Assalamualaikum
Selamat malam
lagi. Sambil duduk atas lantai. Dah tak larat nak menirap sambil menaip. Hai gadis-gadis
comel yang suka tengok cermin. Bila tengok cermin terasa diri itu sangat comel.
Walaupun orang cakap tak comel tapi nak cakap jugak yang diri sendiri comel. Ya.
Becakap dalam hati je. Tak becakap luar hati. Kang kena bahan pulak. Dan hello
jugak kepada jejaka-jejaka hemsem yang rasa hemsem. Yang perasan hemsem. Yang konfiden
hemsem. Tak apa. Itu menunjukkan anda yakin dengan diri anda sendiri. Teruskan usaha
untuk meningkatkan gaya, mutu dan keunggulan kehemseman anda agar setanding dengan
wak doyok.
Cantik. Jelita. Cun.
Comel.
Hemsem. Smart. Stylo.
Bergaya.
Lain mata yang
memandang, lain pandangannya. Masing-masing ada pendapat, justifikasi,
ciri-ciri dan kriteria yang tersendiri tentang apa itu cantik. Tentang apa itu
hemsem. Kalau orang tanya aku, heliza helmi tu comel tak? Dah tentu aku cakap
tak comel sebab macam aku cakap tadi, masing-masing ada pendapat sendiri. Ia adalah sesuatu yang subjektif di mata setiap manusia. *Padahal jeles. Eh. Tak. Tak. Aku tak
jeles. Aku tak mahu dia riak sebenarnya. Haha. Alasan*
Cantik itu
subjektif.
Kenapa Tuhan
jadikan cantik sebagai sesuatu yang subjektif?
Subjektif itu
maksudnya korang melihat sesuatu berdasarkan kepada pandangan yang tersendiri. Macam
tu jugak bila orang sebut pasal cantik. Korang mungkin tengok aku tak cantik. Tapi
bila aku tengok diri aku sendiri, aku tengok macam cantik je. Macam comel je. Hahaha. Tetibe.
Allah itu Maha
Kaya. Maha Adil. Maha Sempurna. Dijadikan cantik dan hemsem itu sebagai sesuatu yang
subjektif di mata manusia. Agar kita semua dapat rasa tentang apa itu cantik apa itu hemsem dan yang sama sekutu dengannya.
Bersyukurlah. Tuhan dah jadikan setiap dari kita dengan sebaiknya. Tuhan dah jadikan kita semua dengan sempurna. Sebut Alhamdulillah bila ada yang memuji. Dan kalau ada yang mengeji kesiankanlah kat dorang sebab tak reti-reti nak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Semua orang cantik. Semua orang hemsem. Yang membuatkan dorang jadi huduh bila perbuatan tak seiring dengan perintah Tuhan.
Sekian. Dah. Pegi tidor.
Ada rally blog ke apa nih? Seram seh.
ReplyDeletehuhu.
Deletekaknana tetap comel dan cute!
ReplyDeletekemn buat idung k.nana kembang. haha.
Delete