Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 11, 2015

love language : ucaplah kata cinta perempuan pasti suka


Assalamualaikum

Selamat petang yang panas-panas terik mentari. Apa kabar wahai pencinta hati sekalian? Sebagaimana yang aku dah bagitahu kat korang sebelum ni, bahasa cinta atau dalam Inggerisnya love language ini terdapat dalam lima bentuk. Iaitu sentuhan, masa berkualiti, perkataan, membantu pasangan dan jugak memberi hadiah.

Orang perempuan suka dengan sentuhan. Dan ada juga yang jenis suka sekiranya pasangan dia meluangkan masa bersama-sama. Okei hari ini mari aku bawak korang pergi dengan lebih jauh untuk explore bahasa cinta yang seterusnya iaitu perkataan.

Orang lelaki selalu cakap yang perempuan adalah sepisis manusia yang cepat perasan. Benda yang main-main dianggap serius lalu terbitlah perasaan rasa macam orang tu syok kat kita padahal dia main-mian je. Huhuhu. Tak baik tahu mainkan orang. Kang kena sumpahan tujuh keturunan tak kawen-kawen tak ke naya.

Saya cinta awak.
I love you.


Manusia itu memang unik. Kadang-kadang korang rasa korang dah buat segalanya untuk orang yang tersayang, tapi sidia tetap akan cakap dia rasa tak disayangi. Tapi tahukah anda bahawa kadang-kadang dengan hanya ucapan saja boleh menyebabkan pasangan kita terawangan-awangan? Yeah. Orang macam ni mereka tak perlukan benda yang lebih-lebih untuk kita tunjukkan rasa cinta. Cukup dengan sekadar kata-kata. Bagi mereka itu seolah-olah mereka mendapat sebuah perhatian yang tak berbelah-bagi kamu tahu.

Ucapan cinta ni bukan hanya cakap i love you, you love me, muah muah muah. Tapi merangkumi banyak benda. Contohnya korang boleh bagi kata-kata semangat. Let’s say isteri korang penat bekerja and then dia merengek-rengek mengadu manja. Jadi jalan dia mudah je. Korang cakap la macam ni, “sayang kalau ada masalah kat tempat kerja bagitahu je kat abang. Meh abang debik muka boss tu seliang. Huhuhu. Apa yang penting kita sama-sama cari rezeki untuk keluarga kita. Dan abang doakan semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup diberkati. Muah cikedd kat pipi”. Huhuhu. Suweet kan ayat aku?

Ayat sweet sweet ni boleh buat hati perempuan cair. Eleh orang lelaki macam tak tahu pulak. Time nak ngurat kemain pandai mengayat anak dara orang. Gigih google ayat-ayat cinta, berpuisi lagi berpuitis. Bila dah kawen terus jadi kayu pulak ye. Hamboi hamboi. Biasa sangat tu. Babap kang.

Okeilah. Aku nak sambung makan kismis jap. Semoga dengan memakan kismis ini nanti, aku akan nampak bijak macam sang kancil dihadapan boss nanti. Weehuu.




sayang isteri tinggal-tinggalkan. sayang ke?


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat syahdu. Syahdu sebab tengah sedap-sedap tidor bila terjaga rupe-rupenya diri ini ada kat ofis sebenarnya. Huuu. Sedih sangat. Kalau ada kat rumah kan best. Tak ada lah nak rasa tak syok macam ni.

Hai gadis-gadis comel yang hidup merantau. Hidup jauh dari keluarga. Jauh dari sedara mara. Dan jauh dari orang tercinta. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang gigih merayap merata tempat pelosok alam mencari siapalah bakal surihoney hati yang selalu buat tulang rusuk itu bergegar lagi bergetar. Kadang-kadang bila cari dekat-dekat rupanya jodoh kita dengan orang jauh. Bila cari jauh-jauh rupa-rupanya ada dekat-dekat. Haih. Cinta itu tak kenal penat lelah sebenarnya. Cewawawah!

Pepatah ada cakap kalau sayang isteri tingggal-tinggalkan. Tapi ini bukan bermakna suami boleh buat eksperimen tinggal isteri tanpa sebab yang kukuh, padu lagi jitu. Apatah lagi tinggal dengan alasan tipu-tipu. Itu sangat tidak bagus untuk kesihatan dan kerukunan rumah tangga okei.


Kalau dah sayang kenapa tinggal?
Kata sayang?

