Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 30, 2012

hanya kerana dia dijadikan ayam


Assalamualaikum
Ini bukan cerita tentang ayam golek bersalut madu sempena bulan puasa. Ini adalah cerita tentang ayam golek yang terperangkap dalam perangkap musang berjanggut.

***
Aku suka pergi kedai buku. Walaupun aku ni bukan ulat buku tapi aku suka jugak pergi kedai buku dengan harapan kot-kot boleh jumpa jodoh dalam kedai buku macam cerita dalam novel tak pun drama. Haha. Ok. Aku tipu. Aku suka cari buku-buku unik sebenarnya. Heh. Alasan.

Kedai buku tu letak betul-betul depan sebuah hotel budget bagus. Hotel yang tak dak rupa hotel langsung. Macam sarang mak hayam je aku tengok. Sebagai musafir kat tempat orang, aku cuba tanya kat mamber aku kenapa hotel tu macam tempat ayam golek je. Dia cakap tu memang tempat ayam golek pun. Waktu malam selalu je dia nampak anak-anak ayam golek berkeliaran kat tingkap hotel. Seksi dan comel ayam-ayam itu.

Ada anak ayam golek lambai tangan. Tak tahu apa maksud dorang. Atau mungkin mereka mintak tolong untuk diselamatkan?

***


Macam biasa, orang selalu hina manusia yang nampak keji pada pandangan mata dorang. Walaupun kadang-kadang kekejian yang dilemparkan tu sebenarnya tak sekeji macam mana dorang sangkakan. Kita tak tahu macam mana berakhirnya hidup seseorang. Boleh jadi orang yang kita nampak baik itu akan mati dalam kekufuran. Dan boleh jadi orang yang kita nampak jahat itu akan mati dalam keimanan. 




Saturday, July 28, 2012

sicantik yang kotor


Assalamualaikum

Selamat petang wahai gadis-gadis cantik. Yang suka melawa tak tentu pasal. Yang suka jaga muka. Jaga bodi. Serba-serbi nak dijaga. Orang cantik mestilah ramai orang suka kan? Nak nak pulak kalau korang tu dah la cantik tak terperi, terlebih baik hati pulak tu sampaikan orang selalu buli-buli. Wah. Dah macam cinderella gitu.

Bila orang tu cantik, pakaian pulak kemas sesuai dengan penampilan dan tak perlu berpakaian ala-ala macam rozita che wan yang sentiasa terasa muda 20tahun terkebelakang, pada kebiasaannya orang akan cop dorang sebagai makhluk Tuhan yang berpersonaliti baik. Bak kata mama aku, barang siapa yang rajin menjaga diri, tak selekeh macam anak dia ni, maka orang tu adalah seorang yang turut juga rajin dalam hal menjaga kebersihan. Wah. Makan hati tahu mama kutuk anak sendiri. Mama tak pernah nak puji aku. Suka puji anak orang lain. Haih.   


Waktu belajar dulu aku selalu tengok student perempuan cantik-cantik je pergi kuliah. Pakai wangi-wangi. Tapi biliknya boleh tepuk dahi berkali-kali kalau tengok. Tu belum bab toilet. Berak tak pam. Kesian kat kucing yang suka sangat minum air dalam mangkuk tandas, selalu mengiau-ngiau bila ada tinja dalam mangkuk tu. Mungkin kucing tu terkejut kot lalu dia pun mengiau.

Oleh itu, kepada jejaka-jejaka yang segak macam bazli dan kool macam ammar jangan pandang pada kecantikan luaran perempuan saja. Kalau nak tackle buat isteri boleh, tapi lepas tu pastikan telinga kebal dengar bebelan mak korang. Apasal tak reti nak cari bini hah??!




Friday, July 27, 2012

bukan senang nak mengorat


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang rasa sepi je hati sebab tak berteman. Nak cari teman malu lah pulak. Kang orang cakap perigi cari timba. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang gigih mencari surihati. Gigih dengan harapan akan ada mana-mana gadis tersangkut lalu jatuh hati. Oh. Sweetnya.

Nak mengorat bukan senang. Orang lelaki pun kadang-kadang rasa susah nak mengorat apatah lagi perempuan yang sememangnya pemalu. Orang perempuan memang pemalu. Dan bila dorang malu otomatik muka dorang nampak sangat comel. Serius. 


Benda yang jadi masalah adalah bila nak buat ayat untuk mengorat. Senang cerita ayat untuk berkenalan. Kang kalau pakai ayat bunga-bunga kang orang perempuan cakap jiwang tak sudah-sudah. Kalau pakai ayat direct pulak orang cakap gelojoh. Ye dak? Last-last luahkan dalam hati. Huhu. Sakit tu.

Jadi nak tak nak kepada lelaki yang gagah perkasa, korang try and error je mengorat mana-mana gadis bertuah yang korang berkenan sangat tu. Mana tahu kot dapat. Kalau tak dapat cari lain. Huhu. Bak kata cold play, if you never try you never know bebeh. 

