Asslamualaikum
Selamat petang. Maaf.
Tidak berkesempatan nak update entri sejak berkurun lamanya. Banyak kerja yang
menuntut pengorbanan jiwa dan raga yang perlu aku lakukan. Cewah.
Hai gadis-gadis
comel yang suka tangkap gambar. Lepas tu upload laju-laju dalam facebook. Dan holla
kepada jejaka-jejaka yang suka buat sesuatu yang pada anggapan korang ia sangat
menarik lagi tertarik, lain daripada lain, yang pelik dan sama sekutu sewaktu
dengannya. Dengan harapan korang akan dapat like banyak-banyak. Lepas tu jadi
viral lalu korang pun glamer macam Bobo. Wah.
Orang zaman
sekarang suka upload gambar yang bukan-bukan. Yang boleh mengguris hati dan
perasaan orang lain. Gambar orang meninggal pun nak dibubuh dalam laman sosial.
Apa kejadahnya semua itu? Kesiankanlah pada waris.
Kalau tak mahu
sangat fikir tentang orang lain, fikirkanlah tentang diri sendiri. Paling koman
pun fikirlah macam ni, “ntah macam mana la gaya dan kekdahnya bila aku mati”. Mohon untuk dijauhkan Tuhan dari perkara yang
mengaibkan.
Cukuplah sekadar
dibubuh gambar korang makan makanan mewah. Jalan-jalan kat oversea. Berbelanja barangan
mahal. Dapat suami hemsem macam Keith Foo. Jangan dilibatkan hal-hal yang
berkaitan dengan maruah dan perasaan manusia lain hanya kerana nak cepat glamer macam Bobo lalu dilamar jadi artis segera. Heh! Ada kaitan ke?
Ok. Sekian.