Tinggal-tinggalkan itu orang dulu-dulu nak kita rasa apa erti bila kita kehilangan orang tersayang. Dan dorang nak kita hargai orang yang kita cintai itu bila dia ada dengan kita. Ye la. Kadang-kadang bila kita dah ada depan mata bukan nak hargai penat lelah kita. Ye dak? Nak nak pulak orang perempuan. Kami ni pergi kerja kena buat kerja . Balik kerja pun masih buat kerja. Nak tidur pun kena buat kerja juga. Eh. Hahaha.

Jadi hargailah kami sebagai perempuan okei. Bila kami tak ada baru kamu orang tahu bahawa sesungguhnya seorang perempuan boleh menjadi ayah dan ibu tetapi seorang lelaki belum tentu boleh jadi seorang ibu yang baik. Huhu.

Kesimpulannya. Suamiku, isterimu nak hadiah bila balik nanti ya. Nak hadiah best-best. Besar-besar. Dan banyak-banyak. Kalau tak mahal, hadiah bernilai tinggi pun tak apa. Heh.




Friday, February 6, 2015

hikayat baby dari masa depan : baby dah sebesar buah mempelam. nyum!


Assalamualaikum

Tarik nafas dalam-dalam. Duduk bersimpuh atas kerusi. Betulkan kaki yang dah lenguh berlipat-lipat. Sebenarnya mama kamu ada dalam bilik meeting ni. Sambil dengar luahan dari lubuk hati setiap pekerja sambil tu mama update entri. Susah jugak kalau jadi boss ni ya. Kata mama dalam hati. Tapi mama kamu bukan boss. Kuli je. Hewww.

Dear you babyku sayang,
Baby apa kabar? Mama harap anak mama ni sihat walafiat. Kalau ikut perkiraan minggu depan mama kena pergi balai menghadap. Kena menyerah diri untuk ambik darah dan ambik ujian air kencing. Sakit tahu tiap kali kena cucuk. Lepas cucuk berkudis-kudis mengelupas tangan mama ni. Huhu. Harapan mama result hemoglobin mama naik. Kalau tak naik nanti kena hamput dengan nurse. Kejam nurse tu. Hamput-hamput ibu mengandung yang tengah bawak ahli syurga dalam rahimnya. Baby tahu tak hamput-hamput tu apa? Nanti mama bagi kamus dewan bahasa dan pustaka edisi terkini hiburan sensasi dan baby rujuk kat situ tau.

Wahai gula-gula hati mama,
Kalau ikut pada kajian santifik, anak mama dah masuk 24 minggu untuk jumaat kali ini. 24 minggu bahagi  4 minggu sama dengan 6 bulan. Wah. Cepat sangat masa berlalu. Sekarang ni baby dah pandai buat macam-macam tau dalam perut mama. Mama boleh rasa baby gerak-gerak. Tendang-tendang sepak-sepak perut mama. Geli-geli tapi syok. Mama suka sangat. Tapi lepas tu mama terfikir akan sesuatu. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia bagi mama perasaan kasih dan sayang kepada mama untuk baby bila baby sepak-sepak perut mama. Mama harap benda ni biar kekal hanya dalam perut mama dan janganlah terbawa-bawa hingga baby dewasa. Mama tak mahu baby jadi anak durhaka. Tsskkk. Mama takut jugak sebenarnya. T_T


Anakku ku sayang. Cinta dunia akhirat mama,
Saiz baby makin hari makin besar. Ikut kepada perubatan, baby sekarang ni sebesar mempelam dewasa.  Dewasa rupe mana mama tak tahu la pulak. Rupe mempelam harum manis ke? Mempelam kacuk-kacuk ke? Tapi yang pasti kalau ikut kepada gen mama yang kecik ni, kemungkinan baby akan ikut spesis mempelam telur je. Haha. Omei sangat. Sepanjang 6 bulan baby dalam perut mama, baby baik sangat. Mama tak ada alah langsung. Pening ke. Muntah ke. Rasa nak pitam ke. Apa pun mama tak rasa. Sedar-sedar je perut dah besar. Sampaikan mama teringin rasa nak alah, lepas tu buat-buat alah dan muntah. Bila teringat balik rasa macam terlebih cerdik pun ada. Hahaha.  

Okeilah baby. Lain kali mama sambung lagi.
Mama nak rehat. Hari jumaat ni hari paling nikmat untuk mama buat taik mata. Huhuhu.
Love youuhh baby. Mama sayang baby sangat-sangat.
Muah! Cikedd.




Thursday, February 5, 2015

aku tahu aku teruk. maaf.