Macam biasa aku ulang ayat yang sama. Orang yang berjaya mengurat anak orang adalah orang yang berani menanggung risiko. Risiko kot girl tu isteri orang. Atau kemungkinan dia tak berkenan langsung kat korang. Atau mungkin jugak dia tak berminat dengan lelaki. Haha. Selamat maju jaya.  




keras hati lagi


Assalamualaikum

Selamat petang yang panas terik sangat-sangat. Sampai aku rasa aku tak mampu nak mengadap lauk-pauk yang ada kat bazaar.

Keras hati lagi.

Buat kesekian kali aku kena keraskan hati aku.
Keras hati bermakna aku jugak kena tebalkan muka aku sampai beberapa inci.
Dengan harapan kot aku akan kalis malu.

Kali ni aku memang kena betul-betul keraskan hati.
Sebab aku tak nak beli kuih raya lagi. Cukuplah dengan stok yang ada.
Huhu.
Arghhh! Mintak maap ya makcik-makcik yang gigih promote kuih kat aku.
Tapi aku tak pedulik.




Thursday, July 26, 2012

drama penuh dengan drama part 2


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang berangan nak dapat boipren yang sangat setia macam bazli. Tak dapat macam bazli dapat macam ammar pun orait jugak. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang sedang berjuang merebut hati girlpren yang bakal direbut orang. Ni semua penangan dejavu di kinabalu la nih.

Aku jarang tengok drama. Drama yang best je aku tengok. Kalau yang sendu baik aku tidor je. Antara babak yang aku suka tengok adalah babak air mata. Aku suka tengok orang menangis dalam tv. Kalau perempuan tahap kecomelan dia masih terpelihara. Air mata tu turun straight je dari mata terus turun ke pipi. Kalau lelaki pulak, muka maintain gagah. Nampak macho je kan. Kagum betul aku. Tapi cuba kalau kita yang menangis. Air mata berjurai ikut dan je. Tak ikut laluan dan jalan yang lurus macam dalam tv. Tu belum lagi kalau bab air mata bercampur dengan air hidung lalu masuk ke dalam mulut. Nampak macam... eeww. Sedih sangat la tu.


Aku jugak suka tengok babak waktu malam. Nak nak pulak kalau kat kampung. Dorang tak reti-reti nak tutup tingkap. Walaupun waktu tu dah larut malam dah nak tidpr dah. Atau mungkin engsel tingkap tu rosak? Oh ya. Mungkin jugak. Tak pun dorang nak udara segar senang beredar. Baik untuk kesihatan kan. Malam-malam udara sejuk. Syiok. Lagi satu, selain tak reti nak tutup tingkap dorang jugak tak reti-reti nak tutup grill pintu. Kalau babak masuk rumah main pakai terjah je terus masuk ke dalam. Tak dak nak bagi salam dah. Atau mungkin dorang nak buat surprise? Ya. Mungkin jugak kan. Cerita yang tak dak surprise sangat tak syok untuk ditonton.

Aku jugak suka tengok babak waktu makan ramai-ramai. Especially makan dengan family. Time makan tu jugak la dorang nak gaduh. Gaduh time lain tak boleh ke? Mama aku cakap tak baik tau bergaduh depan rezeki. Lepas tu kalau makan cuba sunguuh-sungguh. Cuba buat bersungguh-sungguh macam buat adegan atas katil macam yang dorang selalu lakonkan tu. Bila penonton tegur cakap tak sesuai dorang cakap nak bagi nampak realistik. Nak bagi penonton faham. Tapi sampai sekarang aku tak faham-faham kenapa selalu je ada babak cubit-cubit nasik sampai dah nak lumat dah aku tengok tapi tak suap-suap jugak dalam mulut. Konfius tau.


Drama time dah nak raya pun best jugak. Kalau ada babak anak buat penderhakaan kat mak ayah dengan sungguh ekstreme tu tandanya dah nak raya la tu. Tak kira raya apa pun. Raya haji sedih. Raya puasa lagi sedih. Anak orang miskin selalu derhaka. Anak orang kaya pulak selalu berfoya-foya. Oleh itu marilah kita jadi anak orang sederhana yang hidupnya baik.

Babak orang menjahit pun aku suka tengok. Nak nak pulak kalau jahit dengan mesin. Gigih betul aku tengok kaki dorang tekan mesin jahit tapi kain tak gerak pun. Benang tak bergerak sebab tak masuk dalam lubang jarum. Haha. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya dia mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan gigih menjahit baju yang sampai kesudah tak siap.

Kadang-kadang tengok cerita katon lebih baik daripada tengok cerita bukan katon. Dah alang-alang katon tu memang katon lebih baik daripada tengok cerita konon betul tapi hasil macam katon. Haih.