Assalamualaikum
Selamat malam
yang baru masuk malam. Tapi mata aku macam kena gam. Ewah. Bepantun dua kerat
pulak aku memalam ni. Hai gadis-gadis comel yang suka tidor, kuat tidor dan
kaki tidor. Dan hello juga kepada jejaka-jejaka yang suka buat taik mata. Oh. Dua-dua
sama. 2x5.
Aku tak tahu la
kenapa, asal aku makan kat kedai je tak lama lepas tu aku mesti akan jadi
mengantuk tahap zargon. Lepas tu dahaga pulak tahap super saiya punya dahaga. Kadang-kadang
makan kuih dua ketol je kot. Tapi tahap lelapan mata yang aku alami, terlalu
tinggi. Masuk opis terus tertunduk. Sedar-sedar je boss ada. Lalu aku
tersengeh, senyum tak perlu kata apa-apa. Huuu.
Ada beberapa
kedai yang buat kepala aku pusing pening-pening. Kedai makan yang mana
mengamalkan konsep bubuh ajinomoto banyak banyak banyak berkati-kati,
bersenduk-senduk, berlori-lori dan yang sama waktu sekutu mahupun sekufu dengannya.
Dengan harapan makanan itu akan jadi super sedap lalu digemari dan disukai
seisi umat manusia. Tapi aku tak mahu la bubuh nama kedai tu. Kang tetibe tuan
kedai baca blog aku naya kena saman. Cewah. Cewah.
Atau adakah
sebab aku sepisis manusia yang kuat tidor? Boleh tidor dengan mudah tanpa perlu
disuruh-suruh apatah lagi didodoi-dodoi tak kira tempat, masa dan di mana-mana?
Huahua.
Amboi aihh. Nak salahkan
kedai pulak ye mardiana ni. Heh.
No comments :
Post a Comment