.
Okeh sempena petang yang sangat memberangsangkan jiwa, mohon dengan secara paksaan untuk korang baca kisah seorang gadis cantik ini. *huehue*:
Semua orang nak hidup bahagia. Dan bila mana kebahagiaan yang dicari itu tidak seperti yang disangka, perkara pertama yang selalu menyesakkan jiwa adalah begaimana kita akan menempuhi penderitaaan akibat daripada kebahagiaan yang dicari tidak kesampaian.
Jiwa rasa tak best. Buat apa-apa benda rasa macam semua tak kena. Rasa dunia sungguh tidak adil. Rasa diri ini sangat-sangat malang. Tapi sedarkah kita bahawa sesungguhnya ada lagi manusia yang diduga lebih teruk daripada apa yang kita sangka?
Dalam hidup ini
bila kita rasa diri kita tak seindah hidup macam orang lain maka secara membuta tuli
dan membabi buta kita akan anggap bahawa sesungguhnya diri ini adalah manusia
yang paling sangat termalang sekali dalam mukabumi ini. *Wah. Ayat aku tunggang
terbalik menunjukkan bahawa betapa malangnya manusia yang anggap dirinya itu
malang*
Walhal sebenarnya tidak.
Allah tak akan membebankan hamba-hambaNya. Setiap apa yang diberi adalah sesuatu yang setimpal dengan kudrat kita. Cuma kadang-kadang kita rasa kita tak kuat sebab kita tak yakin yang kita boleh tempuh semua dugaan yang ada.
Setiap apa yang kita dapat, setiap apa yang kita tempuh dalam keadaan sekarang hatta beberapa saat akan datang adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita sejak di Luh Mahfuz. Terimalah ia. Jangan sesekali menolak.
Oleh itu yakinilah dengan janji Allah. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

No comments :
Post a Comment