Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 6, 2012

tips untuk student yang nak kahwin cepat lepas habis belajar


[tips ke? apa-apa je lah]
Assalamualaikum

Selamat malam kepada pencari ilmu dan sekaligus pencari pasangan hidup sekalian.

Aku teringat kat kawan aku yang sorang ni. Aku tengok tiap-tiap kali cuti sem dia tak pernah balik kampung. Asyik duduk kat hostel je. Dia kata dia tak ada duit and tak mahu bazirkan duit yang ada. Okei. Fine. Duit dia suka hati dialah nak buat apa kan. And then aku saja-saja usik dia,

“weh, ko ni kan, orang dapat duit pinjaman buat enjoi pergi kehulu kehilir, tapi aku tengok dari dulu ko asyik duduk kat hostel je. Dari awal sem sampai nak habis sem, ko tak teringin pergi mana-mana ke?”

“ngee..” *sengeh-sengeh*

“ko mesti banyak duit kan? Kan?”

“hehe.. mana ada. Duit pinjaman tu aku simpan nak buat aset tak pun buat kawen. Tiap-tiap sem aku simpan at least rm1700 dalam akaun khas. Baki duit tu pandai-pandai la aku nak hidup. Lagi pun bapak aku dah siap-siap bela lembu sejak aku lahir. Dia kata nanti senang nak buat kenduri. Hehe..” *sengeh-sengeh*

“erk!! kamu dengan bapak kamu memang bijak” 
*RM1700.00 X 6 sem : RM10200.00*
*lembu free*

Apasal la aku tak tercapai akal nak buat macam tu dulu. Eheh.

So untuk korang-korang yang masih belajar lepas tu dah tak sabar nak kawen sangat dah, apa kata korang try buat macam mana kawan aku buat. Serius tak rugi apa pun. Cumanya korang punya batin akan terseksa la sikit sebab tak dapat nak enjoy kehulu kehilir merayap merata kan? tapi ok apa. lebih baik enjoykan duit yang korang kumpul tu dengan wife ye dak? hihi. 

p/s: kalau untuk student UUM nak simpan duit tak ada masalah sebab kos kat sana semua masih murah. Kalau U lain aku rasa jangan haruslah nak dapat simpan banyak.



2 comments :

  1. nak jugaklah buat mcm ni :) tapi apapun sgt untung sbb join bisnes yg sesuai utk student :)

    http://www.rm20segera.com/?r=eenaarrina

    boleh tgok tu. :) lau nak join or kawan,jomlah lepak blog sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. join business time study sangat untung. nanti boleh jadi macam millionair sisters. ^^

      Delete