Assalamualaikum

Selamat petang. Mata aku berpinar-pinar pulak bila baca blog sendiri. Hai gadis-gadis manis yang sangat merindui hasil penulisan aku. Dan holla kepada encik-encik hemsem yang selalu menantikan buah fikiran yang selalu tak berguna dari diri ini. Apa kabar korang semua? Baik? Baguslah kalau sepanjang peninggalan aku ni korang boleh berdikari merayap ke blog orang lain demi kelangsungan hidup. Huhu.

Aku mintak maaf.
Aku tahu aku teruk.


Orang cakap penantian itu suatu penyeksaan. Dulu aku pelik kenapa orang selalu cakap penantian itu meyeksakan. Tapi bila dah ada dalam fasa dewasa ni baru aku faham. Apa erti nanti, ternanti dan terus menanti. Apa erti seksa, terseksa lagi menyeksakan. Nak nak pulak kalau ia melibatkan hati dan perasaan. Huuu. Pedih sangat kamu tahu.

Tapi kalau dalam bab blog ni aku tak pasti kalau-kalau korang rasa korang terseksa bila tunggu entri baru dari aku. Tapi yang pasti setiap entri aku mesti akan menyeksakan jiwa korang kan? Sebab entri aku semua macam bongok-bongok je. Haha.

Lainlah kalau aku ni dalam kategori dambaan mahupun ikutan ramai macam blogger Maria Elena mahupun adik iparnya Fatin Liyana. Berbanding dengan aku ni ibarat macam dulang tembaga bergandingan dengan dulang emas. Haruslah yang emas itu ditatang-tatang. Huhu.

Maaf.
Aku tahu aku teruk.




cara nak padamkan kebakaran kenderaan di jalan raya


Assalamualaikum

Selamat petang cik adik manis sekalian. Kakak-kakak tegap. Dan makcik-makcik gagah yang bukan saja gagah tapi sangat tangkas melaksanakan tugas yang ada. Dan tak lupa juga kepada encik hemsem-hemsem yang dihormati. Lama sungguh aku tak bubuh apa-apa entri kat blog ni kan? Rasanya menghampiri satu purnama lamanya.

Korang rindu tulisan aku tak?
Tak?
Baiklah.
Aku akur.

Korang kalau blogger lain update lambat-lambat kemain sabar tunggu kan? Siap boleh datang tengok blog hari-hari. Walhal entri tak ada yang latest pun. Kalau blog aku terus korang tak nak jenguk dah. Mentang-mentang la blog aku ni biasa-biasa je. Sampai hati korang tak sudi nak setia dengan aku. Tak apa lah. Aku tengah tahan sebak ni.

Aku merajuk-rajuk pun tak berguna. Korang bukan nak pujuk. Huhu. Kesian sangat kat diri sendiri. Orang cakap kalau orang tak suka, jangan kita buat benda yang orang tak suka jugak. Kita kena balas dengan kebaikan. Walaupun sikit tapi pahala banyak. Waha. Puji diri pulak mardiana ni.


Okei aku nak bagi tips.

Hari ni aku nak bagi tips kat korang macam mana nak padamkan api bila berlaku kemalangan di jalan raya. Mesti korang pernah tengok video yang viral baru-baru ni kan. Kemalangan kat LebuhRaya Utara Selatan di Kuala Kangsar. Mangsa tersepit mintak tolong tapi meninggal tak sempat nak diselamatkan. Tragis jugak bila tengok mangsa lambai tangan. Tapi aku tak tengok video tu. Orang cerita je. Aku tak tergamak nak tengok. Tskkk.

Ramai orang komplain kenapa tak ada pemadam api. Dan ada yang cadangkan supaya highway sediakan alat pemadam api bagi setiap kilometer tertentu agar mudahkan orang ramai padam kebakaran jika ada.

Meh sini. Aku bagi jalan penyelesaiannya. Kalaulah tetibe korang terlibat dengan kebakaran di jalan raya. Tak kiralah secara langsung ataupun korang hanya penonton. Benda pertama yang korang boleh buat, tahan lori atau bas yang lalu kat situ. Sebab dalam bas dan lori memang disediakan alat pemadam api. Dorang memang ada dan wajib ada. Kalau tak ada, maka Puspakom tak akan bagi kelulusan bagi kenderaan tersebut untuk berjalan-jalan di atas jalan. Jangan lupa ambik nombor kenderaan yang korang pinjam alat pemadam api tu jugak ye.

Aku harap dengan adanya tips ni bolehlah korang manfaatkan ia untuk jadi penyelamat nyawa dari masa depan. InsyaAllah. Kredit untuk Pegawai Bomba Taiping, Encik Tarmizi yang kool orangnya. Weehuuu!