Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 3, 2014

retak pertujuh


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat panas. Panas membara dalam hati dan jiwa. Cewah. Hai gadis-gadis comel yang sedang menanggung rindu. Menanggung rasa seorang diri. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang sedang memendam perasaan. Perasaan yang tak terbendung terhadap orang yang tercinta, tersayang lagi dirindui. Hoha. Sangat seksa jiwa hendaknya.

Rindu.

Rindu bermaksud terlalu ingin akan sesuatu atau dengan lebih tepatnya terlalu ingin berjumpa dengan seseorang. Dalam banyak-banyak rindu, rindu dengan sesama insan adalah rindu yang terpaling dominan menghantui hidup umat manusia.

Rindu tak boleh dibuat-buat. Rindu datang secara semulajadi. Dan rindu juga hadir bersama dengan orang yang kita sayang lagi amat dicintai. Aku tak boleh nak explain dengan lebih lanjut macam mana rindu ni boleh menimbulkan dirinya dalam hati korang sebab aku bukan dokter love apatah lagi dokter rindu.

http://www.google.com.my/imgres?biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=fmH5MAvBvLIxIM%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.todevahouse.com%2Flove-miss-you-pretty-quotes-quote-image-608843-on-favim.html&docid=lKfubHbkH8AS7M&imgurl=http%3A%2F%2Fwww.todevahouse.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2013%2F12%2Fi-miss-you-quoteslove-miss-you-pretty-quotes-quote---image--608843-on-favim-pheqh31o.jpg&w=350&h=500&ei=ip7vUsriPIrZrQeK64HADw&zoom=1&ved=0CFkQhBwwAw&iact=rc&dur=1569&page=1&start=0&ndsp=18

Mana mungkin korang boleh rindu dengan orang yang korang benci. Kalau korang rindu orang yang korang benci itu maknanya korang dah jatuh cinta. Bukan aku yang cakap. Orang tua-tua cakap. Sebab dorang cakap jangan benci dengan orang nanti orang tu la yang kamu akan cinta sampai mati. Oleh itu aku sampaikan je teori orang dahulu kala. Hihu. 

Memendam rindu dalam hati.

Sangat sakit kamu tahu bila kita rindu pada seseorang tapi korang tak mampu nak luahkan segala rasa rindu tu. Hati bengkak je rasa. Nak nangis dah tak larat nak nangis dah. Makan pun tak lalu. Rindu boleh buat korang jadi serba tak kena. Nak telentang tak syok. Nak bergolek tak best. Nak berguling lagi tak ada feel.

Orang cakap kalau kita rindu kat seseorang cuba la berdoa pada Tuhan. Letak tangan di dada. Pejam mata. Baca Al-Fatihah. Dan niatkan supaya apa yang korang rasa itu turut dirasai oleh siempunya diri.

Mana tahu. Dengan kuasa Tuhan, dengan cara macam tu mampu buat korang rasa sedikit lega kan?







4 comments :

  1. Rindu tenggelam bselubung piluFebruary 4, 2014 at 9:16 AM

    Bak kata owang owang tua bab windu windu nih..

    Nak tp ta terdaya
    ta nak tp tade dalih.

    ReplyDelete
  2. x semestinya org yang kita syg tu jadi milik kita..
    kita puas merancang tp kalo mmg bkn kita punya nk buat mcm mn?
    hanya rindu je jd pengubat hati...

    ReplyDelete
  3. rindu pada yang tak sudi seolah2 memeluk pokok kaktus kuat2.

    ReplyDelete